Tuesday, May 28, 2013

I'm broke but I'm happy


Saman AES
 
In 1 month +++, saya mendapat 3 saman AES. Hebat bukan.
 
Pffffft!
 
I for one will have to admit I do have quite a number of "samans" for speeding eversince I got my license. But I gladly pay the fines. Tapi kali ni gua dapat 3 AES saman berturut2 beb. 1st and 2nd saman dah settle la via MyEG, ni kali 3rd time...
 
*lappeluh*
 
 Pokai la gua!
 
 My 3rd love letter from JPJ :)
 
"AES is operated by JPJ but that doesn't mean that PDRM won't mount their own speed cameras. So you can still get summonses from both JPJ and PDRM". Oleh yang demikian ikut je la peraturan jalan raya ye adik2.
 
Saman dari JPJ memang takde diskaun2 bagai ye. RM300 for speed limit. You do the maths.
 
Surat dari Poslaju
 
Pastu tadi dapat plak surat chenta dari Pos Malaysia. I purcharsed new handbag from Europe (baru dapat duit kutu katanya) tunggu 3 minggu tak sampai2. Rupanya sangkut. My parcel being held at Kastam KLIA.
 
"All items above RM500 are detained by Malaysian custom. The most important question now is what is the item. It may or may not be taxable depending on custom officer's classification. In this case you will have to provide the necessary technical infomation/brochure to back up your case."
 
The thing is, ikut nasib la. Kastam ni pilih/ check secara rawak je. So barang aku la yang kurang bernasib baik itew. 10% tax tu dari harga barang.
 
*gulp*
 
Takde time lain ko nak muncul kan. Time aku pokai ni la ko nak sangkut
 
So cara nak collect:
 
1. appoint Pos Malaysia as a Customs Agent to clear the package (RM49.50 service fee) - Fair, I think. Otherwise you'll have to drive to the LCCT terminal where the Pos Office/ Kastam office is located.

2. or self declare at KLIA - malas!

3. or appoint a 3rd party agent as a Customs Agent - ?
 
Yang no. 2 tu macam tak larat je. Dahler pagi semalam I woke up earlier than usual to pick up my grandmother at KLIA, waited for 1++ hours kot sebab flight dia delayed. Ok that's not the point tapi aku penat kot nak gi KLIA lagi. Kalau lah surat tu sampai awal sikit boleh la sekali harung kan.
 
I dunno la. I just want my bag. Berapa aku kena bayar tax ni wehhhhh.
 
I is pokai :( Kena mandi bunga ni. Eh.

Monday, May 20, 2013

My Mournday

Sometimes I feel like banging my head against the wall which I'm sure it won't hurt much than the migraine that I'm suffering from. Mama ada migraine and my sister pun ada migraine. So Migraine is genetically-based disease I guess.

So now dah telan Panadol Extra, Extra relief from pain katanya. Aku ni tak suka makan Panadol, ubat lain ok je. Rasa geli tekak, macam nak termuntah. Takde sebab lain, it's either this or that:
  1. Panadol hates me
  2. I hate Panadol
  3. I'm allergic to Panadol
  4. Panadol is allergic to me
Kahkahkah.

Ok need to sleep. Apa pun takleh buat pagi ni kecuali meminum air bergelen2. Happy Monday all. Sejuk ni macam best je kan sambung tido. (I WISH!). Bye bye.

Wednesday, May 15, 2013

Monday, May 13, 2013

Apam dan Hari Ibu

Made apam polkadot for pre mothers day (Saturday). First time buat ni, not bad. Of course, dua orang budak ni, Abdul Rahman and Piya ate 1/4 of it before being served.

Sedap lettew.


Resipi di ambil dari bog seseorang, lupa dah. And diubahsuai step2 tu ikut tips2 untuk menggebukan dan melembutkan apam and bagi kurang berlubang.

 Bahan:

140 gm tepung gandum
1 1/2 tsp baking powder - diayak sekali bersama tepung gandum
110 gm castor sugar
75 ml susu segar atau susu cair
2 biji telur
1 tsp ovelette
1 tsp esen vanilla
Filling (ikut taste eg strawberry, chocolate, kaya)
Pewarna
25-30 keping mangkuk kertas dan bekas.



