Thursday, October 6, 2011

Selepas 2 bulan

Ohemgee betul la @syidamislan kata - dah tak hapdet for 2 months. Sorry guys buat uols tertunggu2.

Ewah tertunggu2 la sangat hehe.

One of the reasons why I didn't update my blog is because I don't know what to blog about these days. Serious skill2 itu hilang. Skill ke? Merapu tu banyak ler. Tatau nak hapdet apa, tetiba terpikir why I blog in the first place.

Korang kenapa ek blog2? Aku maybe sebab nak keep in touch with kawan2 kot. By blogging, my friends will get to know what's going on in my life and I'll get to know what's going on in theirs. I tak banyak kawan di alam realiti, walaupun kat FB ada 300++ kawan tapi kadang2 aku rasa macam takde kawan je.

Eh apa gua melalut ke topik setiakawan ni. Berbalik pada topik why tak hapdet. I can give 50 reasons but I choose to give 4 only. (Kes malas type kang aku type ada tersasar topik and malas fikir). 1 alasan aku dah kasi kat perenggan pertama kan.

1. Busy

Yes I don't work 8-5 but yet I'm still bz and alive.


2. In love with other social media

I find it easier to update and communicate via twitter. More fun siap main/baca hashtag yang lawak2. And dia macam korang tengah bersembang beramai2 sambil makan keropok sambil share information casually about what they are into at the moment contohnya tengah tengok bola ke, tengok #tahajjudcinta ke etc2 while connecting new people you are talking with to friends of yours who might be able to help them, etc2.

Harap korang paham ler tetiba aku pun lost apa aku type ni. Malas nak edit2.


3. Internet connection

Seperti beribu pengguna berukband Streamyx yg lain, aku juga menghidapi masalah berikutan dari the never-improving connection. Terus aku nak upgrade ke unifi. Bebaru ni ada blackout kat umah, tetiba modem kong and sampai skrg takleh online. Lepas gigih aku hapdet blog guna BB.Tetiba line ok edit2 skit entry guna laptop plak.


Now in the mean time let me update you on whats been going

1. Piya

Tak paham aku kenapa dia suka buat muka macam ni bila flash

Piya is 13m.o now and dia sangat comel hehe. She isnt walking yet. She crawls everywhere and she walks around the furniture like it was nothing. Tapi now tengah pratice berdiri sendri atas kaki sendri (berdikari?). MIL said that hub was a LATE walker. He had the strength, but no courage. Piya ikut daddy kot?

Mulut potpet2 mcm makcik2. Ikut daddy gak tu. Opsss.


2. Holiday

Bukan ler byk sgt tapi bila byk travel penat, tau la budak dgn time makan minum x menentu and cuaca etc. So bila balik jalan sure x berapa sihat. Raya dia kg halam hubby @ KB. Pastu last month ke Labuan. Eh tu je? Rasa cam banyak jalan je.

Oh jalan2 ke shopping complex gamaknya.

I have some cool pictures that I want to share with everybody, but upload speeds macam siput, dah order unifi tapi asyik tangguh je suh depa install sebab rumah aku sibuk dgn org tgh repair rumah.


3. Perihal maid

Maid in manhattan aku tak balik Malaysia selepas diberi kemewahan bagai. Mencik! Tiket return we all sponsor ok. Malas ck hal maid buat luluh hati gue.

Maid kami yang pakai bag pink tu. Siap lambai2 ok nak pastikan dia takde masalah dengan imigresen.

Lagi apa ye? Nanti2 ler hapdet. Kang cerita semua ada yang lagi 2 bulan baru nak hapdet.

See u later aligator.

Friday, August 5, 2011

Movie that make me cry

Semasa entry ini dikarang, I'm having one of those soppy days. Was watching My Sister's Keeper on HBO and i cried like a baby. Nasib baik Piya dah tidur time tu kalau tak sesama la nangis heheh. Lakonan mantap oleh Cameron Diaz. Dilemma having another child just to save one u already have. Selama ni duk terbayang perangai gila2 Cameron Diaz dalam Charlie's Angel etc. Maybe she wasn't the best choice but tahniah la sebab berjaya lari dari watak2 biasanya and berjaya buat aku menangis.

