Showing posts with label sick. Show all posts
Showing posts with label sick. Show all posts

Monday, May 20, 2013

My Mournday

Sometimes I feel like banging my head against the wall which I'm sure it won't hurt much than the migraine that I'm suffering from. Mama ada migraine and my sister pun ada migraine. So Migraine is genetically-based disease I guess.

So now dah telan Panadol Extra, Extra relief from pain katanya. Aku ni tak suka makan Panadol, ubat lain ok je. Rasa geli tekak, macam nak termuntah. Takde sebab lain, it's either this or that:
  1. Panadol hates me
  2. I hate Panadol
  3. I'm allergic to Panadol
  4. Panadol is allergic to me
Kahkahkah.

Ok need to sleep. Apa pun takleh buat pagi ni kecuali meminum air bergelen2. Happy Monday all. Sejuk ni macam best je kan sambung tido. (I WISH!). Bye bye.

Tuesday, January 15, 2013

Anakku Hafiyya


My little girl is already 2 years and 4 months old. How time flies. Ini budak cakap sangat banyak woo, ni dengan family la. Dengan orang luar lepas warm up 20-30 mins mins then baru dia ngam kot. But, shes quite hyper most of the time. I really don't give her sweets or etc (unless daddy dia or orang lain bagi senyap2 without my knowledge). Sekejap je kemas barang, sekejapan je la sepah balik toys dia.

Ni tak berapa sepah ni sebab baru kemas

Sebab terlampau aktif dan mempunyai semangat inkuiri yang tinggi, one fine day tu dia main dengan shaver daddy dia and shave 'misai' dia!

First cut is the deepest -Sheryl Crow. (Pic luka not clear but bengkak tu atas tu)

I know accidents happen, but I feel so bad sebab cuai. Macam mana leh dia capai shaver tu padahal kat laci and letak dalam2 pulak tu. Masa tu aku tengah solat Maghrib, tetiba lepas bagi salam tengok Piya tengah pegang shaver and ada darah menitik! Of course I was panic, tapi cuba cool. She wasn't crying, or even whinning, so I didn't want to scare her. Dia menangis after 10-15 minutes. Syukur the cut was not very deep. However the amount of blood was insane; it only stop after few minutes lepas itu sapu minyak gamat then lepas tu sembuh.

Malam kejadian dia demam and batuk secara tiba2. She breathes really hard and fast and I can see her belly going up and down really fast. Ni first time ni, tak pernah jadi macam ni. Esoknya bawak dia pergi hospital and doctor bagi ubat etc and dia kena pakai nebulizer. Since ini first time she breathes fast, doctor tak diagnosed dia asthma lagi, maybe sebab lain (viral fever, bronchitis etc).

Piya ni masuk bilik doctor pun payah, tambah  if it involves a nebulizer.


They had to pujuk/ force a nebulizer mask over the face of  the kicking, screaming Piya at least a few times.

Lepas tu masa kat hospital tu adalah kakak tu tanya, Piya ni breastfeeding baby ke? Aku jawab la tak, hanya untuk 2-3 bulan sahaja. And dia kata "patutlah selalu demam".

Hello? Mana kau tahu anak aku selalu demam? Jarang ok, and kau bukan ke datang spital tu sebab anak kau yang BF sampai 2 tahun tu demam jugak? Don't get me wrong, I salute breastfeeding mommies out there but I hate it when they talk as if kids who are formula fed are the unhealthiest and prone to falling sick.

Upah untuk budak jadi 'good girl' ketika setelah diberi 6 kali nebulizer for 2 days in a row. Just choose darling, mommy swipe daddy pay.



Letak je pic Piya suap Baby Alive dia makan ni kat FB, adala komen cousinku Nana. Tetiba kau ye, lepas kau tambah aku tambah la :P


Have nice day you all :)

Wednesday, April 27, 2011

More than words wednesday

Hari ni Hafiyya demam untuk hari ke-3. It's her 2nd time being sick (1st one was last month) and already I'm feeling so helpless. So masa hari ke-1 demam we took her to klinik biasa kat area2 situ (lepas ni klinik ini akan di refer sebagai klinik X) sebab masa tu kat rumah MIL. The doctor prescribe few medicine bla bla so fine la balik la rumah bagi Hafiyya makan.

