Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Monday, May 5, 2014

Where are my blogger friends?

5 April 2014. Wow. Almost a year tak update.

I think I just going to stop apologizing for not blogging and being kononnya pre occupied lepas tu membiarkan blog ini bersawang lepas to apologize balik. Lame lame lame. ada je kot cakap dalam previous2 entry yang my azam tahun baru 2013; I'm actually going to start attempting to update my blog on a more regular basis. Well now what? Monthly? Suka-hati basis :)

Janji hapdet. Tengok anak dara saya nak masuk 4 tahun dah August ni.



I have been feeling like I need to remember why I love blogging; I still love it, but I don't feel the love every day like I used to. Kenapa ye? Suram je dunia blogging sekarang dalam my circle of blogger friends? (Termasuk aku la kan). Kenapa kita tak serancak dulu aktif blogging blogging, tagging tagging poking poking.  

Maybe sebab ada medium yang lebih mudah untuk meluah/ ekspres diri? Seperti Twitter, Instagram, Keek and FB?

Social network saya :)


Yes I love blogging but I love Twitter too. Both Blogging and Twitter, you connect to people you actually want to hear from and read about but don’t necessarily want to interact with. Kita boleh follow orang yang kita suka; artis ke politician ke blogger ke, sama ada kita kenal atau tak. FB is best for keeping up with friends and family tapi FB aku memang tak berapa aktif.

Blogging? Who blogs regularly nowadays? Sedih I.

My concerns are:

1. Friends don't update their blog regularly like before


2. Comment that I received pun tak banyak macam dulu, ye la memasing blogwalking pun tidak

3. The traffic dropped to an awful xx views at maximum a day. Yes I seldom update my blog but bila hari aku update pun, blog view merundum. It's not that I make money from it pun, but ye la drop mendadak sedih siot.

Blogging however, will always be my first love. Walaupun cam biskut sekejap ada lama takde, aku takkan tutup my blog. Sawang pun sawang la janji vogue. Eh.

Monday, May 13, 2013

Apam dan Hari Ibu

Made apam polkadot for pre mothers day (Saturday). First time buat ni, not bad. Of course, dua orang budak ni, Abdul Rahman and Piya ate 1/4 of it before being served.

Sedap lettew.


Resipi di ambil dari bog seseorang, lupa dah. And diubahsuai step2 tu ikut tips2 untuk menggebukan dan melembutkan apam and bagi kurang berlubang.

 Bahan:

140 gm tepung gandum
1 1/2 tsp baking powder - diayak sekali bersama tepung gandum
110 gm castor sugar
75 ml susu segar atau susu cair
2 biji telur
1 tsp ovelette
1 tsp esen vanilla
Filling (ikut taste eg strawberry, chocolate, kaya)
Pewarna
25-30 keping mangkuk kertas dan bekas.



Cara-cara:


1. Pukul telur, kastor sugar, esen vanilla and ovellete sehingga sekata. Jangan lama sangat maximum 2 minutes sahaja and putar guna medium speed.
2. Masukkan tepung , serbuk penaik dan diselangselikan dengan susu.
3. Putar sebati hingga nmpk kembang dan gebu. Pun jangan lama sangat agak2 serasi ok la.
4. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna.
5. Masukkan setiap warna dlm piping bag atau plastik bersih. I pakai plastik bersih je pastu potong sikit hujung plastik. (actually guna piping bag kumpul udara and tambah gelembung dalam apam, lebih afdal sccop sahaja adunan, only the dot dot part baru di piping kan.)
6. Letak 1/2 adunan ke dalam mangkuk kertas.
7. Letakkan filling yang digemari, kemudian letakkan lagi adunan yang sama sehingga penuh dan kemudian piping kan dot-dot kan dengan warna pilihan.
8. Kukus 10-15 minit sehingga masak. Jangan lupa tutup penutup pengukus dengan kain so that air tak menitik ke atas apam.


So inilah minum petang kami, ubi rebus and sambal ikan bilis and the not-so-famous apam polkadot. Aku guna jem strawberry je as filling.


