Tuesday, March 29, 2011

Coach itu jurulatih

Amaran: Entry ni mungkin tak semua minat, so takyah baca yang tak minat handbag. Nak baca juga, baca dengan hati terbuka ye.

I have a few coach bags and I love them and my favourite bags is the red one. Ke hulu hilir angkut ni. Pakai baju apa pun belasah saje.

Bila tengok bag2 online je, sure berenti lama tengok Coach. I do not blame them, because Coach offers some pretty cute bags and affordable untuk poket ku yang tak berapa tebal ni. There was a time when I was so addicted to them, that I had to buy one each season and I still use them every now and then (even though it's been many years). Wah cakap macam banyak je Coach. Tak pun.

Antara koleksi 'jurulatih' yang dikeluarkan dari gerobok yang dapat diselamatkan. Dah nak macam lunyai je kan, nampak sangat aku pakai sungguh. (read: tak simpan leklok)
Ni baru beli gak, tapi lupa beli so banyak simpan dalam almari so asyik pakai beg merah je.

'jurulatih' terbaru

Dah puas pakai brand US, tiba la masa bertukar citarasa ke European brand pulak. Bought Boston Sukey as my first gucci bag (purchased last month courtesy of hubby!). It's feminine, great for both formal and casual wear. I have monogram canvas purse and handbags tapi puas (hampir lunyai) dah pakai. Compared to LV, I think Gucci designs could be much younger and fashionable. Kan kann?

Fashionable kah? Nampak comot je tuan beg tu ye. Janji gucci and berbackground kan burberry.

Husband aku pernah tanya, how many bags are enough for a woman. Well, the exact number couldn't be estimated. I need different bags to match different clothes, since some bags don't really go with certain clothes. Eh alasan je ni.

Tepuk dada tanya selera.

Saturday, March 26, 2011

Stroller yang stress

Lihatlah pic ini. Ini trolley ke stroller nih?


We hardly ever use the basket sampai hampir terlupa la kewujudan mende alah tu. Our habit is to just hang everything off the stroller. Usually on the handles. Kadang2 husband akan dukung Hafiyya sebab nak isi barang dalam seat dia. Huahuahuahua. Banyak gila ke shopping bag?

Tak kuasa nak bongkok2 isi barang kat basket tu, lagipun banyak mana leh sumbat kan. And we have a diaper bag which goes on the handles and we use for storage of Hafiyya's stuff. I've had a TON of weight hanging on the stroller. Very stable stroller.

Maka lantik la aku jadi duta stroller.


Dah salesman kat Planet Enfant ni kata stroller ni lasak, so kitorang guna sungguh2 la. But korang, dont try this at home ye. I read somewhere hanging items from the handles causes stress on the stroller. Stress macam mana pun tak tau la, aku ingat aku je yang stress, stroller pun boleh stress ye.

Tapi time ni aku tak stress sebab baru lepas shopping.


Hafiyya kagum kot tengok aku. Hehehe. Makin lama makin confirm rupanya ikut daddy nya.


Di hari yang sama, lokasi berlainan: KLIA. Hantar husband yang kembali bertugas. Stroller need time off, dah overworked.

Duta stroller yang tak pakai stroller. Serious penat, mata pun tak larat bukak. (both mummy n daughter)

Ok la nak pergi kenduri akikah anak orang. Akikah anak aku je tak buat2 lagi. Happy weekend ye!

Monday, March 21, 2011

I dont follow a trend, trend follows me

Hahahahah. Tetiba geli baca tajuk.

I dont really know how to rate my fashion sense. I don't really follow trend. I tend to just wear what I feel like. Depending on mood? Sekarang ni pulak, rasanya dah penuh wardrobe tu, tapi still rasa takde baju nak pakai. Macam mana hah?

Lately suka pakai tunic macam ni. Pakai dgn legging or skinny jeans. Nak pakai gitu saja rasa tak kena sangat2. (read: i'm too old for that).

Baju baru gak ni

Mungkin ada sinar2 ke arah nak berhijrah kot? Doakan ye :) Padahal pakai baju fitting2 sgt rasa gemuk, tu berselindung di sebalik tunic ini. Malas nak explain panjang2 pasal fesyen sebab purpose entry ni nak cerita pasal colour sebenarnya.

I’m usually a pink-light blue-pastel person, but I do like colors in moderation. I'll wear anything as long as it looks chic and nice and suit my skintone yang ala2 latin ni. Wah berangan. Serious, siapa kenal aku dari dulu tau I wear any colour except for black. Tak minat sungguh dgn black, macam rasa suram and rasa sakit je.

But lately I tend to shop black and white. Kenapa hah? Faktor umur? Tengok la ni, ni baju fresh from oven.

Pic atas bawah: Baju yang dibeli dalam tempoh 1-2 bulan ni

Mainly black and white

Ini tak termasuk baju kaler lain gak and handbag yang dibeli tu, tapi tu lain entry la ye kang lari topik pulak. Oh ye, yang baju sleeveless tu ofcourse pakai dengan cardigan or inner.

So reason beli baju2 kaler gini: white because it looks so clean and fresh and black make me look slimmer and both colour senang nak mix and match. Tapi tu la, bila dah byk black rasa perlu shopping balik sebab kekurang baju kaler lain. Biasalah manusia, tak pernah cukup.