Hari pertama demam

Hari ke-2 demam I took Hafiyya to DEMC kat Shah Alam jumpa pediatrician yang biasanya Hafiyya checkup every month tu. Pediatrician ni nama dia Dr. Fadzilah memang aku suka gila ia ni, an attentive and caring person.

Sbab apa aku patah balik gi DEMC? Ni sebab Hafiyya had an allergic reaction on her cheeks tambah pulak masih demam. Kami syak the doctor in Klinik X prescribe the wrong antibiotic sebab tu naik merah2. Naya anak aku.

Mula ada merah2 boh sides tapi lama kurang sikit tinggal sebelah.


Dr. Fadzilah says it's viral fever and should subside within 2-3 days. Yeserday nak dekat2 magrib tu felt her eyes and mouth so hot, took the temp and found it to be 38.8! Cepat2 aku bagitau SIL (dia M.O) tapi SIL quite relaxed (perhaps it's just me being overly worried?) Suruh aku lap2 badan Hafiyya je and iku arahan kasi ubat demam every 5-6 hours.


Tambahan pulak Dr. Fazilah kata it's normal for her temperature to be fluctuating. Biarkan dia dalam bilik berkipas kasi haba keluar dan pakai baju nipis2 je and observe her behaviour. She seems ok but finding it hard to feed her. Tamau minum susu minah ni. Tapi makan bubur nasi dia lalu pulak. Any opinions from experienced mommies?


I guess she is now more than 6 months old so having a fever is really normal unless she is below 3 months, sah2 kena admit la kot. Ni info aku baca from internet ye:
  • usually fever in babies will go up and down for 3-4 days and it should be stable after that.
  • If she is having flu like cough and runny nose, it will take at least a week before she can really sleep well.
  • Throwing up in a way is good at least her body is fighting against the viral.
  • Do not stop feeding her <-- aku hanya mampu suap air kosong sesekali je sebab susu ia reject. Kasi makan bubur 2-3 hari sekali dia makan je.
Also I use a wet towel to rub on her body especially her ampits, forehead bila agak2 panas then rub with a dry towel (macam pic 1st tu aku malas nak ajust turun balik pic ni). I know the feeling memang tak best bila baby sakit coz you will worry and feel helpless, tapi harap bertabah lah.

Hafiyya & daddy. Piya ni time bergumbira cari daddy, time sakit baru la nak kat mummy dia.

Well nak komplen skit. My SIL kata sekarang arahan KKM setiap ubat diberi kena ada label di depan. Kena ada:
  • Nama ubat
  • Kandungan ubat
  • No pendaftaran dan label hologram yang disahkan KKM.
Contoh ubat ikut procedure

Sebab semua ubat sekarang standardize dikeluarkan dan wajib diluluskan ahulu oleh KKM
even to kinik2 biasa (siapa doctor baca pls correct me if I'm wrong ye). Siapa rajin baca lah kat sini.

Kerajaan tamau la klinik2 ni beli ubat dari India or etc yang style kita dulu2 tu kan, klinik2 beli ubat dalam botol besar lepas tu bila nak bagi patient tuang dalam botol2 kecik kepada patient tanpa labelkan nama ubat tu. Contohnya just labelkan ni ubat demam tapi jenis antibiotik jenis apa (paracetamol/panadol/etc) tak dinyatakan.

Contoh ubat tak ikut procedure
Panjang aku explain ni harap korang paham la ye. Nampak gayanya entri kali ni berilmiah sikit. Harap dapat manfaat dari sini. Sekian.

Wednesday, March 16, 2011

What hurts the most

Ni cerita berapa minggu lepas juga. Brought Hafiyya to meet my gynae, Dr. A. Nope, bukan dia yang sambut Hafiyya lahir dan bukan dia yang belah perutku ini. Sah2 aku bersalin kat HKL kan. Reason jumpa Dr. A? Sebab memang dah more than a year ber appointment dengan dia, so saje nak tunjuk baby.

Aku check dengan Dr. A dari sebelum pregnant, meaning ada few procedures macam hysterecopy, D&C etc hinggalah disahkan pregnant till 5 months of pregnancy gitu, lepas tu dia serahkan ke gynae di Hospital Pantai, lepas tu gynae di Hospital Pantai serahkan ke PPUM and PPUM serahkan ke HKL sebab kes aku special sikit; placenta previa, bleeding and uterus sempit.

Rasa cam bola pulak pass sana pass sini.

