Wednesday, November 17, 2010

Raya Korban

Dulu kecik2, kalau hari raya haji biasanya kami sekeluarga tak balik kampung. Raya Aidilfiti pun jarang gak balik. So aktiviti wajib aku time tu tentunya pergi ke surau berdekatan rumah tengok korban. Kami budak2 perempuan tengok dari jauh je la kan. Konon2 takut darah terpercik kat kitorang. Bila tengok lembu yang dikorban tu, terdetik rasa kesian. So tekad la masa tu tak mau sentuh daging lembu dah. Konon rela makan ayam hari2. Padahal memang ayam favourite aku pun, daging2 ni kureng. Tapi acah je la, kalau orang serve daging I makan je.

Juadah wajib pagi raya (pic dicilok)
Jangan suh aku masak dah. Eh.

Raya Korban 4 tahun lepas, hubby and me buat Aqiqah di Hari Raya Korban. Aqiqah untuk our late daughter yang meninggal 4 years back. Pada yang baru di blog ni, aku quote sikit one paragraph dari entry blog aku bertajuk "Positive" dated 31/05/09.

I was pregnant in 2006 tapi baby tak dapat diselamatkan, meninggal dalam kandungan semasa kandungan berusia 30 minggu. I know Allah has arranged it so. There's always a reason for everything. I know my baby have long left but her soul is close to me. Tak pernah sedetik pun saya bernafas tanpa teringatkan dia. Saya tau, satu hari nanti saya pasti bertemu dia. Tunggu mummy ye sayang?

Walaupun meninggal, dia kira cukup sifat sebab dah 30 minggu, maka aqiqah pun dilakukan.

Untuk pengetahuan, Aqiqah boleh dilakukan bila-bila masa saja tetapi ibadah korban hanya boleh dilakukan pada hari-raya haji atau 3 hari selepas hari raya haji. So kitorang buat aqiqah bersama dengan korban sebab ianya boleh dilakukan pada hari raya haji atau 3 hari selepas hari raya haji.

Masa tu kami wakilkan pada kawan mama je la. Dia buat di Pontian, Johor. Aku masa tu tengah berpantang dan kurang sihat, setakat "whateverla". The meat were distributed amongst the poor and anak yatim. Terkilan gak tak dapat tengok.

Takpe lepas ni untuk Hafiyya, aku dan hubby tekad nak buat betul2, InsyaAllah.

Hafiyya and Kaleela (cousin)

Eventhough it has been years, I think I should record it here :) Sorry for the bad quality of pic, unfortunately I didn't use canggih handphone those days.


Selamat Hari Raya Korban!

16 comments:

isabelle said...

sedihnya...dah 30mgu bwk ke hulu kehilir, tiba2 xde.huhu.
anyway, xpe la..as u said, dia dah tunggu kat sana.
slmt hari raya ekkk

NUNU EERA said...

salam aidiladha, kak..:)

Azmiezas said...

Salam AidilAdha buat awak sekeluarga..

Bella said...

hi edya.. Selamat Hari Raya Korban juge... (",)

qellissa said...

salam aidiladha babe..mana post mulberry? x sabar ni..hihihi..i da dpt da..x post lg citer pasal beg tu..kasi laluan kat u..=)

Syida said...

Selamat hari raya to u too.
I menantikan entry mulberry u tu.bayswater kah?nossy btol I ni.hehehe.I takleh nak jwb persoalan u tu kat sini sbb still early sgt.tunggu yea.kalau nak tau jgk,sila ym.ngeh ngeh

Cik Ina Do Do Cheng said...

Dah besarnya Hafiya .akak pun suka daging , ayam kureng.Adia selamat menyambut Hari raya Aidil Adha untuk kau sekeluarga.Adia tangkaplah gambar sama Hafiya sekali.

Anonymous said...

teringat pulak dulu kakak pernah gugur 3kali sebelum dpt ank ptama..sedih kan

rynas said...

ohhh..tak perlah akhirnya Tuhan bagi Hafiya sebagai gantinya. Daging ni kalau lembut ok..tapi kalau keras dan liat terus mati mood nak makan. lg satu time korban suka makan sup tulang atau sup gearbox atau sup kaki lembu sedap!!!

maya amir said...

i baru tau dear..sedih:(mcm u ckp..Allah has own plan..mesti ade hikmah ape yg terjadi.. & slmt hari raya!

CiKaYu said...

adia, teringat my baby pula, insya'allah baby akan tunggu kite!!

oya said...

tetomei nya..cam lazat itu food..

Ermayum said...

salam Adia- she is waiting for you definitely

Unknown said...

salam aidiladha..insyaallah arwah tunggu di pintu syurga amin

Unknown said...

salam aidiladha..insyaallah arwah tunggu di pintu syurga amin

ratusiput said...

ratu anak lelaki dedua.kalau akikah bermakna kena 4 eko kambing....bila la dt buat...tggu ade rezki terpijak la... :)