Wah macam Cameron Diaz baca je blog aku kan.


After watching this, it's changed me a lot and made me think a lot. It made me think of the good things in life and how great a life Allah has gave me. I can't sleep after watching it. I was so depressed, haha.

Summary:

In Los Angeles, the 11yrs old Anna Fitzgerald seeks the successful lawyer Campbell Alexander trying to hire him to earn medical emancipation from her mother Sara that wants Anna to donate her kidney to her sister. She tells the lawyer the story of her family after the discovery that her older sister Kate has had leukemia; how she was conceived by in vitro fertilization to become a donor; and the medical procedures she has been submitted since she was five years old to donate to her sister. Campbell accepts to work pro bono and the obsessed Sara decides to go to court to force Anna to help her sister.



Another on that made me cry was Gossip Girl season 3 finale. Baru je habis marathon tengok semalam. Ok fine ni cerita budak2 sikit. Tapi ada aku kisah sebab aku pun muda je lagi hehe. Oh siapa yang ikut cerita ni tau la kot the Chuck and Blair thingy. Chuck nak proposed Blair tapi tak jadi sebab Dan pergi cerita Chuck slept with Dan's sister, Jenny. (masa tu Chuck heartbroken and drunk gila babs sebab ingat Blair totally tamau dia padahal memang Chuck ni sayang nak mampus dengan Blair)

.
Last part of finale scene is one of the most beautiful ones between Chuck and Blair that truly portrayed perfectly a vulnerable Chuck. Aku menangis sebab wish aku ada kat situ masa Chuck kena tembak demi nak selamatkan cicin yang sepatutnya nak proposed Blair. Haha takla, I can't just stand seeing him left alone dying in a totally strange place like that. If it wasnt for that Jenny, Chuck would not have been bleeding on a road!


Gigih aku cerita kan tapi confirm korang tak faham sebab korang tak tengok. Ngeee.

I was just wondering if any of u had watched it. If you did, did you cry. Or kalau belum tengok cerita ni, what other movie or drama that make u cried out loud?

Tell me tell me.

Monday, July 25, 2011

Sama kah?

Piya looks like a little-girl version of her daddy. I think they have the same eyes, grin, cheeks, hair and everything. Mulut je besar sikit ikut aku kot, sebab tu cute. Muahahaha. So most of the time we got people telling us how much Piya look like my husband. Sentap mak tauu. Hahaha gurau je.

Mini daddy

So bebaru ni balik rumah MIL, dapat la snap pic my husband masa kecik2. Comel siot laki aku time ni. Aku bajet kalau dia tau dari awal aku masa kecik2 yang sememeh itu, confirm kensel hehe. Tapi apa leh buat, dah terlambat bannggg.

Piya's daddy

There's another picture masa dia grad tadika, so cute beneath his tiny mortarboard siap pegang scroll bagai. Tapi demi menghormati permintaan husband, takleh la letak.

Budak2 ni muka berubah2 ye tak? Tak kisah la muka ikut mummy ke daddy ke, as long as she is healthy that is all that matters.

Wednesday, July 20, 2011

Wordless wednesday #1

This entry supposed to be published last Wednesday, tapi baru Wednesday ni gua check blog rupanya entry tak dipublished. Blogger simpan buat pekasam gamaknya. Patut la takde email masuk nak approve comment. Ingatkan memang tak orang nak comment. Sentap gua.

*nanges*

Ye last week berada di kampung halaman suami terchenta cecece. Pic #1 di Pengkalan Kubur, a duty free town bersempadan dengan Kelantan-Thailand. Di sana nak shopping towel and mainan ringan2 untuk Piya. Every visit to Kota Bharu we'll make sure to pay a visit to Pengkalan Kubur. Acara wajib.


Pic #2 di Bazar Buluh Kubu masa nak shopping kaftan untuk kaum kerabat and tudung untuk adik aku. Peminat tudung bawal dia ni. Si kakaknya beli tudung gak tapi pakai masa otw nak gi semayang raya. Eh. Bazar ni perlu diperkenalkan ke lagi? Orang kata Bazar ni lebih kurang Central Market kat KL tu la.

