Thursday, December 31, 2009

Subak

Abah's dinner treat at Subak @ Penchala. For detailed information, refer to Subak's website and for detailed review, you may refer here (credit to blog owner). Wah senang kerja aku takyah review.

A balinese concept, cozy, romantic, elegant place to be at. Sesuai sangat celebrate annivesary, birthday or mothers/fathers day kat sini. Korang nak dating2 dan bercandlelight dinner datang la sini. Very the sesuaiii.

Puji puji gak.

I'm quite disappointed with the quality of my food and drink. Had Aglio Olio that is not up to my liking and Rasberry Mango Soda that taste like ubat batuk. Serious macam ubat. Aku dah la tak suka makan ubat. Btw mama's tomyam soup sedap and Abg Edi's nasi goreng pun not bad.

I was busy eating and complaining (dalam hati je la) that I forgot to take the food photo heheh.


Oh satu nasihat, wear flats or good shoes to climb up to the restaurant and jalan2 atas tu, kaki maybe tersangkut. Pergi and you'll know what I mean :)

nota kaki : my hubby takde di bumi mesia. too bad takleh join :P

Wednesday, December 30, 2009

Birthday oh birthday

Today is my father's birthday. Happy birthday daddy, eh abah. Kecik2 selalu berangan nak panggil dia daddy instead of abah. Konon2 hip la skit hehe. Penah tanya abah, kenapa tak panggil daddy, korang agak2 je la jawapan dia ek hehe.

Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki serta sentiasa dirahmatiNya. You're not 59, you're 30 with 29 years experience :)

Monday kan pergi Subang Parade tu beli hadiah dia senyap2. Takleh beli mahal2 sangat coz there’s a problem I runs out of money, bulan ni banyak nak pakai duit woo hehe. Takpe nanti I kutip duit dari abang2 ye untuk share hadiah tu hehe.

Bought nokia leather case and portable speaker for his new E72. Speaker tu boleh la dia dengar kuat2 sebab sekarang ni abah tengah taksub dgn new handphone dia and rajin dengar lagu guna earphone. Glad that abah likes it.

My very first attempt in baking cupcakes AND cake decorating. *clap*clap*clap*. Made these vanilla cupcakes with and buttercream icing. Memang buruk rupanya heheh, ok la kann untuk seorang yang kerastangan macam saya + plus 1st timer + nervous (motif?) = can do la :)

The taste, ada skit manis la tapi hey, cupcakes yang kat wondermilk or cupcakes @ pavillion pun maniss kan? Takpe la, next time saya kurangkan gula ye. Excited sangat tu yg termanis tu. Orang yang manis ni mmg suka menda manis hehehehehe :P

Oh happy birthday to my 2nd SIL too. Umur biarlah rahsia katanya hehe. Semoga murah rezeki jua dan panjang umur :) She shares the same birthday with my daddy, patut la taste makanan sama heheheh. Sorry ye nama takde atas cupcake, I termakan.

Gift for my dad, SIL (red) and AR (yellow). Kaleela dah bukak present dia. Motip budak2 kecik ni pun dapat hadiah?

Although it is a tiresome day yesterday at least puas hati. And I loved to see that the peoples that I love are happy :)

Tuesday, December 29, 2009

Jalan2 cari pasal

Monday is our fully outing day. Dapur mmg tak berasap la hari tu. Since I was raised in a household where mom will cook for us eventhough ada maid, so she cooked for our family almost everyday. Growing up I watched my mother cook almost everyday, mesti la kesian kan, 1-2 kali sminggu harus lah rest skit. Lagipun kitorang mmg jenis happy go lucky, suka jalan2 cari makan.

Eh apa aku melalut cerita sejarah "kenapa saya suka makan luar?" ni. Straight to the point.

So on Monday kami 4 beranak yang terdiri dari pesara (mama & abah), student (my sis) dan si jobless ini memulakan misi jalan2 cari pasal di Subang Parade. Lunch adalah di Yanti's Sate (I lupa nama baru dia). Sedap ok sate dia, terbaikkk. Di saat2 aku rajin blogging ni bleh plak lupa snap pic. Rugi2.

So sila bayangkan je la kami 4 beranak makan di sana hehehe. I had nasi campur + sate 7 cucuk. Kenyang gila.

Lepas tu mama nak shopping baju plus beli present for SIL no. 2 yang birthdaynya sama hari dengan my dad abah. Di ground floor tu ada 1st booth/ gerai yang jual baju ala2 Sommerset Bay tauu. Not bad la baju2 dia.

*note : I bought abah's present here too heheh (that entry will be next, stay tuneee)

What a mouthwatering pic (below) hehe, or langsung tidak? My sis in front of the booth/gerai jual baju yang mama sedang shopping – while holding her sundae.

Comot la budak ini. *larikkkkkkk*. Oh belakang tu adalah our beloved abah, makan sundae gak hehe tapi tak comot la.