On Mothers Day, wished mama Happy Mothers Day and bagi gift. We asked if Mama wanted to go out for Mothers Day lunch or dinner. She said no. Instead she cooked Nasi Lemak for breakfast. Sedap wa cakap lu. Lunch time baru bawak dia keluar, makan Sushi King :) Btw got this messange from MIL, sebak pulak baca mesage short and simple tapi mendalam. 


Happy mother's day to all strong mothers out there. You guys are the strongest being ever. Strong mentally and strong in enduring pain. Happy mothers day Mama and Ummi, I know u r not reading this but u know I love u.

Friday, January 4, 2013

The nephews

Ha siapa kata I hangat2 tahi ayam je nak hapdet blog itew? Now gimme RM500 untuk duit shopping di H&M sebab berjaya update blog lagi dalam tempoh 3 hari.

Baidiwei sementara korang bank in duit kat I tu, entry kali ni ada 2 cerita ye. I suka kasi bonus. Ala2 bonus track gitew.

#deepbreath

a. Anak buah baru

Pada 20.12.2012 saya telah mendapat anak buah baru. Adik kepada Abdul Rahman. Becoming an aunt regardless of whether it’s for the first or forth time, is one of the most rewarding experiences of a person’s life.

#proudchik

Apatah lagi becoming a mother.

#proudmummy #outoftopic

The newest member of our family decided to follow in the footsteps of his cousin Piya to be born a little early at 36th week. Baby Dawud weighs 2.5kg and is 47cm long. Kecik molek. Mak dia pun kecil molek. Jelous aku tengok badan di lepas beranak. Cam takde apa berlaku je.

#emotengokbadansendri

Baby Dawud and his aunt are is such a cutie. 

Dawud kena jaundice on day-2, his jaundice level was 10 then he went to 12. Then the next day she was 13, then 11 and lepas tu tak ingat dah. Both mom and baby were discharged from the hospital day-5.

Lawatan sambil belajar di ICN, tengok baby Dawud dibawah lampu. Chekidaut apa si AR and bibik buat.

2. AR's first day at school

First day la sangat kan. Orang lain dan 2nd - 3rd day. Not wanting to let go of him quite yet. Iye la tu, padahal demam on the 1st day. Me and my eldest brother (AR's papa) sent him for his first day of kindergarten since ibunya sedang berpantang. Ye la kan, takkan nak suruh AR gi sendiri. Tak logic.

He was so happy and anxious at the same time and this overwhelms me with emotion. Aku yang cam nak nangis je sebab tengok AR dah besarand dah masuk sekolah.

 AR goes to Genius Aulad at Kelana Jaya, saya pulak kindie dulu bernama Tadika Pok Amai Amai di Kg. Tunku. Hip tak nama tadika I?

#adaakukisah

Muka saya flawless si pemalas makeup cukup sekadar pakai mosturiser sebab bajet natural padahal pucat and AR muka sedih and happy. #Dramaking.

To cut story short, bergambar bukan main. Rupanya school bukak next week. This week tutup. Ni gara2 suka2 hati masuk skolah hari kedua, 1st day of school dah absent, so tak dapat info that classes will only start on the following week.

Cis burger betul. Ok bye.

#sayatakpandaibuatpenutupentry #justsaying #hastaglasangat #okbye

Wednesday, January 4, 2012

Monyet

Korang tau tak banyak monyet kat Taman Tun Abdul Razak (TAR)? Aku baru je tau sejak kawin ni. Lepas kawin, bila balik rumah MIL kat Tmn Permata kitorang selalu gak lalu lalang dating kat Taman TAR tengok monyet dari dalam kereta tapi tak pernah la turun bermesra2 dengan monyet2 itu, until last week.

Hub teringin sangat nak bawak Piya jalan2 tengok monyet kat sini and practically made MIL and BIL accompany us so that we can have an afternoon with the monkeys.

Rasanya siang2 pagi monkey ni takde, dia aktif waktu petang dalam kul 5.30pm. Bila sampai sana, fuh macam pesta ok. Orang bagi makan etc. Monkey2 ni sangat friendly. Pic takde ye sebab masa kejadian takde hati nak masuk blog pun.