There's another bazar next to it, Pasar Siti Khatijah. Pasar ni ada jual sayur-sayuran, ikan, ayam, pakaian, rempah2 barangan kraftangan etc. Tapi kalau nak beli batik and pakaian rasanya baik Bazar Buluh Kubu kan.



Keje aku kat KB ni duk makan dan shopping je, heaven weh. It's a well-known trick that if u speak like a Kelantanese, the prices will be much cheaper. So itulah tugas husband. Dia la buat tawar menawar sampai aku rasa nak nyorok belakang dia je sebab beriya sangat tawar menawar. Kesian tuan kedai tu.

Lantak dia la, sambil tu aku berposing dengan Piya.

Berbalik pada Kelantanese slang, I do understand what they're saying perfectly but I can only speak little. Banyak pun boleh tapi bunyi nya akan jadi macam bomoh siam.


Uish wordless la sangat. Membebel banyak dah ni. See ya!

Thursday, June 30, 2011

Passport budak kecik

Took Piya to a shop to be photographed. Perlu buat gambar untuk buat passport. Nak kemana kami? Belum tau lagi, buat je la passport kan mana la tau nak bawak diri ke mana2 nanti senang sikit kan.

Cadang nya nak ke Bandung, tapi bawak Piya ke Bandung? Travel jejauh/ luar Malaysia senang ke eh dengan bawak anak kecik yang tak reti bahasa lagi?

Btw kat kedai gambar kena pegang Piya sebab dorang just kasi stool and suruh Piya duduk. Yes Piya dah leh duduk tapi aku tak confident la lepas dia begitu sahaja. Seriau aku weh takut Piya takleh balance duk atas bangku tu. I imagined this would be difficult since I'm not allowed to see my hand in the photo.

Kang untuk tempoh 5 tahun gambar passport tu ada kesan jari aku kat bawak ketiak Piya. Glamer jari I.

Smile piya smile! Budak ni muka serious la pulak kat sini. Jenuh buat macam2 kasi dia gelak. Kang aku buat lawak Maharaja Lawak kang, daddy dia pulak kang yang gelak hehe.


Biasa la amik pic bebudak. Ada la sikit2 hassle of positioning her. Baju senget la, tutup mata la, muka masam la. Memang la masam sebab abang cameraman tu muka garang kot hehe. Piya ni pelik sikit tengok muka orang yang dia tak kenal tambah2 kalau muka serious je. Kat rumah aku ni semua muka ceria2 je, muka takde masalah. Daddy Piya kena duk agah2 dia la kat belakang abang cameraman to get her to look over to him. It took four attempts to get a good photo kot.

Sesi fotografi dgn daddy sementara tunggu gambar siap. Muka tetap serious sebab abang cameraman ada kat belakang mummy
Hasilnya, muka nak nangis kan? Takpe, tetap comel dimata mummy and daddy :)

Esoknya kami ke Imigresen Selangor. Katanya tak ramai orang sana. Before pergi gigih duk cari info requirement needed untuk buat passport ni. Yes we can surf and google procedures required etc but some may have encountered going to the government offices and being told otherwise, tapi alhamdulillah kami gi kali ni smooth sahaja. Rasa senang je takde banyak kerenah. Maybe sebab ikut arahan :)


Ni perkara2 yang diperlukan bawa:

  • RM150 for children below 2yrs old
  • 2 latest passport size photos of your baby
  • Sijil kelahiran baby (original and copy)
  • Mykad ibu & bapa baby (original and copy)
  • application form form

Proses buat passport adalah sangat cepat. Syabas immigration Shah Alam :) Paling penting, don't forget to bring your child along when applying and also during collection otherwise they won't release the passport to you. Jangan memain weh, ada orang depan kitorang tu nak apply passport untuk anak dia, tapi tak bawak anak dia sebab anak dia kat nursery. Boleh gitu?

So passport sudah ada. Sila cadangkan mana nak bawak pergi sebelum bulan Ramadhan ni?