Cara-cara:


1. Pukul telur, kastor sugar, esen vanilla and ovellete sehingga sekata. Jangan lama sangat maximum 2 minutes sahaja and putar guna medium speed.
2. Masukkan tepung , serbuk penaik dan diselangselikan dengan susu.
3. Putar sebati hingga nmpk kembang dan gebu. Pun jangan lama sangat agak2 serasi ok la.
4. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna.
5. Masukkan setiap warna dlm piping bag atau plastik bersih. I pakai plastik bersih je pastu potong sikit hujung plastik. (actually guna piping bag kumpul udara and tambah gelembung dalam apam, lebih afdal sccop sahaja adunan, only the dot dot part baru di piping kan.)
6. Letak 1/2 adunan ke dalam mangkuk kertas.
7. Letakkan filling yang digemari, kemudian letakkan lagi adunan yang sama sehingga penuh dan kemudian piping kan dot-dot kan dengan warna pilihan.
8. Kukus 10-15 minit sehingga masak. Jangan lupa tutup penutup pengukus dengan kain so that air tak menitik ke atas apam.


So inilah minum petang kami, ubi rebus and sambal ikan bilis and the not-so-famous apam polkadot. Aku guna jem strawberry je as filling.


On Mothers Day, wished mama Happy Mothers Day and bagi gift. We asked if Mama wanted to go out for Mothers Day lunch or dinner. She said no. Instead she cooked Nasi Lemak for breakfast. Sedap wa cakap lu. Lunch time baru bawak dia keluar, makan Sushi King :) Btw got this messange from MIL, sebak pulak baca mesage short and simple tapi mendalam. 


Happy mother's day to all strong mothers out there. You guys are the strongest being ever. Strong mentally and strong in enduring pain. Happy mothers day Mama and Ummi, I know u r not reading this but u know I love u.

Thursday, May 9, 2013

PRU 13

Musim pilihanraya ni sikit lagi rasa nak convert blog carca marba aku ni kepada blog politik. Kui kui kui tidak ler. (Apesal gedik sangat gelak kuikuikui ni?).

 If I were to have other blog, I think I'm gonna have a beauty blog but I do not have enough content to write it. And most important, my lack of consistentcy. Blog personal pun terabai. Ni ku kembali berblogging selepas terpukul dan terkembang kempis hidung saya pulak baca statement @syidamislan

Hamikkau penuh skrin I letak screencap perbualan sengal kita cc @bakawali0797



Aku mengundi untuk Parlimen PJU, Dun Kg Tunku. Pergi mengundi seawal 8.00 pagi, masa sampai queue sudah panjang. Memasing semangat sehangat asmara api.

Bawak bebudak ni, me and my abang no. 1. My husband tiada di bumi Malaysia so rugi la satu undi di Parlimen Gombak.

Kat kawasan I ni PR menang both Parlimen and Dun punya seat. Congrats YB Tony Pua and Lau Wen San. Bukan nak kata apa, dioarang ni memang rajin la turun padang. Hari Raya Puasa and Haji, Gotong Royong, etc2 aku tak ingat dah event apa. Pandai amik hati pula tu. Memang makcik2 Melayu kat area perumaha aku ni mmg suka diorang ni.

So siapa kata kita racist? Orang putih ke, orang coklat ke, orang biru ke, kita kan orang Malaysia?


Jadi tahniah kepada BN kerana berjaya memenangi PRU sekali lagi. Yang menang tu menanglah, yang kalah bererti tidak tidak cukup suara rakyat untuk berpihak pada kamu. Try to find a positive in a negative.

Tak kisah la siapa yang memimpin, asalkan telus dan adil. Dan dengarkan lah suara rakyat. Adalah aku sedih jugak sebab beberapa kerusi BN dan PR yang tidak dimenangi oleh my favorite calon. I vote for the candidate ok, then only parti  sampai pagi..

Oh ye pendapat pasal racism, I am against it!

