Monday, November 15, 2010

Tailor dalam hidupku

Dulu kan aku kerja kan, pernah kerja govt 3 tahun lebih so memang banyak pakai baju kurung/ kebaya. So memang rajin la gi beli kain and tempah baju. Lepas tu kerja private pulak, tak pakai dah baju kurung ni tapi still kekadang tempah baju la untuk wedding and such.

So di mana kah aku tempah kain?

My good old tailor, Aunty Cindy (bukan nama sebenar) used to rocks my world when she gives me the best cut of baju kurung at RM60 a piece. Ni jahit yang basic la ye. Her 'boutique' is her own house. Tapi entah apesal sejak 2 menjak ni cutting dia macam tak berapa terletak, pakai pun tak sedap. Tempoh baju nak siap: sebulan.

Auntie ni memang buat baju aku dari kecik sampai dah kawin. Dia tau kalau aku dah gain weight ke ke slim ke. Tapi demi masa depan, aku perlukan pembaharuan dan perlu tukar tailor.

Auntie yang seksi

I also sent my kain to Ampang Park, Butik Fesyen Nona. Ni untuk kain yang mahal sikit la. Memang marvelous la jahitannya, tapi harga pun kebabom gak. Sebagai regular customer, aku dapat la special price. Special2 pun still mahal gak la untuk orang kedekut macam aku. Tailor aku ni akan selalu remind aku untuk hantar kain sebelum tutup due date diorang kalau nak dekat2 raya. Selalu kalau hari biasa (bukan musim raya) hantar kain, 3-4 hari boleh siap.

Selama berapa tahun ni, I realised I forgot to make any baju when Aidilfitri was 2 -3weeks away. At that point of time, no realistic tailor wants to accept orders anymore, siap lepas raya haji boleh la kan. End up kena beli baju raya ready made dekat Subang Parade., Ampang Park or SACC Mall. Tau je la kan bila ready made, there was like 10-20 ppl wearing sama baju with you. Gila tak special.

This year bila dah teringat nak buat baju raya, tengah pregnant la pulak. Pregnant takpe, ni duk berumahtangga di hospital, pastu beraya dalam keadaan berpantang. Tak kuasa aku nak pakai baju raya.

'Baju raya' tahun ni. Tngah pantang ni. Time ni kasi susu macam ni sebab tengah sakit gila tempat operation tu. Saje la explain supaya korang tak bersangka buruk kat aku heheh.

So yesterday, setelah sekian lama tak tempah baju baru, I sent 3 pasang kain tu my new tailor. Ala rumah dia pun seberang je taman rumah aku ni. Mama recommend suh hantar kain kat dia, padahal mama pun tak pernah hantar kat dia. Saje nak suh aku jadi bahan ujikaji dulu kekdahnya.

Kain2 yang dihantar semalam. Yang mana satu idaman kalbu.

Hasil penemuan dengan tailor itu: I grew an inches at certain part. *menangis*

So itulah kisah2 antara tailor dalam hidupku. Korang pulak?

21 comments:

ieda said...

hahahahah tailor2 skrg nie jahit baju leh tahan mahal kan dik .. kalau jahitannya ok x perlah ..

akak hantar org kemboja sahaja yg jahit di pekan nie .. mereka jahit cermat dan murahh :)

waaaa pening se kecik di kelilingi kain mak nyer .. yg mana satu nak pilih nieee :)

hahahah dah tambah seinci ker hikx3 .. x per2

farahfatihah said...

waaaaaa mmg xsyiokk kalau tailor fav buat baju alih2 xngam kan huhu

Suka Hati said...

tailor saya juge aunty veteren. hehe. pakai spek jatuh kat hidung. tertny2 jgk mampu lg ke aunty ni menjahit. mcm tua sgt dah. tp die jahit sgttt best. antara yg murah lg upah. kalo takde aunty tanjung ni serbu tmpt lain la pulak.

matahati-aishahazhar said...

adia... aishah dah 3 tahun dgn tailor sekarang ni.. 3 tahun jugak tempah guna sukatan yang lama.. tapi yg peliknya berat badan naik.. sukatan baju tetap sama.. apakah? feliks disitu..

