Monday, January 24, 2011

Manik manik rindu

Ni la baju kurung yang baru siap tu. This new tailor which I mentioned in previous entry, I send 3 pasang kain, 1 dah siap. 2 lagi pun dah siap tapi tengah jahit manik. Buat baju kurung pesak and pahang je, tak kuasa nak buat kebaya. Tak minat.


This tailor is very good in beadings tapi harganya tak sure la murah ke mahal. A simple baju kurung cost me rm45. Beadings bunga (rujuk gambar rajah di bawah ) at the neck and the edge of the baju kurung sleeves cost me additional rm150.

Kalau mahal tolong habaq mai, kalau murah tolong kasi tau. No idea harga market macam mana.


I'm very particular about the shoulder, I like those yang betul2 terletak bahu and tak mau span yang terlalu tebal or nipis. Kali ni ngam2 dah tang bahu tu.

Sadly tang leher don't seem up to my standard, luas benar. Camne nak explain eh? Refer kat bulatan tu. And tak sedap la pulak bila dipakai. Sample baju yang diberi tu dah sedap, tak tau kenapa baju baru ni tak sedap. Tak pandai potong ke?

Suka hasil kerja manik dia, tapi tak suka jahitan baju

Luas sangat leher tu kan? Aku nak bila dibutton tu, tak terdedah sangat, rapat. Tolong fahami. I dunno why? I just don't believe the things that can go wrong with a plain baju kurung.

Ke aku yang lorat sangat? Tu yang kekadang prefer beli siap je. Ni dengan harga kain lagi, upah lagi. *membebel*

Thursday, January 20, 2011

Siapa nak beli?

Kakak2, adik2 sekelian. Saya ada barang nak letgo. Beli tapi pakai sekali gi OU, pastu rasa tak sesuai dengan jiwa. Worn 1 time only, still excellent condition! Entry dia boleh check sini.

Tag dah takde ye, konon hari tu nak pakai gi OU so cabut la tag. Tapi try2 depan cermin rasa macam besar sangat lepas tu macam tak minat so pakai dengan tak berapa ikhlas. Time membeli tak pk lak besar kecik ye. So tak jadi pakai maka hanya jadi penghuni almari sambil dibalut dengan one of my dustbag (bag ni datang tanpa dustbag ye tapi sebab sayang simpan gak dalam dustbag bag2 lama).

Mulberry for Target Quilted Denim Large Satchel
Long handle, Large Satchel
14″ Length x 11.5″ Width x 6″ Depth

Picture below taken from here

Me & bag

Front view, kemek la sikit sebab tak isi barang. Memang dapat2 bag ni macam ni la keadaan asal nya :) Pic di official website nya of course cantik je terletak kan. Dia iron dulu ke haper.


Beli la ye. Gorgeous bag, a great addition to any handbag collection. I personally think the style is totally classic and chic. Wah nak promote tu macam2 la cakap. Tapi serious, rugi tak beli sebab harga dah murah and bag masih elok sangat.

Harga tak mahal ye, I beli dengan harga RM450, nak letgo dengan harga RM32o sahaja. RM20 tu untuk cost shipping and upah gi postoffice ye.

Interested, sila mail ke edkbd@yahoo.com

I have few more bags to letgo, tapi pelan2 la ye.

Tuesday, January 18, 2011

Botol dalam hidupku

Pakai botol susu apa dan kenapa?

Lepas bersalin still takleh direct BF, terpaksa pump susu. SIL no. 1 suggest suruh pakai Dr. Brown, and Hafiyya immediately 'serasi bersama' dengan Dr. Brown. Yang plastik punya, ada ke Dr. Brown botol kaca anabakawali? Dr. Brown actually has a "strainer" (I don't know the official term) di mana susu kena laluinya dulu bagi memecahkan/menghalang sebarang gas/angin sebelum sampai ke puting.

Itu teori aku la, tak baca pun kat phamplet. Lagipun alhamdulillah setakat ni Hafiyya jarang kembung perut.

Nampak tak so called strainer dalam tu?

Masalah?