But, I'm not defending Utusan, BH or Kosmo, but to be fair, read Chinese papers as well. If Malay papers are racist, what about Chinese dailies?

Fikirkan lah. We just want to live in peach and harmony.

Akhir kata sebagai penutup, terima la gambar wajib ini sempena PRU yang lepas. Ink I dah hilang tau di malam hari. Hasil dari rajin basun pinggan :)


Saje pakai that kasut to supaya matching dengan ink. Gitew.


Saturday, February 16, 2013

Saturday breaky

I'm a die hard fan of Village Park.

Why?

First, it is air-conditioned. Second, service is excellent despite being busy at most hours. Third, food dia sedap. Sedap untuk tekak aku la.


Yang tak best skit pasal sini; too crowded during lunch time as well as weekend. The parking around here is very hard to get so baca la doa mintah permudah segela urusan "Robbi yassir wala tu'assir robbi tammim bi'khair".

Kesian abang specky sebelah tu tunggu food lama sangat kot

The nasi lemak here is very famous, especially the ayam goreng berempah. Daging ayam sangat tender, tasty and lembut. The sambal of the nasi lemak is sweet and spicy at the same time, so it's kind of mixture feeling. If you like it, you like it. 

Gambar makanan takde sebab memasing phirana2 belaka. Hehehehe. Happy Saturday uols. Dont miss me!

Wednesday, January 30, 2013

Make-up seadanya

Kalau kata nak bermakeup tu tak semestinya kena tebal seinci ala2 opera china. But you need makeup to enhance your beauty. If tak make-up, kang muka pucat lesi plak kan. Keluar tanpa secalit makeup (gua biasa je kuar macam ni beb) memang nampak macam orang nak cari gadoh je kahkahkah.

My make-up storage hehe. Macam mangkuk tingkat dah aku tengok

Biasala org akan jawab, tayah la mekap bagai biar natural beauty, amik wudu' hari2 bagi muka berseri, hati kena baik la etc. Yup I totally agree with that tapi rasa nya makeup is to enhance all that  u have, tu je kan? Only 10% kot pompuan kat muka bumi ni akan nampak jelita without secalit pun makeup. So confirm lah aku ni termasuk dalam golongan 90% yg tak jelita tu.

Sebab tak jelita tu aku kecikkan skit pic bawah ni. Macam toye je muka.



Tapi aku ni lebih suka bare skin without makeup, rasa fresh. Tapi tak bermakna aku tak makeup kan. Koleksi makeup aku macam banyak je siap dengan brush bagai tapi balik2 keluar dengan muka pucat. Ni kes tak reti makeup la ni.

I wear makeup (sunscreen, loose powder, lipstick and eyeliner) when I am out in the public; work and kenduri kendara. Blusher and eyeshadow  kurang dipakai sebab aku memang tak reti apply walau tengok tutorial kat youtube berapa kali dah. At home I do not usually wear makeup, but I do apply  moisturizer and pakai la BB cream.

Ni koleksi kesayangan. Kesayangan tak semestinya selalu pakai ye. Oh baru teringat lipstick Stilla kesayangan aku hilang. Jap lagi kena soal siasat cik Piya.

Ok la tu je. Renung2 kan dalam selamat bermake-up. Happy Wednesday.

Monday, January 21, 2013

7 tahun sudah

Happy 7th Anniversary dear hubby!
 
It is not how much money you spend during your anniversary that make you happy. It is the presence of your love ones. Tapi husband kite tak ada.
 
Heheh well my husband tak ada di bumi Malaysia sekarang, sedang bekerja mencari rezeki dan akan pulang dalam 2-3 minggu lagi. Tak kisah la gua dah biasa beb. Sebab cik abang tak ada di sini masa annivesary maka cik abang kena double kasi annivesary present la kan. Kahkahkah. Nampak tak game dia?
 