Tuesday, June 14, 2011

Lurus ke kerinting

Rambut dah huru hara, nak dalam keadaan senonoh harus di blow dry. Tu yang pemalas skit, nak rambut lawa aje, bila tak lawa mula la nak naik angin. Tapi pemalas nak bagi lawa.

Rambut sebelum rebonding (slps pun lebih kurang je aku tengok)
So the solution is, to go for rebonding again. Hey, the last time I went to salon for rebonding was 1+++ year ago. So kira ok la kan. Eventho ppl said my hair is already straight, SUKA HATI gua la. Walaupun orang kata trend skrg adalah rambut wavy ke kerinting ke, ada aku kesah?

So I made my stylist (dia ni pun kecoh kata rambut i still straight) to cut it shorter, but still reasonably good long length, and she suggested a layered cut for me. Whatever la janji jangan pendek. Kepantang aku adalah bila rambut pendek and berserabut.

Dulu mmg la straight, tapi dah besar2 ni banyak sangat chemical kot. Skrg adalah straightt api ada bengkok2 skit and jadi kembang lepas cuci. Tension ok. I nak super straight ok tapi tanak flat. Ada shape la sikit2. Ala decribe skrg pun bukan korang paham. I’m happy my hair now bcoz finally it's manageable state again! Tapi banyak baby hair la. Mungkin masa baru bersalin tu rambut gugur, so tumbuh banyak la rambut2 baru.


I have to wait 3 days before I can wash my hair. Tapi esok petang nya dah cuci dah, tak tahan. I am not supposed to tie it up either coz the shape will become out. So masa mandi kena pakai shower cap la kan.

Ni cerita 3 minggu lepas ye, now rambut dalam keadaan superb.

Sunday, May 22, 2011

Thomas Chan mali chan

Yesterday I dragged along my sister out with me to accompany me to take our grandmother (tok) out shopping with us. Err ayat berbelit eh. Ayat mudah : paksa adik ikut shopping sebab aku susah skit keluar berdua dengan tok sebab tok cakap banyak heheh plus nak bawak Hafiyya sekali.
Destinasi: Empire, Subang.
Agenda : Tok needs to get a pair of good shoe sebab dia nak pergi KK next week. Yeah, tok will be attending a kenduri there and will be flying off KK dengan kawan2 sekampung dia. Jangan main2 ok, nenek aku ni kuat lagi berjalan :)

Kedai dituju : Butik Thomas Chan, Upper Ground, Lot UG-27, Empire Shopping Gallery, Subang Jaya.


There was two SA in the shop, Melayu but she wasn't too knowledgeable about shoe construction especially when I asked how the shoes are constructed. Saje je test power sebab I bought a shoe from here before and SA yang attend aku dulu tu sangat terror and knowledgeable sampai aku terpengaruh and kosong duit dalam wallet.

Tapi memandangkan SA ni pun orang Kedah so tok aku suka je dia kan. Sekampung katanya.



Kasut kat sini agak pricey ye sbab kasut di sini terkenal dengan orthodonthic sole. Ala yang kusyen2 kat kaki tu ikut size dan keperluan kaki. Untuk orang yang ada masalah kaki macam mama memang sesuai. And untuk tok, pun sesuai. Dia dah lama sakit tapi duk tahan pakai kasut biasa.

Harga:
Ready 2 wear (RTW) around RM250 - RM550. Kalau ada orthodontics insoles lagi mahal
Made to Measure (MTM), the price went up by another +/-RM300.
Price vary on what type of leather or material used (??); calf, ostrich etc.

Dulu my wedding shoes pun from Thomas Chan, without the orthodontics insoles of course. Their shoe design is a bit special and unique and the heels are not so high. Korang tau la kan aku ni clumsy skit so heels tinggi tak sesuai ok.


Since mahal aku suruh tok pilih and test betul2, kalau leh test kasut dengan round satu empire baru puas hati hehe.

Design untuk orthodontics soles ni tak banyak tapi acceptable la designnya. Takde la terlalu makcik2. Tok ni jiwa muda skit ok, kasut nak kena ada heels skit.