Motif cerita kronologi bagai? Berbalik pada topik jumpa Dr. A, the best part is that the doctor and the nurses who got to see me through 1 year b4 pregnancy till my five months of pregnancy then got a chance to see the baby. Ye la yang mak dia keluar masuk spital ni. Ni la hasilnya :)

With Dr. A

And they seemed to enjoy catching up with the..

"end result"

Btw dah alang2 topik ni, saje nak cerita. Kan bersalin dulu cesarean kan.

Flashback: pic ditolak masuk ke OT untuk di caesar

The right side of tempat operate ni healed fine but the left side healed fully in about 3 to 4 months after the birth. Ye la ingat nak buat kerja berat2 lepas dedua belah rasa comfortable la. (kerja berat = aktiviti lasak = exercise, jalan laju, jogging, angkat berat sikit).

Tapi parutku dah macam yang kanan tu. Dah ok la tu. Makcik urut kata doc yg jahit tu pandai, sangat kemas.
Tapi takleh buat kerja berat sangat uols, dah 6 bulan ni I still feel an uncomfortable rasa senak2 gitu. I still have mild to light pain every now and then, lebih sikit time period. Normalkah? Sebab sakit sengal dan ngilu2 ni la perut I tak berapa kempis balik. Camne nak exercise kan dah ngilu2 tu? Wah ni alasan pemalas lipas ke ni.

Ok la bye.

Jawapan untuk tajuk entri: bersalin?

Thursday, December 9, 2010

Sakit mata

Tengok la mataku.


Ke takde beza? Ha ni baru clear sikit. Ni bukan kena gaduh kena tumbuk atau menangis sepanjang malam ye.

Ini bukan cobaan, ini betul2.


Hari tu kena ketumbit. Ketubit ni tak berjangkit tapi aku la seksa, and don’t wear contact lense for a week, as the doctor says. Tak glamer la I pakai spec kan. Dah la tengah bercuti satu hari satu malam di suatu tempat. Nanti la blog pasal tu kalau rajin.

Pic selingan: tengok la baby aku ni, ikut style mummy dia posing tutup mulut. Syabas betti!

Ok sambung balik.

Now gagahkan diri gak pakai spec. Anyway it's getting much better now though initially it hurts quite badly and my right eye could hardly open and tends to discharge this white n yellow pus. Ewww.

Jumpa doc. Comot kan. Eh selalu pun camni je. Janji rock.

Hmm tu je la kot nak cerita. Ada lori ada bas, ada kari ada alagapas!

p/s sah, ketumbit ni ada effect kat tempat lain ni.

Thursday, June 17, 2010

Cerita di wad and sentap

Baru nak update cerita di hospital hari tu. Harap2 takde la banyak kali sangat keluar masuk ye tidak asyik cerita pasal hospital je hehe. Tapi kalau kena masuk sekalipun untuk kebaikkan jugak kan?

Patient satu bilik

Kakak depan I tu 37 weeks pregnant, high blood pressure, diabetic and athma. Complete u. So memang kena caesar lagipun baby songsang. Person sitting next to me, placenta previa jugak, tunggu masa nak caesar je. Masa 3 hari di wad, kakak kat depan dah operation, so tempat dia diganti oleh sorang ni yang 34 weeks pregnant, also high blood pressure. Dia pun baru kena caesar semalam sebab BP tetiba naik. Aku rasa katil tu memang berjangkit la. Takpun dorang stress dengan aku n kakak katil sebelah ni tu yang BP naik hehe.

So masa nak balik, tinggal person next to me. Bergenang air mata dia bila aku nak keluar, sedih takde kawan katanya. Aku pun sedih gak tapi bercampur gembira sebab dapat keluar. Masa tu dah plan macam2 nak buat apa lepas kuar hospital.

Pengalaman di hospital

5 hari di hospital memang macam2 cerita dari patient2 lain. Syok jugak takde la sunyi. Tengok orang keluar masuk hospital, tengok patient sakit2 nak beranak. Hmm. Pastu kita selalu dimonitor untuk check heartbeat baby and BP.

I was warded at UMMC in a 4 bedded room, not really a room sebab dia open, so leh tengok katil kat bilik2 lain gak. Memang macam ni susunan katil kat wad bersalin. Ok la tu, kalau duk sorang2 dalam bilik mati kutu gak, lagi pun I kan jenis penakut. Pastu time2 gini I jadi kaki sembang plak.