Lepas tu (berapa banyak lepas tu daaa) my dad n mum nak beli present untuk cucunya. Mak punya birthday, anak pun dapat present ke? (sambil berdoa cepatlah aku dapat anak). Abah siap nak wrap2 walaupun bukan birthday. Christmas gift kahh? Over taww. Siapa lagi over? Org yg bergambar di depan org tgh wrap ke ke org yang nak wrap hadiah untuk cucu2 nya hehe?

Sekian mekasih.

Monday, December 28, 2009

The Last Weekend Year 2009

Di penghujung2 tahun ni, saya mengambil kesempatan nak update la blog ni la kan. Tahun depan entah sempat entah tak.

Went to OU for lunch and window shopping. Mum and dad had kenduri(s) at PJ, Putrajaya and Seremban. Cayalah. I salute them for the ability to make an effort and attend all the 4 kenduri dalam 1 hari.

Aku ni ada satu kenduri dalam 1 hari pun kadang2 ngelat tak pergi. Syyyyyh. (kadang2 je taww bukan selalu)

Memandangkan hari ni tekak omputih hari ni, nasi2 awal2 kami dah reject (padahal pagi tadi baru bekfes nasi lemak). So we chose to dine at Ittaliannies. Hangin gak la dia suh kitorang duduk depan pintu. Apesallllll? Orang lain duk kat dalam2, tepi2 tingkap.

I have no idea kenapa mataku akan jadi sepet bila kena flash? Ke mmg sepet mata aku hehe? Over taww dalam restaurant nak flash2 bagai, cam retis hehe.

I had Penne Bolognese as the main course and appetizernya adalah Minestrone Soup. For this 2, the price is RM27. Ok la kot pricenya tapi yang tak ok nya sebab portionnya banyak and seperti biasa aku tak habis makan hehe. The taste, ok2 je kot, I prefer pasta kat KLCC, ala kat foodcourt tu. Tekak melayu kan, mesti nak yang malaysianize skit.

She ordered the same thing, appetizer je lain. Kalau sama gak, mau aku siku je budak ni hehe.

Kemudian adalah aktiviti bebas, adik aku pergi MPH (bookworm bookworm) and aku pegi membeli dan belahhh. Sempat round di wing baru sahaja selama 2 jam. Semua kedai masuk tapi tiada yang berkenan di hati. Why oh why??

Slalu tengok org snap sendri pic gini kan dalam fitting room maka saya pun tak ketinggalan heheheh. Motip cover perut selepas mentekedarah di Italianies??? (SHADAP U!)

I guess that my shopping appetite has decrease and I don't like to shop in physical store kecuali gi Tesco, Giant etc tu haruslah physical kan. Before this I actually like to windowshopping but now I only to buy what I want. Gila la am I getting older???

Tapi tipu la kan tak beli langsung apa2. Managed to buy 2 tshirts. Jadi la dari takde.

Ok la that's all. Kepenatan ni. Tataaaaaa.

Sunday, December 27, 2009

To Pasar TTDI with mama

Aktiviti weekend di penghujung tahun 2009; pagi: ikut mama ke pasar.

Selalunya kala di pasar tani or pasar malam area our house, along the way we met several neighbour or rakan2 masjid mama who will tegur "anak bongsu ye ni? bila lagi nak kenduri?" referring to me la tu. Bangga I sekejap, awet muda la katakan hahaha. Mama and the neighbour will exchanged some updates and proceeded to walk around and begitulah biasanya.

Tapi kat pasar TTDI ni jarang la jumpa jiran tetangga or etc. Pasar sini bersih skit, leh siap baca paper kat kerusi yang disediakan sementara tunggu org rumah/ ibu2 shopping barang2 basah dan kering. Also, we will pass few stalls selling baju2/kasut/accessories, books, plants ans garden product which is located at ground floor.

Mama plak suka pergi 1st floor, ada tempat alter telekung dia and alter baju. Kuih kat salah satu stall tu pun sedap. My little cake shop nama kedai tu. Pendek kata convinient la pasar TTDI ni.

Barang2 hasil shoppingan. Setengah dah masuk dalam kete. Nasib baik adik ikut, dia kan kuat heheh. Saya hanya bagi arahan suh letak barang dalam kete je sambil cepat2 book nak amik barang yang ringan hahahah.

Mama, I certainly don't mind following you to market. Tapi dengan syarat pasar TTDI je la. Pasar tani, chowkit atau seangkatannya saya tamau ye. Very hot la.

*Dush*Dush* (bunyi sepakan terajang in case you r wondering heheh)

Sementara menunggu, oh budak sebelah ni umur 12 tahun and lengan dia sama besar ngan lengan saya. Apakahhh?

When I grow old, hope my children will still go to market with me :) It sort of reminds me of days when I'm a young and innocent kid and adorable kid (saje tambah) when I would follow mommy to the market in the morning, sampai lah dah kawin ni. Lepas ni I pass baton kat anak la suh ikut tok mama dia :)

Wednesday, December 23, 2009

I'm back.. from outer space

Rindu I ke? Nanti kita update ok.