Tang nak membasuh tu, dia leceh sikit compared to other bottle, kot . Kan ada "strainer", there are four parts to each bottle. Eleh pemalas cakap la pemalas.

Perkakasan "strainer"
Another things is kadang2 they leak when I shake the bottle, no matter how much milk I put in walaupun dah ikut segala peraturan dia supaya tak lebih dari line sepatutnya. Tak tau la botol tu bermasalah or aku tak reti pakai?

Or maybe I have a bad batch?!

Selain Dr. Brown, brand lain yang di pakai?

Masa Hafiyya 3 bulan, gatal try pakai Tommee Tippee coz they look really cute! Tapi Hafiyya takmau, rasanya puting dia keras sikit la. Ini untuk orang yg BF nak swith ke feeding bottle ok la kot coz it imitates the flex and stretch of a natural breast.


Sekarang tengah ada problem with feeding. Hafiyya refuse to drink milk since last week, she use to drink 4-5.5oz every three hours ( tido kul 10 pm bangun kul 5 pagi untuk next feeding) but recently she drunk only 3-5oz every 4-5 hours. Bila bagi susu cam nak berperang.

So try la tukar botol Japlo. Actually nak cari Pigeon sebab ramai kata bagus tapi tak jumpa. Try la Japlo. Cik piya tamau la. Banyak songeh minah ni hehehe.


Takpe la just stick to Dr Brown la, just tukar teat je untuk faster flow later on.

Makin cacak2 pulak aku tenguk rambut dia ni
Soalan:

- Baby korang pernah mengalami fasa malas/taknak minum susu ni? Ke baby aku je? Kalau pernah apa korang buat ye? (update: skarang piya dah ok dah nyusu)

- Botol susu yang baby korang/ anak sedara pakai?

Monday, January 17, 2011

Kawan baik

This is among things I'll never leave home without.


Top: Channel, dibeli di Parkson KLCC, hadiah 1st annivessary tak silap. Sambil shopping sambil boleh dapat point bonuslink.


Bottom: Dior, mama bought in UK for 35 pound. My favourite! Kemana2 duk pakai ni je.


Tapi spec2 I dedua dah senget benget uols. Pakai sungguh ye sampai senget. Actually tak suka simpan dalam box dia, sselamba je sumbat dalam handbag kekadang tu.

I hate it when it’s too dark to wear sunglasses, sebab aku suka melaram pakai spec hitam ni. I'm afraid people will label me as a show off when I'm wearing glasses and there is no sun outside. Gila ke apa pakai spec redup2 ni kan but I HAVE to wear them!

My eyes are quite sensitive to sunlight so mende ni wajib dibawa ke mana2. Iyolah, nak pakai tu pakai je la, banyak pulak alasan heheh.

My niece, Kaleela with her sunnies. Comel gila budak2 pakai spec ni kannn :)

Ada sesiapa lagi yang berkawan baik dengan sunnies ni?

Tuesday, January 11, 2011

Saya lupa!

Ada orang paste youtube Nazmi RL5 kat facebook, bila layan2, memang lawak la. Aku terkekek3 gelak. Or maybe it's just me heheh. Topik dia saya lupa. So tetiba terasa nak buat topic pasal ni.

Sejak akhir2 ni macam hampir nak ke arah kronik penyakit kelupaan aku. Not with names or faces, I am pretty good with those, nak2 nama artis kan. Memang ingat je. I tend to be forgerful with things I was doing and things i am still to do. Haru tak?

Pernah sekali aku cari sunglasses, time tu dalam kereta. Maki2 dah ni coz I have pretty sensitive eyes so cant live without it , ewah macam fashionista je. Ye la masa tengah drive and cuaca panas mencanak2. of course I need it. Rupanya2 ianya terletak atas kepala.

Tension gua.