Actually, I was afraid that the monkey would either bite or scratch us and so we kept our distance. Ni bukan macam main dengan kucing atau hamster ke kan. After all, monkeys are considered as wild animals. Eh jangan kata monkey, kucing pun gua takut ok. Tapi Piya ni mesra haiwan sikit

Pic masa dia 8- bulan rasanya

Kat sana, I noticed that some of them have favourite monkeys now and they call them by certain tones which the monkey seem to respond to. Terer kan? Yang buat aku kagum, monyet2 ni pandai kupas kacang, rambutan and pisang sendiri eh?

Gua baru tau beb.

Tuesday, June 29, 2010

Santai weekend

Ralat on previous entry

Berkenaan entry lepas, ada sorang reader ni dah explain kenapa seller tu lambat. No wonder lambat sebab memang dia banyak problem. Kalau la dia explain sendiri betul2 dengan customer dia sorang ni. She owes me a proper explanation, takde la aku maki2 dalam hati ni kan. Kepada seller tersebut, saya minta maaf kerana salah sangka.

Me

Ok la baru nak cerita update pasal weekend. Ye la korang seronok la dapat keluar2, dating2 kan. I hanya dapat berlegar2 di dalam rumah sahaja. Started getting into all the "why me" and "why can't I have an easy pregnancy?" but then sambiil penampar2 pipi gebu ini I realised that dah sampai tahap ni pun bersyukur sangat2 :)

Tipu la tu duk camni 24 hours kan, sempat lagi main kejar2.

Ok la tu tu duk umah, duit pun selamat sikit. Eh selamat ke? Cam lagi banyak je keluar.

Kids

Cewah bukan main lagi budak ni posing ye. Eh sila fokus budak depan tu, bukan budak belakang tu ye walaupun aku tau mata korang tertumpu kat orang belakang tu. Hahahah. Cantik kan baju baby girl sulam2 gini. Ni her tokmama bought this masa dia gi 'over-the-sea' tu.


Pakcik kecik ni menyandar cam bapak aku je aku tengok. Pun bukan main lagi, cam orang tua gayanya. Ni sofabed baru ibu dia beli, kat toys 'r us. RM150. Motif duk promote sofa kanak2 kat sini.



Ok la tu je nak update :) Best kan layan budak2. Tak sabar ada anak sendiri :)

Monday, June 7, 2010

Al-Rawsha

.
My parents is off to somewhere di muka bumi ini yesterday for a 10 days trip. Kasi can la dorang berholiday, harap balik nanti bawak la banyak2 souvenir ye hehe. Siapa tak suka barang free kan.

The day before they left, abah decided to belanja2 kami sekeluarga makan. So, since abah had no idea nak dinner mana, my sister sugggested to go for a middle east food aku pun tak tau dari mana datang roh arab dia ni tetiba mengidam nak makan arab. And tempat yang aku dapat fikir of course la Al Rawsha yang terletak di Jalan Damai, Ampang. Kat situ berderet kedai makanan dari middle east tapi Al-rawsha paling popular and ramai orang.

Pic dicilok dari sini. It's a bungalow converted to a restaurant opposite of Kelab Aman.

Kebetulan our family had a double celebration so bertepatan sekali la dinner malam ni. Wondering the double celebration? :

a. my sister's upcoming birthday
b. my husband's upcoming birthday

p/s kopak la aku bulan ni

The inside of the bungalow seems to cater more for private gatherings, we chose the room with no dining table hanya cushions filled the space. Wah baru la rasa macam kat Arab kan, makan bersila lagipun bawak kanak2 bawah umur so we need private room. Lagi pun kat luar bising sangat.

Best woo, kalau dapat shisha lagi best. Eh kena behave ada orang tua and budak kecik.
Photo quality as usual sucks aku tunggu je korang hadiah kan dslr kat aku.


My family is not a fan of red meat and prefers chicken instead, so we ordered food yang berasaskan ayam and sayur2 sahaja. The meal come with separate gravy; tomato chutney and yogurt. Yang ni je buat aku lalu makan. Tidak kering je rasa.

Chicken Kabsa

Chicken Mandy

Ada few lagi dishes yang di order like kebab etc tapi malas amik gambar. I’ve never been fascinated with any Arabian
food so takyah la tanya sedap ke tak. Yang penting orang lain makan semua licin :)

Yang tukang order adalah my husband sebab dia biasa makan makanan2 ni. Kami ni ala2 ikut je sebab tak reti. So layan je pic2 yang diambil ni ye.