Kos penginapan plus treatment etc for 5 days is RM480. Ok la tu kan, duk hotel 5 star tak berkira, duk spital jangan kira la kan. Ni pun semi govt, kalau hospital private entah 1K+ kot kena.

My 5 star hotel

Masa dah 2-3 hari di hospital memang rasa nak keluar sangat2. Bukan tak selesa, tapi rasa too early untuk masuk hospital. Kalau masuk masa dah 7 month pregnant tu ok la boleh terima. I know this is for my own good tapi entah la. Cam risau je masuk hospital awal2 ni.

budak botak ni melawat aku ke nak tgk upin upin?

Syukur dapat keluar lepas 5 hari di hospital, doctor told me to my bed rest banyak2, I know I can sit up (with my feet up) and get up to shower, use the bathroom, etc., but it's still no fun! Rasa terbatas pergerakkan.

Sentap

Semalam malam memang agak sentap la, I dah prepare nak keluar dinner dengan husband and my parents. Ala makan dekat2 rumah ni je, sebab memang teringin nak makan mihun hailam. Tetiba SIL tegur (she's a doctor), orang yang uri bawah mcm I tak boleh naik kereta sangat. Terus my mum pun tak bagi, dia takut apa2 jadi. I terus tukar baju balik and mintak husband belikan burger je. Merajuk ok tamau makan mihun hailam dah.


Patut ke nak sentap ye? For my own good pun. I know I know, banyak lagi masa nak berjalan. Tapi setakat nak keluar dekat2 pun takleh ke. Ye la maybe it's just my hormone la, tu yang agak sensitive tu. Dulu aku tak lalu makan korang bising, sekarang bila aku nak makan korang tak bagi :(

Just wondering about others' experiences with placenta previa or any problem during pregnancy yang tak membolehkan korang bergerak banyak, if you're out there.

Sunday, June 13, 2010

Admitted lagi di hospital

.
Last Friday I had appointment with my gynae at PJ. This is the private clinic. Saya check up di dua tempat ye, private dan government. While waiting for turn, out of sudden I had painless bleeding. Banyak tak banyak tu, boleh kata basah la panties. Penuh la satu pad. So I told doctor about this and dia kata I need to be admitted. Dia scan baby, everything seems normal, baby actively kicking and heartbeat baby normal.

Memang nak sangat pun masuk spital sebab risau, kiranya I voluntarily admitted myself to the govt hospital on Friday dan2 tu jugak lepas jumpa doctor. I have a low lying plancenta/ placenta previa/ uri kat bawah ye kawan2. Memang sepatutnya kena rehat banyak. Bleeding mungkin sebab lasak sangat, uri kat bawah. Asalkan bleeding kurang insyaAllah ok. Setakat ni takde bleeding, just saki baki darah lama je tapi doc need to monitor closely.


as usual muka cam orang sakit. eh mmg sakit pun.

Sebelum korang nak marah2 ibu mengandung yang cun ini, sebab baru berjimba2 di selatan tanah air, ye laa I mengaku ada sakit lasak few weeks ni banyak jalan and tuntuan kerja (urusan maid). Just doakan la bakal anak buah korang /cucu korang (cucu itu only apply to k.ina kwang kwang kwang) ni selamat ye. Terlalu awal lagi ni kalau aku nak bersalin sekarang. Baru masuk 6 bulan.

I dont know how long I'll be in hospital, yang penting I will be closely monitor dan berukband ada diloan oleh abangku no. 2. Sihat la aku disini hendaknya tak mati kutu.
.

Sunday, May 30, 2010

Injection

.
Ada sesiapa sini takut kena inject tak?

Some have fears that came from previous bad experiences while others fear because they are afraid of needles? Saya dah biasa sangat kena inject mahupun diambil darah ye kawan2, dah takde perasaan dah bila kena inject.

Meh kasi tips untuk sesiapa takut diinject tu.
  • You will have to rationalize by not being afraid of injections
  • Understanding the importance of injections and its role in speedy recoveries
  • Tarik nafas and it's over
Amboi pandai je nasihat, padahal diri sendri pun tutup mata setiap kali diinject. Tapi takde la sampai tutup dengan baju kan cam mamat bawah ni kan. Ni memang mintak pelempang je. (pic dari pakcik google)


Hari sabtu kena inject lagi. This is my weekly injection. Actually baru 2 kali je amik, kena amik sampai doctor suruh stop. Untuk mengelakkan syak wasangka, ni bukan injection kecikkan atau besarkan mana2 bahagian badan ye. Bukan jega injection nak tegangkan kulit atau berkaitan kecantikkan. Tak kuasa I amik semua tu. Cukup la dengan berselawat sebelum cuci muka, bersihakn hati dan senyum sokmo (tips very the artis2 malaysia).