Maybe it is also a sign of aging. Especially when I'm in a hurry or in stress. But I cant blame old age walaupun aku baru berusia 18 tahun (ehem2). Mungkin sejak beranak pinak ni kot. Orang kata beranak banyak ni urat2 putus. Eceh dan dan blame on beranak pinak padahal baru beranak berapa je hehehe. Other than that, factors may affect my ability to remember are:
  • Habit of repeating the same mistakes again and again; do not learn from past experiences.
  • Other emotional problems, tendency towards concealing grief, mental torture, fear, desperation, impatience behavior, terror, panic, after effect of shock etc.
    (I copy n paste from here)

Ok la saje nak kongsi satu lagi kisah lupa aku ni. Ni masa zaman kerja dulu kala. One day I noticed my handphone was not in my handbag. I was freaking out coz I thought I lost my phone! Lepas tu aku hantar la sms kat whoever-moron-that-stole-my-hp.

"Hey, I know you stole my phone, you can have the phone coz it's screwed up, but all i want back is my SIM card!!" Ayat takleh blah, biasalah drama queen kan.

Later around 5ish, I gtalk-ed with my collegue, membebel2 kat aku yang kenapa pi tinggal hp kat photostat machine. By that time I was already at home. Ngelat kan. Tu yg balik awal. Malas patah balik. Ingat betul2 ilang. Kalau hilang boleh dapat baru. Hubby already promised to buy new one. Hahaha. Acah je.

Bibik, Hafiyya and me. Nasib tak lupa ada bibik, tidak aku yang buat keje bibik, bibik jadi boss pulak. Parah2.

Does anyone else forget simple little things like this? If so how do you deal with it?

Thursday, January 6, 2011

Koleksi kaset lama

I still have few of my old cassette tapes and old CDs, old = 5-13 years back. The tapes and CDs ni termasuk la yang original dibeli di kedai2 CD and also the amateur mixed ones; mix tapes and CDs friends made for me and tapes or CDs of various songs I made myself. Entah boleh guna ke tak.

Most of the cassette tapes dah selamat dibuang sejak zaman aku mampu beli CD and dapat mewarisi cd2 dari abang2 aku. Ada lagi saki baki ni, I just don't have the heart to dump them. Aku kan berjiwa halus.

See, ada jugak mende aku tak buang ok. Adik aku asyik marah aku sebab suka buang barang. Aku bukanlah sekejam yang ko sangka.

Kaset2 dan cd2 ini captured my entire youth through music. Oh, tak semua kaset dan CD aku to ori. Ada gak beli kat uptown, Pasar Malam and Petaling Street. Student lagi beb masa tu, duit cukup2 makan je. Duit elaun I untuk makan + minyak. Dari aku beli ori baik beli cetak rompak, leh gak saki baki duit tu gi beli baju.

Note : Kena kasi credit kat adik gua gak, half of the collection dia punya. My half of collection dah buang/ hilang/ dalam kereta etc. Adik gua lagi gila beli kaset and CD. Duit belanja dia no. 1 memang khas beli CD and buku. Makan no. 5.

Banyak jugak kaset and CD yang hilang/ patah covernya. Dalam banyak2 kaset bawah ni, kaset Cake one of my favourite. Adalah sorang peminat aku kasi. Wah peminat tu hahaha. Layan gila nak2 time tengah stress/long dictance journey/traffic jam. Aku yang short term memory ni leh hapal satu album tu tau.

Kaset KRU pun ada, wehh ni favourite gua sejak zaman skolah lagi.

CD zebrahead yang aku pinjam dari fai mana?? fai ko amik balik ke?
I'm thinking of throwing these away, koyak, patah, CD/kaset hilang tah kemana
Ha yang pic bawa ni saje nak tunjuk, these are among my favourite layan masa naik LRT. Yang ni di simpan kat bilik I. Sayang. Ye2 gua gila boyband and lagu cute suatu ketika itu. Sugarbabes, O-town, M2M and Britney Spears. Tak kisah aa tak rock ke apa ke, I buy music for my personal preference, telinga aku yang nak dengar.

Dah siap kemas baru pasan ada satu laci lagi kaset and CD adikku (campur turun temurun I punya). So now I'm very sure where most of my sister's allowances went to. CD jepun, korea and arab pun ada. Very international.

Zaman2 beli CD ni dah berlalu kot. People nowadays don't buy CDs anymore kot, ke aku je? In fact segala TV shows, movies, music etc are all digital. Tayah susah2 beli CD.

Sekian la entry kenang kenangan zaman muda2.