Ni la mama and abah saya

Oh and let’s not forget the arabian milk tea. I love it! Minum banyak gila cam nak mabuk teh je bila balik hehe. So yes, this is a must try.


So sekian la entry hari ni. Kalau berminat nak pergi, silalah ke:

78, Jalan Damai
Off Jalan Ampang
55000 KL
TEL: 603-21439151
.

Monday, May 24, 2010

Birthday mama

.
Hamboi entry lepas semua comment shower cap comel ye, kalau panjang2 kan komen tu ke tuan punya badan kan lebih manis hehe. Since rajin hari ni, maka ada 2 entry hari ni.

It was mama's birthday, 21st May. As usual I was kinda 'nominated' to organise everything. Actually takde siapa calonkan pun tapi memang aku yang volunteer hehe. Orang lain kerja aku je free kononnya sob sob. Tapi kebetulan on that day, 20th May (we normally celebrate birthday the day before the date, after magrib), aku bz gila sebab kena pergi Putrajaya, KL, etc, sampai balik rumah pun tak sihat and muntah2. So terpaksa made phone call delegate kerja sikit kat adik beradik.

Biasa la, an efficient boss mampu berjalan kerjanya even when she's away. Eh tetiba.


This is the birthday cupcakes ordered by a lovely daughter (ehem ehem) for her beloved mama. I randomly search cupcake blogs and ter hooked la pulak kat satu blog ni, tak tau kenapa. Dah jodoh kami kot :) I told her that my mum loves handbags so I wanted LV handbags to be there. Ye la kan nak bagi real one mana mampu.

Seriously sedap! The cuppies tak terlalu sweet sesuai dengan taste kami ni.


Tu yang dipinkkan tu mama I, depan tu adalah abah dan sebelah mama yang buat2 sibuk tu; yours truly. Badan dah berisi? Memang pun. Siapa kata aku slim tu mekasih la. Spekulasi kenapa berisi adalah dialu2kan.


Budak botak baju oren ni macam celebrate birthday sendri pulak.

Here again, wish mama: Happy Birthday! Semoga dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur, diberikan kesihatan yang terbaik dan sentiasa awet muda.

I love you, mama. You are always in my heart :)
.

Saturday, May 22, 2010

Beriani Johor

.
Jangan teruja. Ni bukan entry resipi ye. Biarlah expert je yang beri, I jadi tukang makan leh la.

Hari ni kami sekeluarga lunch di JM Bariani, cawangan yang baru dibukak@KJ. 5 min drive je dari rumah dah sampai. Nasib tak buat tebiat kai selekeh2, maklumlah bila kuar dekat2 rumah I tend to dress simple as possible. Eh tapi tadi mmg kai simple pun. Takde mood nak melawa.

Thanks for the air-cond, as it was really hot outside. Rasa nak menangis je.


Seperti biasa tak reti nak review makanan2 ni, yang pasti sedap. The gravy (I mintak extra kuah beriani ayam) was very tasty. Tapi beza skit eh ngan beriani tempat lain, takde papadum, acar timun. Tu kena order asing kot.

I normally ask them to reduce the amount of rice they give me separuh pinggan. Tapi tadi husband dah awal2 kata toksah mintak separuh, dia kan ada, to rescue, kata DBKL :P

I like the way their rice is cooked. It doesn't stick to each other, which means their beriyani was done correctly, not too dry, and just moist. Taste wise, I must say, memang sedap la. Pernah makan beriani gam kat Putrajaya, I think JM beriani is better.

The dalca however is not something I like. Just my preference, so I normally do not touch the dalca at all.

K.inamail, mama dan adik saya duk sebelah2. Sila bezakan betul2 ye.

Beriani johor, beriani india and beriani pakistan memang lain2 rasa kan. For me beriani johor la kot paling best? Apa kata anda?
.

Saturday, May 15, 2010

Breakfast di Chawan

.
Like most other married couples with no kids, our Saturday mornings are spent breakfast outside. Weekdays pun biasanya breakfast luar jugak you all. Heheheh.