Ni injection, jeng jeng jeng. Nanti la aku cakap. Tak suprise.


I must say that I didnt have any other side effects apart from getting really hot flushes and generally feeling macam nak demam tapi tak demam. Kalau demam ok gak kan dapat layanan istimewa sikit. Wah demam tak ikhlas tu.

Jab yang ni painful skit banding biasa cos the med is oil based (means it's thick) so doc /nurse had to use a thicker needle. Tak kisah la jarum apa jangan suh aku tengok dah. Nasib inject kat vontot kan, takde la sakit sangat. Sebab? *nanges dulu*

Berkerut muka i walaupun cuba control cun sebab tau pic diambil

As usual prosesnya; the nurse will first cleansed with alcohol swap the area yang nak diinject tu kasi kebas2 sikit. Then she will kept her head down and yours truly will wait anxiously for the jab.

Selalu inject ok tau, tapi hari tu sakit ok vontot aku. Nurse ni tak pandai la. Merana aku satu hari. Tu yang takde mood nak update blog tu.

Ok ke alasan camtu? Selamat menghabiskan sisa2 weekend anda ye :)
.

Friday, May 21, 2010

Pening

I had a terrible headache yesterday. Ye la settle hal bibik ke imigresen Putrajaya, ke KD amik my nephew dgn jamnya dengan hujannya. Argh tension gua.Tak faham betul la apesal bila hujan kena jam dan asal jam kena hujan?

Balik je rumah, I have this little black n white fuzzies all over. Bintang2 menari2 disekeliling kepala. Imaginasi je tu. Bila penat2 ni, muntah la kan. Abis segala isi perut keluar. What else can I do, just laid on the bed with a pillow over my head. Nak blog walking pun sempat, nasib dah auto-publish entry. Wah commited tu.

Time tak sihat ni teringin pulak makan nasi goreng k.inamail. *menangis* Happy Friday ye :)
.

Tuesday, May 4, 2010

Semalam di Hospital

.
Wah cam over je kan, satu malam je kat hospital nak kecoh hehe. Bukan apa korang, I was never (kecuali sebab bersalin?) admitted to hospital atas sebab2 demam ke, kemalangan ke (nauzubillah) or what so ever la yang membolehkan di admit.

Dulu time2 sekolah and kat kolej, I rarely fall sick. Susah sangat, kalau rasa dedar2 je badan, makan panadol teruk berpeluh and sihat. So chances nak mc dan ponteng kelas apatah lagi masuk hospital tu sangat tipis.

Motif nak sangat masuk hospital kan? Ngada tauu.

Tapi hari tu lepas masuk hospital, cukup la. I'd rather rest at home than being warded. Maybe sebab government hospital kot, kalau warded di Prince Court tak kisah la duk seminggu pun.

*pangggg sedas*

K la rujuk gambarah horror di atas. I duk tepi pintu, tak kuasa duk tepi tingkat, takut.
  • Auntie sebelah (chinese lady) adalah sangat peramah ok. Abis diinterviewnya termasuk bilik2 sebelah. Aku leh tepuk dahi je la. Dia operation buang rahim sebab pendu kencing dah jatuh kebawah. Dia kata dia dah menaupos so tak kisah la buang apa pun. Aku admit2 terus dia interview aku dan sukarela cerita kisah dia :)
  • Depan aku tu indian lady, ada cyst. Late 30s, banyak buat hal sediri je (tido). Pagi2 tu dia dah kena masuk OT nak buang cyst.
  • Next to her is Sulastri, ndonesian lady, keguguran. Kesian dia asyik menangis je. Sembang gak dengan dia pagi before discharge, tetiba aku jadi peramah ok masuk hospital ni.
So pesakit paling ceria kat situ adalah auntie, next to her is me :)

Ni time hubby tengah sign apa tah kat kaunter nurse

Yep, I stayed at muti-beeded hospital room due to the fact my case is not an infectious disease, so duk la share bilik dengan mereka senasib. Lagipun, sebab bajet memang duk sekejap je pun. Memang takmau pun masuk hospital ok, sebab bajet lepas jumpa doctor nak gi KLIA jemput hubby, tapi doctor tu paksa jugak supaya monitoring dapat dibuat katanya.