Saya pada 21.01.2006 yang malu tapi mahu

Just the two of us :)

Pic above adalah 6 tahun lepas, masa ni baru lepas pantang bersalin anak no. 1 (meninggal dalam perut) dan terus ke Egypt ikut husband berkursus.  Perbualan sengal ketika itu:
 
Me : Abe (aku tak panggil dia abe ok saje je kasi dramatik!) what do you think you're doing?
Him : What does it look like I'm doing sayang?
Me : Like an idiot?
 
Hahahahaa. The conversation never happened! Lol. I gurau je. Dia sedang membuat some sort of aksi pointing at the pyramid tapi tak jadi so kena crop la.

Happy anniversary abang, I love you I love you, I love you!

Tuesday, January 15, 2013

Anakku Hafiyya


My little girl is already 2 years and 4 months old. How time flies. Ini budak cakap sangat banyak woo, ni dengan family la. Dengan orang luar lepas warm up 20-30 mins mins then baru dia ngam kot. But, shes quite hyper most of the time. I really don't give her sweets or etc (unless daddy dia or orang lain bagi senyap2 without my knowledge). Sekejap je kemas barang, sekejapan je la sepah balik toys dia.

Ni tak berapa sepah ni sebab baru kemas

Sebab terlampau aktif dan mempunyai semangat inkuiri yang tinggi, one fine day tu dia main dengan shaver daddy dia and shave 'misai' dia!

First cut is the deepest -Sheryl Crow. (Pic luka not clear but bengkak tu atas tu)

I know accidents happen, but I feel so bad sebab cuai. Macam mana leh dia capai shaver tu padahal kat laci and letak dalam2 pulak tu. Masa tu aku tengah solat Maghrib, tetiba lepas bagi salam tengok Piya tengah pegang shaver and ada darah menitik! Of course I was panic, tapi cuba cool. She wasn't crying, or even whinning, so I didn't want to scare her. Dia menangis after 10-15 minutes. Syukur the cut was not very deep. However the amount of blood was insane; it only stop after few minutes lepas itu sapu minyak gamat then lepas tu sembuh.

Malam kejadian dia demam and batuk secara tiba2. She breathes really hard and fast and I can see her belly going up and down really fast. Ni first time ni, tak pernah jadi macam ni. Esoknya bawak dia pergi hospital and doctor bagi ubat etc and dia kena pakai nebulizer. Since ini first time she breathes fast, doctor tak diagnosed dia asthma lagi, maybe sebab lain (viral fever, bronchitis etc).

Piya ni masuk bilik doctor pun payah, tambah  if it involves a nebulizer.


They had to pujuk/ force a nebulizer mask over the face of  the kicking, screaming Piya at least a few times.

Lepas tu masa kat hospital tu adalah kakak tu tanya, Piya ni breastfeeding baby ke? Aku jawab la tak, hanya untuk 2-3 bulan sahaja. And dia kata "patutlah selalu demam".

Hello? Mana kau tahu anak aku selalu demam? Jarang ok, and kau bukan ke datang spital tu sebab anak kau yang BF sampai 2 tahun tu demam jugak? Don't get me wrong, I salute breastfeeding mommies out there but I hate it when they talk as if kids who are formula fed are the unhealthiest and prone to falling sick.

Upah untuk budak jadi 'good girl' ketika setelah diberi 6 kali nebulizer for 2 days in a row. Just choose darling, mommy swipe daddy pay.



Letak je pic Piya suap Baby Alive dia makan ni kat FB, adala komen cousinku Nana. Tetiba kau ye, lepas kau tambah aku tambah la :P


Have nice day you all :)

Thursday, January 10, 2013

Separuh jalan


I don't know maybe it's just me, I tend to have this half-done-project-habits for certain kind of things. Mungkin aku terkena sumpahan labi2 kot. (alasan) and need to attend motivation course.

Sebagai contoh, business yang diusahakan. Wah usahakan tu, padahal usaha la sangat? Businessnya berupa pre order and ready stock handbags and baju. Pasal handbags tanak elaborate la sebab kisah kegagalannya malu nak diceritakan.

*tekup muka*.