Turun 1 kilo ok mengangkut Hafiyya ke hulu hilir dalam carrier ni heheh

When a kaki sembang meets a kaki sembang

Hafiyya with her cu and onyang :)

So siapa yang ada angan2 nak design kasut sendri pergi la kat dorang ni sebab shoes can be custom ordered on customers design and needs. Harga belakang kira.

And article pasal Thomas Chan disini. Sekian wassalam.

Friday, May 20, 2011

Tangkap leleh

Korang pernah makan Tako Tao tak? Tako Tao is available in all Jusco shopping malls within the food court area. Dimasak dan disediakan on the spot semasa order.

Yours truly, baju hitam paling belakang (takut korng tak kenal)


Sejak Jusco AU2 dibukak, selalu gak lalu2 kat stall Tako Tao ni, heran tengok kenapa la selalu Q panjang. And selalu baca blog peejburhan, tau dia obses dengan Tako Tao ni kan. Maka pada suatu hari yang indah tu, pergi la try.

LAZAT! Siapa la cipta makanan ni, sedap nak mampus.

Tako Tao ni kan, adalah Japanese snack food. Diperbuat dari tepung pastu di-ball kannya and ada inti didalamnya. The balls are then topped with mayo, soy sauce and slices fish flakes. There are 4 inti available which is octopus, innagi (belut), prawn and chicken ham.

Favourite I adalah octopus. Yang lain tu actually tak pernah try pun heheh.


Sementara tu cari la husbandku mana tah ilang. Rupanya.....

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..

..



.

.

.

.

.

.










Tengah skodeng rumah kaca AF9 hehehe. Skodeng belakang2 je ke bang, takut masuk tv ekk.

For clarification, we r not the biggest fan of AF (I like af7 je hehe) but me as an avid follower (yeke?), nak jugak la tau bagaimana rupanya rumah kaca yang diperkatakan itu. Walaupun diari langsung tak layan and konsert selalu miss. Kalau tengok pun memang tak aman sebab Hafiyya time mummy dia nak layan AF sure ada je pe'el nya hehe.

Biar lah, jangan time maharaja lawak piya kacau mummy dah. Heheheh.

Motif perlu penerangan bagai?? Nak tengok, tengok je la. Ada aku kesah? Hehehe.

K la, see ya around :) Suka tu but entry hujung2 weekdays time org nak balik dahhhh. Selamat berhujung minggguuuuuu :)

Monday, May 16, 2011

8 month old

Hola! Wah testing update via BB ye sebab tu cam huru hara je sususannya. I think I have problems with laziness, sebab tu suka2 hati mak bapak dia je nak update ke tak. Teringat saiful apek punya ayat:


'Wa punya bapak bikin ini tempat kasi lu orang suka suka hati. Tapi lu suka suka hati bikin ini tempat serupa lu punya bapak punya tempat.'


Heheheh. Ada kaitan ke dengan ayat aku di atas tu?

Btw, since ramai bertanya maka teringin la nak update pasal hafiyya. She's already 8+ month old. 8 month setengah udah. Few update:

Favourite food: bubur blend carrot + ikan bilis + kentang. Sehari boleh 3 kali makan, tapi control2 gak sebab karang kurang minum.
Masih minum enfalac a+ and dah tukar pakai botol avent instead of dr brown.
Duk dalam walker dah pandai kedepan, ketepi n kebelakang. Rempit gak la dalam walker ni.
Akikah hafiyya at KB on 1st May telah berjalan lancar, alhamdulillah.


Hafiyya 1st flight pun berjaya, tiada adengan menangis sebab dia tidur je. Dia pantang naik kereta or benda bergerak, sure amik tiket tido je.

Mulut memang bising la, nyaring plak tu sore. Ikut siapa la ye hehe. Suka sebut ta-ta-ta-ta. Sembur2 air liur.

Takleh leka sebab suka berguling2. Paling payah nak tukar diapers, takleh duk diam woo.

Love making funny faces (muka busuk, pejam2 mata). Tang ni memang tak larat gelak la

But she shows no interest in crawling. Ada tak anak sesiapa belum merangkak and duduk masa ni? Ke anak korang dah berjalan dah masa2 ni? *nanges*

Kalau pun dia merangkak, she did 'army crawl'. Ala yang ngesot tu, tapi dia ngesot reverse je la. Bontot angkat lama.