Hari ni breakfast kat Chawan, Bangsar. It wasn’t very pack maybe sebab baru pukul 9 pagi kot, ye la orang muda2 kan bangun lambat. Menu pagi quite limited so I just ordered roti bakar and limau madu ais. Motif? Kenyang. Time diorang ajak keluar breakfast tu aku baru belasah makan 2 biji telur separuh masak. Perut kecik takleh sumbat banyak2 makanan ye.

Rahsia kegojesan no. 1 tu. Heheheh.

Kanak2 ribena breakfast ribena je ye hehe.
My SIL, brother and husband ordered nasi lemak ayam goreng. Ayam portion besar gila. Kalau aku makan confirm tak habis. The sambal katanya delicious. Nasi lemak kalau sambal sedap kira pass la kan.


Morning walk at Jalan Telawi for healthy blood-flow. Rahsia kejosesan no, 2. Wah over tau, padahal 2 minit je. Dulu masa study sini antara tempat bermain guli. Walalupun sengkek. Tetiba bila dah menginjak usia ni tak kuasa nak bersiar2 kat Jalan Telawi.

So sekian la update untuk hari ini. Apa activity weekend anda ni, citer skit. Happy weekend!
.

Monday, May 10, 2010

Khadijah's Kitchen

On Mother's Day, I enjoyed a late lunch with the whole family. 10 of us + 2 kids. Why late lunch? Sebab mama and abah ada kenduri tengah hari, so tunggu dorang balik and terus pergi lunch beramai2 dalam pukul 3 macam tu.


We decided to belanja mama at Khadijah's Kitchen at Jalan Bukit, PJ. This is personally one of my favorite spots to dine, Mother’s Day or not. I pretty much know what to expect from Khadijah's Kitchen – good food, good ambience, and not too high price.

Nak review lelebih tak reti la, sebab pic makanan pun I lupa nak snap sebab terlalu lapar. Snap pic pun time nak balik, yang pasti the food is worth the money.

The ambiance. Terasa macam makan kat Malaysian restaurant di oversea.

Oh in case ada yang tak tahu, this restaurant is owned by the famous Khadijah Ibrahim, who also happens to be pengkritik tetap AF7. Erk taktau banyak2 point nak describe dia, kenapa point itu je yang aku ingat. Pernah jumpa dia sekali kat restoran dia, sangat bergaya macam artis! Eh dia mmang artis. Umur dia dah 50+ kot and dah jadi nenek pun but still looks fresh and beautiful.

Bergambar setelah makanan habis and time semua dah balik. Time ni tengah tunggu food yang ditapau.

Maaf la terpkasa diconteng mata, pemalas pakai bedak+ liptick so muka adalah pucat. Lagipun kami tak fotogenik :(

For the gift, fikir punya fikir, last2 I bought few kaftan from Noor Arfah (OU) for mama. Kalau beli kat Pasar Siti Khadijah or Pasar Payang boleh beli 2-3 dah dengan harga tu. Mahal la sikit beli tapi takpe la, beli something yang mama akan pakai kan :) Lagipun mama dah hint dia teringin gi Noor Arfah. Nak beli kain pasang tu tunggu birthday la ye mama, hujung bulan ni kan?


Begitulah cerita lunch kami sekeluarga di Khadijah's Kitchen. Happy Monday dan selamat bekerja.

Salam 1Malaysia!
.

Saturday, May 8, 2010

Tag: Selamat Hari Ibu

Tag dari Maya sempena Mother's Day :) Ada 3 arahan je tapi seperti biasa penerangan panjang lebar.
  • Letakkan gambar anda bersama ibu anda dan ceritakan apa yang berlaku dalam gambar ni.
Ye la sila percaya budak comel itu adalah aku. Harap2 anak aku nanti comel la cam mummy nya dan bijak cam daddy nya, Aminn. Pic taken when I was 2 ++ years old. Masa ni duk setahun kat LA, ikut abah sambung buat master.

Back then I'm the youngest out of three but ever since I turned seven, I was forced to act as a kakak, ye la dapat adik umur 7 tahun kan. Jeles la skit. Mama give birth to me at the age of 28. Aku umur 26 baru nak kawin ok, mak aku dah 3 orang anak umur 28.