~ana~ said...

my tailor=my mum..tp my mum jahit bj besar..x reti dah nak cakap camna nak suruh dia jahit biar ngan2 dgn badan..hu3x..

i ada jumpa sorg tailor kat jln tar..pernah hntr bj kat dia lg 2minggu nak raya...dia jahir bj kurung ok tp bj kebaya x best.

ada sorg lg tailor i kat kg..jahit bj kebaya or bj kurung mmg sedap di pakai..tp masalah nya..ko janji dgn dia bln depan, lg 4 bln belum tentu siap bj tu. padahal ms hntr kain bkn main lg mulut manis janji bleh siap cepat.

masih lg mencr tailor nih...

Mama Hanim said...

my tailor kt kedah ni jiran pengasuh hanim.. jahitan mmg tip top, harga cun.. walaweh...hehe..

Cik Ina Do Do Cheng said...

akak tengok, kalau ada duit, jumpa tailorlah.kalau nak budjet, sambar je dah siap punya.nasib baik akak tak mengalami masaalah tangkap muat yang dah siap punya. Sebab pernah kena ngan tukang jahit yang dah rosakkan 2 pasang kain akak, cam serik plak.

Unknown said...

bukan senang nak tukar tailor baru ni...silap2 mau kerlaut...hehe

oya said...

ade taylor sndiri..dari amoi smpi da jd nyonya..taylor famly..

Syida said...

my all times feveret tailor is my mom.tp dia cuma bole jhit baju kurung sahaja.yang pesen2 dia tak pandai.so, kalau nak berpesen, kene cari lain.i pernah hantar kat pkns shah alam 3 mth b4 raya tapi 3 hari sebelum raya pun tak siap, pastu xsedap pakai.so stick to baju kurung je la ye.
u still can reduce weight bebeh.luas betul dahi cik piya.mesti jadi clever girl.

p/s: postage i dah sampai umah u ke blom?

Hantu Kak Limah said...

suke tempah kt kedai cina.mmng tau mahal,tapi pakai sedap..kengkadang bile dh terdesak,tempah kt jiran lame,murah tu murah,tapi sebulan pakai ..benang dah nak tetas..adekah jahitan kurang kemas atau aku yg gemok..huhuhu...

Pepel BoNda AmaNi said...

aku pun baru lepas tempah baju kat new tailor tuk raya haji nie...xtaw la hasilnya...tengok malam nie...

SMM said...

i send to my aunt, mmg literally my aunt (my dad's sister) dia mmg kerja ambil upah jahit baju. rm25 saja jgn jeles hehe :) puas hati dgn jahitan. tapi jauh nun di terengganu lah. but since my dad selalu berulang so still feasible..

Lady of Leisure said...

wah ketiga2 kain nampak lawa, dah jadi baju nanti mesti lagi lawa kan.. :)

Ermayum said...

maybe tailor lama tu dah ramai peminat dah tak terbuat so quality pun jauh biasala tu kan hehe

dear u i have answered your question on coffee on my latest post - check it out k

ratusiput said...

ala adia...naik skit je...ratu ni lg ha...naik baaaaaaaaaaaaaaanyakkkkk....uwaaa...

CiKaYu said...

maybe tailor lama tu dah berumur jadi dia x larat nk settle kan cepat2. pencarian tailor ni never ending lah dear....

maya amir said...

aah laa kan,maybe tailor lame tu berumur & dah byk sgt customer..tu yg tak terlayan..terlarilaa cutting sane sinun.. hehe

NUNU EERA said...

1 inci.. tang mna sis..?? hehe.. kain yg itam 2 cantek..

rynas said...

selalu hantar kat kakak ipar yg tinggal Gombak. Jahitan ok..sedap pakai. bayaran untuk satu baju RM35 jer harga adik beradik..tu yg tak pernah hantar tempat lain...

mamashikin said...

mahalnya..kalo kat sini murah lagi.tapi yer la kan..sy duk kg,harga pun kg tapi jahitan bandar you..ehee..kt sini kalo banu kurung masih rm25 sepasang,kalo kebaya 30 something..