We enticed her with toys just out reach, she will just berguling2 sambil senget2 kan badan to get the toys.

She sits on her sturdy bumbo chair when she eats, she can seat straight with support on her back.

Cuba nak menlady like Hafiyya dengan memakai hairclip and harband :) Tapi style duduk tetappp maintain.


Hafiyya weighs 7.5kg, 2 weeks ago. Lepas tu dah banyak gerak and demam2 skit, maybe berat pun tak banyak naik. Or silap2 turun.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday, May 8, 2011

Kasut

This is my favourite shoe. I wear them to everywhere. Dah nak rabak dah. Brand? Biarlah rahsia.


I’ve been obsessed with finding the perfect ballet flat over the past few weeks, going so far as to buy a pair in Ampang Park that were half a size too small because I was convinced they were the perfect style and color.

Kasut dimaksudkan adalah disebelah kanan

Note to self: never buy ballet flats a half a size too small. It won’t work out very well.

I love flats. Love them, love them, love them.


I owned few pairs of shoes. Ada la dekat beberapa pairs will remain unworn in the wardrobe waiting the right occasion that never comes. *sigh*

Pic below yang kaler cream tu jenis terompah jugak kot. Charles & keith. I love terompah punya jenis walau apa pun pendapat lain and I prefer the chunkier heel.


I'm not a huge fan of high heels either, i only wear them once in a while on special occasions. I do own many pairs but really is a waste of money for me as I am always in flats. Melainkan waktu kerja dulu memang sentiasa kasut tinggi la.For me women like heels to be more feminine / taller / sexier / prettier / more confident.

Tepuk dada tanya selera

Ni kasut makcik2 tapi I suka je. Kiri tu terompah gak beli kat vietnam hadiah dari MIL.

Info:

  • I dont have a certain favourite brand of shoes, hentam je asal menarik pakai.
  • suka kasut bling2, berribbon. Comel.
  • If I were to pick a favourite brand, definitely would be clarks
  • suka shopping kasut di Ampang Park. Neva shoes kot nama dia. Anyone yang sama minat?
  • Time pregnant hanya boleh pakai crocs or clarks. Lain takleh, allergic.
  • This is auto published entry, org lain ibuk berhari ibu. Happy mother's day :) Nak kasi aku hadiah mother's day kasi la kasut ye :P
  • semua kasut di atas belum dipakai

Ta-ta!

Wednesday, April 27, 2011

More than words wednesday

Hari ni Hafiyya demam untuk hari ke-3. It's her 2nd time being sick (1st one was last month) and already I'm feeling so helpless. So masa hari ke-1 demam we took her to klinik biasa kat area2 situ (lepas ni klinik ini akan di refer sebagai klinik X) sebab masa tu kat rumah MIL. The doctor prescribe few medicine bla bla so fine la balik la rumah bagi Hafiyya makan.

Hari pertama demam

Hari ke-2 demam I took Hafiyya to DEMC kat Shah Alam jumpa pediatrician yang biasanya Hafiyya checkup every month tu. Pediatrician ni nama dia Dr. Fadzilah memang aku suka gila ia ni, an attentive and caring person.

Sbab apa aku patah balik gi DEMC? Ni sebab Hafiyya had an allergic reaction on her cheeks tambah pulak masih demam. Kami syak the doctor in Klinik X prescribe the wrong antibiotic sebab tu naik merah2. Naya anak aku.

Mula ada merah2 boh sides tapi lama kurang sikit tinggal sebelah.


Dr. Fadzilah says it's viral fever and should subside within 2-3 days. Yeserday nak dekat2 magrib tu felt her eyes and mouth so hot, took the temp and found it to be 38.8! Cepat2 aku bagitau SIL (dia M.O) tapi SIL quite relaxed (perhaps it's just me being overly worried?) Suruh aku lap2 badan Hafiyya je and iku arahan kasi ubat demam every 5-6 hours.