  • Ucapan mother's day
Mama, Happy Mother's day! I love you so much. You are the bet mama one could ever ask for. Sangat penyabar dan memahami anak2 nya, pandai serba serbi; name it, masak, mejahit, rajin belajar walaupun dah umur meningkat etc. Dan mama has a good taste in fashion. Ikut jejak mama la ni minat handbag and kasut.

There's no words to express how grateful I am for having a mother like Mama. As far as I remember, I have never expressed how much I love mama & abah.. I mean verbally...say... I LOVE U, in front of them. But deep inside my heart, I love them so much tau.

Andai satu hari nanti aku takde, please tell mama how much I love them.

To ummi (MIL), Happy Mother's day :) Sorry takde pic, maybe dalam laptop hubby. Lagipun uumi tak suka bergambar sangat cam menantu dia ni :) Thank you for being the best mother any man could have. I know this because I married the perfect man you raised :)

Ummi sngat sporting, understanding and loves to cook and feed us! And I'm not just saying it because my husband going to read this so-I-better-behave. She has always put others first, even when it wasn't convenient for her. She is an unselfish person, with a real good heart.

I love you guys both, mama dan ummi :)

  • Tag orang lain
Bab ni payah skit. Boleh tak aku nak tag kaum adam. Orang lain buat, dipersilakan ye :) Berd yang jauh diperantauan dan akuvision. Nak tengok soft spot dalam diri dan luahan perasaan korang camne pulak.
.

Wednesday, April 14, 2010

Alamak!


Alamak #1

My dad finally joined facebook. Terkejut beruk ok tetiba ada friend request dari abah.

Ok, so he didn't have photos or a long profile posted, sebab biasanya kerja2 ni anak dia yg no. 3 (ME!) akan buat kan. Oooo senyap2 create facebook sendri ye, ke ada orang invite? Haa sila ngaku!heheheh. Takpe2, jangan sampai dia tau blog I dah. Pengsan hoccay kalau dia tau.

Sebab apa tau heran my dad is someone who used to sit in front of the TV and bising2 when me and my siblings looked through peoples pictures and dia hanya jenis online untuk baca blog2 politik. Tetiba dia create facebook account! Apakahh?

So, sila behave ye anak2 abah, status and pic2 tu sila sopan2 skit hehe.

Budak kecik ni conquer laptop my dad. I nak hack facebook abah pun takleh heheh.


Alamak # 2

Wah masuk google list la. Ye la blog I bukan glamer pun hehhe, update pun ikut mood dan suka hati je.

Ye la bagi setengah orang kira biasa la kan. Bagi I luar biasa ok sebab baru lately je aktif skit blogging. Kira pencapaian la ni kan? Hehehehe. Kasi can I bangga ok. Jangan la comment "ek eleee kecohh la lu", sedih I. Hehehehehe :P

Terima kasih pada semua yang sudi baca blog ni. Amboi bercakap mcm menang anugerah hehe.


Nasib tak keluar bukan2. *phew*

p/s tetiba tak berani nak google nama sendri.

Monday, April 5, 2010

Monday kah?


Hari ni aktiviti luar rumah, keluar ke Jalan TAR. My sister need to buy her stuff jadi since berkurun tak pergi sana kecuali musim2 nak raya, I pollow. Best pergi hari Isnin ni, tak sesak.

Mama n me, in case you dont know hehe

Lepas tu pergi kedai jubah Little Dubai. Lawa2 jubah dia, mahal skit compared to normal jubah. They offer the high quality imported Dubai jubah with beautiful design. Serious cantik. Tapi aku nak pakai jubah ni nanti2 la ye. Korang doakan je la terbuka pintu hati ni cepat2 skit. Aminn.



And guess what I bought...

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.








Books!



My first two books purchased for this year; Taxi by Khaled Al Khamissi and Gadis2 Kota Riyadh. Ye sila kagum. Adia membeli buku adalah pelik ok, lainlah purchase handbag atau baju2 hehe.