Renung2 kann

Wednesday, March 16, 2011

What hurts the most

Ni cerita berapa minggu lepas juga. Brought Hafiyya to meet my gynae, Dr. A. Nope, bukan dia yang sambut Hafiyya lahir dan bukan dia yang belah perutku ini. Sah2 aku bersalin kat HKL kan. Reason jumpa Dr. A? Sebab memang dah more than a year ber appointment dengan dia, so saje nak tunjuk baby.

Aku check dengan Dr. A dari sebelum pregnant, meaning ada few procedures macam hysterecopy, D&C etc hinggalah disahkan pregnant till 5 months of pregnancy gitu, lepas tu dia serahkan ke gynae di Hospital Pantai, lepas tu gynae di Hospital Pantai serahkan ke PPUM and PPUM serahkan ke HKL sebab kes aku special sikit; placenta previa, bleeding and uterus sempit.

Rasa cam bola pulak pass sana pass sini.

Motif cerita kronologi bagai? Berbalik pada topik jumpa Dr. A, the best part is that the doctor and the nurses who got to see me through 1 year b4 pregnancy till my five months of pregnancy then got a chance to see the baby. Ye la yang mak dia keluar masuk spital ni. Ni la hasilnya :)

With Dr. A

And they seemed to enjoy catching up with the..

"end result"

Btw dah alang2 topik ni, saje nak cerita. Kan bersalin dulu cesarean kan.

Flashback: pic ditolak masuk ke OT untuk di caesar

The right side of tempat operate ni healed fine but the left side healed fully in about 3 to 4 months after the birth. Ye la ingat nak buat kerja berat2 lepas dedua belah rasa comfortable la. (kerja berat = aktiviti lasak = exercise, jalan laju, jogging, angkat berat sikit).

Tapi parutku dah macam yang kanan tu. Dah ok la tu. Makcik urut kata doc yg jahit tu pandai, sangat kemas.
Tapi takleh buat kerja berat sangat uols, dah 6 bulan ni I still feel an uncomfortable rasa senak2 gitu. I still have mild to light pain every now and then, lebih sikit time period. Normalkah? Sebab sakit sengal dan ngilu2 ni la perut I tak berapa kempis balik. Camne nak exercise kan dah ngilu2 tu? Wah ni alasan pemalas lipas ke ni.

Ok la bye.

Jawapan untuk tajuk entri: bersalin?

Friday, March 11, 2011

Oh rupanya lama tak update

Bersiaran kembali. Banyak sangat cerita. Meh pecahkan tajuk ye.

a. Merong Mahawangsa

Got 6 free tickets to watch this movie. Bagaimana dapat? Adalah cousin kerja TM.

Memula tak minat nak tengok, tarikan untuk tengok pun mungkin sebab Stephen Rahman yang sangat drop dead gorgeous itu. Rupanya lebih dari itu. Dari pelakon, cinematography sangat mantap. Rasa nak nangis bila dah habis movie sebab tak puas.

Diapit adik (adik ok bukakn kakak i hehe) dan kakak ipar.
I don’t feel like watching the typical local made movies. Ye la last malay movie yang tengok adalah Lagenda Budak Setan. Jauh bandingnya tu. Yusry KRU did a marvellous job with some of the shots especially fighting shots.

Gi la tengok korang, worth it! Aku yang tak minat cerita2 epik ni pun boleh punya tekun tengok cerita ni, tak kelip mata. Harap2 box box office la. PGL pun epik tapi tak menarik hati sangat. Maybe plot kurang menarik. Or sebab hero/heroin tua?

Memandangkan aku ni ex-gf Yusry (read: peminat KRU esp Yusri zaman kecilku), maka diisytiharkan Merong Mahawangsa so far is the best local movie of the century.

Support Malaysian film k.

Shoutbox spam?

Beberapa kerat pelawat are spamming my shoutbox, by posting the same message over and over again or to advertise product. Ni ok lagi. Ada yang tinggal message kata 'kunjungan balas'. Apakah? I dah sebulan tak tinggal jejak kat shoutbox orang kecuali insan2 tersayang (ehem sesiap aku tinggal msg tu pepaham la).

Ada gak tinggal message tak sesuai untuk 18tahun ke bawah, terpaksa aku gigih ingatkan balik password shoutbox aku ni untuk mendelete bagai.

Ke shoutbox aku sorang je yang hangat ni?

c. Piya

Banyak sangat permintaan nak tengok sikecil ku ini. She's already 6 months, still tamau meniarap. Kadang2 meniarap, bila dia teringat dia pusing depan balik. Dah sminggu start makan cerelac and Farley Rusk. She totally likes farleys rusk boleh habiskan dalam masa sekejap je.

Siapa yang tak suka Farley kan? Aku kecik2 dulu masa 7-8 tahun selalu pow Farley adik aku.


She already recognize her own name when someone called and she'll turn to whoever calls it. Rajin bersembang macam daddy dia. Suka tenung orang lepas bila orang pandang cepat2 dia pandang tempat lain. Pemalu macam mummy dia.

Syabas betti.

Piya with her favourite puting. Puting lain dia reject ok.

Apakah persamaan pic dua ni?

Ok I think thats all for now. Esok lusa try karang entry lain pulak. Banyak cerita kannn. Pen biru pen kuning, thank you for reading.