Tambahan pulak Dr. Fazilah kata it's normal for her temperature to be fluctuating. Biarkan dia dalam bilik berkipas kasi haba keluar dan pakai baju nipis2 je and observe her behaviour. She seems ok but finding it hard to feed her. Tamau minum susu minah ni. Tapi makan bubur nasi dia lalu pulak. Any opinions from experienced mommies?


I guess she is now more than 6 months old so having a fever is really normal unless she is below 3 months, sah2 kena admit la kot. Ni info aku baca from internet ye:
  • usually fever in babies will go up and down for 3-4 days and it should be stable after that.
  • If she is having flu like cough and runny nose, it will take at least a week before she can really sleep well.
  • Throwing up in a way is good at least her body is fighting against the viral.
  • Do not stop feeding her <-- aku hanya mampu suap air kosong sesekali je sebab susu ia reject. Kasi makan bubur 2-3 hari sekali dia makan je.
Also I use a wet towel to rub on her body especially her ampits, forehead bila agak2 panas then rub with a dry towel (macam pic 1st tu aku malas nak ajust turun balik pic ni). I know the feeling memang tak best bila baby sakit coz you will worry and feel helpless, tapi harap bertabah lah.

Hafiyya & daddy. Piya ni time bergumbira cari daddy, time sakit baru la nak kat mummy dia.

Well nak komplen skit. My SIL kata sekarang arahan KKM setiap ubat diberi kena ada label di depan. Kena ada:
  • Nama ubat
  • Kandungan ubat
  • No pendaftaran dan label hologram yang disahkan KKM.
Contoh ubat ikut procedure

Sebab semua ubat sekarang standardize dikeluarkan dan wajib diluluskan ahulu oleh KKM
even to kinik2 biasa (siapa doctor baca pls correct me if I'm wrong ye). Siapa rajin baca lah kat sini.

Kerajaan tamau la klinik2 ni beli ubat dari India or etc yang style kita dulu2 tu kan, klinik2 beli ubat dalam botol besar lepas tu bila nak bagi patient tuang dalam botol2 kecik kepada patient tanpa labelkan nama ubat tu. Contohnya just labelkan ni ubat demam tapi jenis antibiotik jenis apa (paracetamol/panadol/etc) tak dinyatakan.

Contoh ubat tak ikut procedure
Panjang aku explain ni harap korang paham la ye. Nampak gayanya entri kali ni berilmiah sikit. Harap dapat manfaat dari sini. Sekian.

Wednesday, April 13, 2011

Kenapa baca blog orang?

Nak tanya kan, are there certain bloggers that:

  • you read his/ her blog daily tak kisah la topic pasal apa pun??? Tak semestinya jadi follower or tinggal komen selalu kan, mungkin hanya silent reader kepada mereka?
  • Atau korang jenis nampak tajuk entry bombastik and interesting baru baca?

I have to say I fall into both category 1 & 2 ; there are a few I read no matter what the title says. Ada orang baca saja nak tau cara kehidupan orang lain someone else's life dan bla2. I read blogs for different reasons such as:

  • sometimes to be entertained, sometimes saje nak tau lifestyle orang lain
  • read the blogs that I can relate to. The way I look at it, like we are all in the same boat, and we can all learn from each other.
  • Ada jugak la yang takde kene mengena tapi suka gak baca. Yang bahasa sempoi and lawak2 skit. I like to learn about how other people think.

Sekadar gambar hiasan, cilok from here.

My way of writting blog is like my ramblings page. A.k.a merapu. Heheh. It's just my thoughts and what I happen to be thinking at that particular time or activity/ event happened that I wish to share. I don't expect everyone to read and agree every single thing I write because everyone have different preference. So do I. Ada jugak some things that aku kurang gemar pasal blog orang lain (no, I'm not naming names here coz I'm not perffect either) such as:

  • Bloggers who don't provide any "about me" info on their blog, or pointers to it elsewhere on their site. I like to know more about the people I'm reading.
  • When a blog takes forever (and a mean more than 1-2 minutes!) to load.
  • Blogger yang suka cerita hal2 dalam rumahtangga yang tak sesuai dicerita untuk 18 tahun ke bawah. Even if it is meant for 18 above, macam tak sesuai je cerita hal dalam kelambu kan?