Yours truly pakai jeans and baju spital. Pesakit paling bergaya.

Sakit apa ye? Biarlah rahsia. Tak semua baca ni ikhlas kan, so kalau semangat ingin tahu korang tu kuat, email je la saya ye nanti cheq habaq mai :) Tak tau pun takpe kan sebab I dah sihat :) hanya rest kat rumah aje.

Kalau kesian kat aku tu hantar la pizza ke, cheese cake ke ye hehe. K la tu je nak cerita. Bye :)
.

Monday, May 3, 2010

Berjaya keluar dari hospital

Hi kawan2 :) Sihat semua? Harap sihat la ye.

I'm now resting at home after I was admitted to hospital yesterday. Kejap je. Admitted at 2 pm, discharged at 12 noon today. Tu pun dah gedik2 paksa doctor siapkan report cepat supaya aku dpat keluar berpoya2 cepat skit.

So resting at home fakta tak benar benar sangat la. Ala kuar berpoya2 makan roti canai je. Ketagih ok. Bagus la tu kepulangan husband dari outstation disambut dengan kemasukkan ku ke hospital. Buat suspen je.

Nanti I story2 la ye. Nak mandi la. Ye belum mandi sejak semalam ni. Sebab berjaya menconvincekan doctor that I should be discharged today, tu pasal postpone mandi tu. Tak suka share bilik mandi dgn orang lain la. Ngada kan.


Nanti update lagi k. Don't worry, saya dah sihat. Terima kasih la kalau ada yang concern, ke korang tatau dan tak kisah?

*nanges*

K ye, see ya! Muahs.

Friday, September 11, 2009

H1N1 experience

Lamanya tak update. Do you miss me? Hehehe. Sebelum anda panic let me just clarify that I did not get the virus (wah panic la sangat, feeling artis popular kekdahnya).

2 weeks ago (well dah basi cerita ni tapi since kemalasan mengupdate, terima je la cerita basi) one of our relative was diagnosed with H1N1 "swine flu" by KJMC doctor and was put on Tamiflu. She is managing just fine at present. 2-3 hari demam teruk, cough, sore throat, sengal2 badan, headache, chills and fatigue. Alhamdulillah lepas 4 hari keadaan bertambah baik dan sihat sepenuhnya selepas 1 minggu.

Tak sure dari mana dia mendapat virus tersebut. Mungkin ketika ke pasar atau tempat2 sesak lain? Semasa berjemaah solat terawih atau semasa pergi carrefour? Doctor kata, a patient is most contagious for 72 hours before any symptoms show, during which time the patient will continue on with life as usual, while unknowingly spreading the virus.

My advise, do wear face masks when going into crowded areas. Selalulah basuh tangan or bawa hand sanitizer kemana saja. Swine flu is really scary and I don't want my family getting infected by it.

Tuesday, June 30, 2009

Ke hospital

Have you been admitted to hospital for whatever reason? Or being warded at hospital? Eh same je kan maksud dia tu, saje nak kasi panjang sikit intro ni ;)

Aku kalau takde sebab2 yg dipaksa juga masuk, takmo la tido kat hospital. I'm needle phoebic. Serious shit. Tapi sebenarnya aku la orang paling banyak kena inject and amik darah kot di kalangan family dan family2 orang lain hehe. Patutnya dah alah bisa tegal biasa (I kena google peribahasa ni sebab dah lupa camne peribahasa ni should be in term of susun aturnya)

Tapi I kena inject bukan yang inject2 kat muka tu ye seperti vitamin C ke, colagen ke apatah lagi botox. Apa di muka I semua natural je tau hehe. Sental je muka dengan scrub sminggu sekali and jangan lupa pakai mask sminggu sekali. Macam la lawa sgt nak kena buat statement ni haha.

Apa tadi nak cerita? Oh been warded. I pernah masuk ward masa bersalin je la. Korang pun tau kan baby I meninggal dalam perut, duk ward masa tu 3 hari gak kot. Jenuh la nenek aku suh balik umah cepat2, supaya dapat memulakan proses berpantang. Sebab kan kat hospital mana pantang bagai ni. Balun je sume. Lepas 14 hari bersalin, masuk lagi sebab kena buat d&c. Eh pasal mende ni aku dah pernah cerita kot. Korang refer la post lama.