I think the last time I bought a book was like.. err aku pun tak ingat. Adalah 304 tahun lepas kot. Ye saya malu dengan diri ini. I usually borrow books from my sister. Setahun adalah 1-2 buku aku baca kot. Baca blog banyak la hahah. Teruk kan??

Ni azam baru ye, sebulan 1-2 buku. perlu dibaca Sila lah nasihat aku banyak2. Mekaseh.

Sunday, April 4, 2010

Anak buah and us

Aren't they just adorable? Dah besar dah mereka ni.

Baby boy hates the camera, but I managed to get a picture in before he started to fuss. 21 months old, weight is *blush* 13 kg. Berat la tu untuk ketinggian yg tak seberapa hehe. Only the men in the family can carry him. As for the women especially me need to eat first before can do that. Hehe. <--- exaggerate je ayat ni.

18 months old baby girl loves camera, hmm bab ni mesti genetic mama dia kuat hehe. Likes to pose in front of the mirror with her favourite necklace, err actually it's her mama's necklace. Berat tak berapa berat, tapi kaki panjang ok. Ikut aunty dia (tuan punya blog) hehehe :P

Ha yang ni pun adorable jugak heheh. Especially yang tengah tu *pangggggg*. Happy Sunday uols.

Thursday, February 18, 2010

Happy birthday to me

Hello! Memandangkan hari ni special skit, maka nak update la blog ni hehe. It’s my birthday!!! Woohooo! I’ve been awake since 3:30 a.m. with great anticipation for the day! Teruja agaknya sebab birthday hehe, padahal takleh tido.

Seperti tahun2 lepas, secara tradisinya lepas magrib, the day before birthday girl or boy tersebut, kami sefamily akan celebrate birthday. So ini la hasilnya.

Note: Pic orang2 lain takleh diletak sini sebab tak sesuai ye. Pic tuan punya birthday pun tak semenggah gak tapi hadap je la.

Fine la semua orang tau umur aku. So what? hehehe. I look young though (ayat indenial)

Wah badan dah naik. Err yg kiri ke kanan?

There is a lot I could say about turning 30, but I’m sure everyone goes through pretty much the same thing, right? Dah bermacam dilalui dalam tempoh 4-5 tahun ni. Ada baik ada buruk. Antara sad incident:

  • I lost my baby at 30 weeks, meninggal dalam perut. That was end of 2006.
  • going through infertility problem
  • Quit my job end of 2008 sebab2 tertentu, tapi sampai skrg tak dpat kerja yang sesuai. Mungkin terlampau memilih atau malas.

Tapi setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya kan. Allah memberikan rezeki dalam bentuk lain, kadang2 kita nampak, kadang2 kita tak sedar dan sedar. Contohnya:

  • Dapat travel ke beberapa buah negara selepas incident tersebut; UK, Egypt, Singapore. Jauh pejalanan luas pemandangan. Dapat shopping. Kalau ada baby maybe susah skit nak berjalan ni.
  • Husband dapat job promotion
  • Husband dapat beli townhouse, dan sekarang dalam proses untuk beli 2nd house. Walaupunbagaimanapun kami belum pindah2 dan tak bercadang pindah pun.
  • dapat good news baru2 ni, tapi tak boleh diannounce lagi.

Alhamdulillah.

This year dapat big card from the whole family. Thank you guys :hugs: siap ada ucapan panjang lebar masing2, bergenang je air mata bila baca especially from abah la, dia suka buat ayat sedih2. Ok fine takde la sedih but I'm so touched ok.



My husband gave me an amazing and loving card and a birthday gift : a handbag :) Thank you for making my birthday extra special! Bukan pasal hadiah tu sangat, but more because you were here on my special day. Ye la kerja macam dia ni kan, kadang2 ada, kadang2 takde time2 gini. Unpredictable.

Sebenarnya my husband beli semalam, sebab setengah hari keluar senyap2 je camtu gi sorang2. Dah agak dah sure gi beli present hehe. Naluri isteri la katakan. So malas la nak ngendeng2 kan. Bila tanya gi mana lama2 dia tamau cakap. Tau la dia ni susah skit nak tipu, kalau tipu je sure terpancar kat muka tu hehe.

Thank you so much hubby, i love you!


Thanks to everyone for the very thoughtful birthday wishes – I love you guys!!!