That's all I guess. The rest are fine. Ada orang tak gemar bloggers yang ala2 menunjuk dalam blog etc. Itu tepuk dada tanya selera. I dont have any problem with that. Mungkin mereka2 ni tak berniat menunjuk pun sebab memang itu gaya hidup dia. "You should look for blogs that write about the areas that interest you. You can also read blog that people you know or that you're interested in are writing." source : wikepedia.

Tak suka jangan baca, simple kan? Tak payah tinggal kan komen yang menyakitkan hati. Bersopanlah anda walau di alam maya sekali pun. Syukur takde lalat2 singgah lagi di blog ni :) mungkin sebab tak popular hehehe.

That's all for today. Have a good day.

p/s setengah orang tak suka baca entry panjang kan so I'm trying to make it short?

Monday, April 4, 2011

Pedas boleh kurus?

While having dinner with my mum the other day, tetiba macam mana tah terkeluar topic siapa nak kurus dan awet muda makan pedas2, sambil kami masa tu tengah makan nasi berlaukkan udang galah masak sambal. Memula aku syak mama saje keluar kan topic tu bagi nak lakukan udang masak cilinya nya itu.Tapi kalau tak pasal topic tu pun memang kitorang anak beranak suka je udang galah, memang biasanya licin je.

So apa pendapat korang? Pernah dengar tak orang kata makan pedas (cili) boleh awet muda dan slim? Perasan tak people in Asia are usually slimmer than the Europeans or Americans? Biasanya dalam masakan orang Asia ni contains 3 main ingredients: garlic, chili and ginger. All these ingredients have a lot of anti oxidants and other nutrients that are good for our health.

Oleh kerana ada bahan anti oxidants, so tayah la makan Brand's Innershine Prune Essence kan kan? Sama je fungsinya. Prune is a antioxidant food and it is good for detoxifying, so will be able to flush out your toxins. When u have good digestive system, your skin will be good as well. Kesimpulannya nak cantik makan lah makanan pedas! Sebab aku kalau lepas makan pedas sangat confirm gi bilik air lepas tu. Eh ke semua orang pun macam tu.

Tapi bebaru ni aku consume jugak Prune Innershine ni, mana tau leh cantik cam Adira. Tapi baru 7 botol minum. Nanti dah 700 botol baru aku buat testimonial ye. Ye la dah selang sehari minum kan, asyik lupa je nak minum.


Based on my observation dan experience, bab awet muda tu aku agak setuju tapi bab kurus tu maybe it do apply to certain people including me. Bukan nak cakap besar, aku seumur hidup tak pernah diet, I'm quite a good eater and kadangkala makan dalam quantity sikit tapi sangat kerap. Harap2 selepas usia mencecah 30 +++++ nanti aku maintain slim (slim sangat ke skrg? tipu je) and tahap metabolisme aku masih lagi tinggi seperti sekarang. Oh tapi sekarang badan aku dah agak berisi dari dulu, mungkin sebab aku dah beranak kot (tanak ngaku naik sebab faktor umur tu!).

Bab2 awet muda, kami anak beranak memang nampak muda dari umur sebenar, mungkin faktor genetik kot. Takde la nampak muda 10-20 tahun kan. Cukup la tu muda 4-5 tahun. Tua tetap tua asal jangan orang kata nampak tua dari usia sebenar sudah. Again, thanks to the spicy food, kalau itulah penyebabnya :D

Tapi for sure aku suka makan chili yang lagi satu ni. Awas, chili yang satu ni tak dijamin boleh menguruskan badan. Menambahkan berat badan boleh la!


.

.

.

.Align Center

.

.




Bagi sesiapa yang suka makanan pedas jangan risau, by eating chili (cili merah bukan chili's!) has not been proven to hurt you in the long run. Try not to eat spicy food before going to bed. The heat which raises your metabolic rate will actually keep you from sleeping. (sources: Internet).

Amalkanlah hidup sihat. Jangan malas exercise la! (nasihat untuk diri sendri). Sekian pesanan khidmat masyarakat.