Ni nak cerita yang baru2 ni masuk ward. Ala day-care-ward je. Tapi nyesal lak duk sehari je sebab ni la ward terbaik penah diduduki. Makan pun pasta gitu. Syiok wo. Tapi takleh citer banyak2 la. Saje la nak tepek pic ni, nak tengok pic2 lain tengok je fotopages aku (fotopages pun aku lum create account). Takkan tepek kosong je kan takde citer.

Agak2 nya orang percaya ke aku kena tahan hospital ni dengan muka senyum2 ni? dont blame me, i just want to look good walau di mana saya berada ;) Sakit dalam iman.


Hehehehehe.

Saturday, May 30, 2009

Masalahku

Siapa terror tolong kasi petua petui tradisional mahupun moden ye.

Masalah 1 : Hairloss

I recall many memories of my thick, long hair and sometimes used to wish it was a bit thinner so that it would be more manageable. But lately, my mum and my husband started noticing that my hair started thinning. Mama kata bilik aku byk rambut gugur. Eh bilik mama pun ada rambut pe. Sebab rambut aku pajang, or course ianya kelihatan obvious. Mama kata takpe, dia dah tua. Eh eh, gugur tetap gugur ye mama.

I myself had been noticing lots of hair falling out when brushing but at first I didn't think much of it untill my hair had started to get dramaticaly thinner. Ok la exaggerate je tu, biasa la tengah musim anak wayang kan. My hair belum kategori botak lagi sebab rambut aku flexible leh buat parting mana2 sahaja.

Tapi still, tak bengkek ke when it falls while washing my hair too? I feel like dying :((( Ala2 macam orang kena cancer je (tetiba aku teringat cerita Abang92, ala yg Azhar Sulaiaman berlakon rambut di gugur tu). Nauzubillah. Suka tokok tambah cerita tawwwww.

Tapi setakat notice je la, takde plak aku gi check-up bagai jumpa doctor. I had no clue that segala-mala treatment/procedure yang pernah aku lalui can cause hair loss, if that part of the reason la selain dari aku tak control makan minum ni. Bedal apa saje.

Maybe kategori ok lagi kot sebab setiap kali gi saloon, amoi tu kata rambut aku tebal je. Ko tak tgk rambut aku gugur, mesti rasa nak menangis je.

Masalah 2 : Sensitive ankle

What do you do when a pair of flats, pumps or any cover up shoes "memakan" back of your ankle? Hope you get what I mean. Takkan nak suh aku paste pic ankle aku yang mengerikan ni sampai kulit ada skit tercabut. Ye la buruk perangai I know. Masa keluar lunch dengan Ely the other day, and I took out my peeptoe wedges yang bertutup di belakang as I wanted to look different kononya walaupun setakat jumpa my friend sahaja. Dulu gi masa bekerja aku kai je pump shoe, heels bertutup bagai ni. Sekarang ni la asyik pakai heels 2-3 inches or wedges yg tak bertutup belakang sahaja kadangkala sgt nampak mcm comot ok (this only meant for myself).

Next time, practical would have been wiser. Pakai je la apa korang selesa. My ankle hurt so bad by the end of the day, I was tempted to walk home barefoot. Apa nak jadi pun jadi la. Nasib aku masih waras. Apa gila nak jadi Elyana di Pyramid. Masuk cacing baru tau.

Lepas balik baru aku bergoogle bagai cara2 mengelakkan kaki injured masa bershopping. Katanya a plaster always works. It doesn't look attractive, but when it hurts like shit, anything goes.

Apesal aku tak terpk beli plaster aaa?? Pakai bandage masa tu pun aku rela jeee. Tak cantik puhn tak cantik laaaa.

What amazes me are the high heels yang tinggi maut some people wear. Dorang control ayu ke time pakai heels tinggi or memang dah pro??

Therefore I desperately need this shoe (refer pic bawah ler, bukan atas tu). Been hunting it everywhere; OU, The Curve and Pyramid) tapi my size 7 adalah out of stock, apa colour sekali pun. Tolonggggg la kat mana leh dapatkan ia? Kalau leh dapat murah below RM100 pun lagi bagus. Maka tidak lenalah tido aku selagi tak dapat croc cyprus ini.

note : permintaan ini adalah relevan dengan masalahku ini. Or should I categorized it as masalah no. 3: Perlu crocs dengan segera?

Sekian, kerjasama anda amat dihargai.