Blogshop baju saya dah tak aktif so takyah bukak la (sambil menyertakan link kahkahkah)

Pasal baju you know fashion industry is quite difficult because it have A LOT of competitor so kena betul2 all out jual and market your product. Nak compete dengan seller yang sedia ada nama bukan senang unless you have your own unique customer and your clothing are different, tapi kena BANYAK la.

Ada la few tempat pemborong ni kat KL. Yes, you might not be getting the best margins but compared if you get it from online supplier (oversea etc) you get to feel the quality and confirm with the taukeh kedai that the stock will be available for you. Satu masalahnya, SEMUA orang amik baju from sana. So apa uniknya.

Kesimpulannya baik jadi PEMBELI dari PENJUAL. Kah kah kah. But I do hope one day I get good stuff/ supplier, InsyaAllah akan resume business balik. Aminnnnn. Siapa ada peluang perniagaan (baju/ handbags) tu msg2 la I.

Btw ni la hasil mannequin I, which was meant for my blogshop. Jadi tempat gantung aksesori and cardigan. Senang nak grab. Muahahahahah.


Do I never actually FINISH anything? Tak la jugak. Just that doing business is not my thing but at least I tried. Lepas ni nak jual barangan kesihatan pulak la. Contohnya:

Marilah berdoa agar tidak separuh jalan bab amik suplement ni. Up to this date, dah sekotak I minum. Hasilnya nanti I blog kan. Selama ni my track record was NOT good dalam konsistensi makan ubat/ vitamin ni.

BYE!

Tuesday, January 8, 2013

Kourtney Kardashian and me

My hairdresser loves to gossip while she does my hair so bagi mengelakkan berbual dengan my hairdresser buat2 la busy baca magazine or main phone. So semalam masa kat salon  I was reading this Women's Weekly  sebab cari URTV tak ada.  Pastu terbaca la kisah the Kardashians sisters ni.


Mak datuk tengok la koleksi kasut/ handbags/ cluthes + Hermes masing2! Telan air liur je la.
 
#pengsan #jelous #kauhado
 
Tetiba teringat sorang famous blogger + PB top agent kat Malaysia yang ada berapa entah pasang kasut Louboutin. Rezeki dia. She works hard for it kan. Tapi ada orang pertikaikan tak payah la kot menunjuk2. Suka hati dia la kot.

Nak tengok loubotin I? Taraaaaaaaaaaaa.






.
..
.
.








Takyah nak scroll sangat la.











Heheh seperti yang dijangka2 of course la bukan louboutin kan. Beli kat Payless. Murah je. I'm not much of a heels person, so yeah. Dah 13 weeks beli baru 2 kali pakai kot. I prefer flats nowadays due to age factor.
 
Btw marilah berbalik pada topik Kardashians tadi. I love the Kardashians:) My favorite personality wise is Kourtney sebab dia paling nampak 'normal, and tak over. She just seems so normal and not as fame hungry as the others (Kendal and Kylie tak termasuk eh). Dia jenis cakap lepas kot, it's either you like me or not. I think she also seems like a fantastic mum and wife GF.
 
Tak fantastic ke ni? Dengan Hermes Birkin Bag in Orange, with a handsome boyfriend and sepasang anak.

So brdasarkan kepada gambarajah paling atas entry ni, Koutrney owns 1 Hermes je ok berbading adik beradik dia lain. Penjimat kot dia ni dalam standard kemewahan yang diorang miliki ni.
 
#yeahrite

Ok la nak mandikan Piya. Bye.

Friday, January 4, 2013

The nephews

Ha siapa kata I hangat2 tahi ayam je nak hapdet blog itew? Now gimme RM500 untuk duit shopping di H&M sebab berjaya update blog lagi dalam tempoh 3 hari.

Baidiwei sementara korang bank in duit kat I tu, entry kali ni ada 2 cerita ye. I suka kasi bonus. Ala2 bonus track gitew.

#deepbreath

a. Anak buah baru

Pada 20.12.2012 saya telah mendapat anak buah baru. Adik kepada Abdul Rahman. Becoming an aunt regardless of whether it’s for the first or forth time, is one of the most rewarding experiences of a person’s life.

#proudchik

Apatah lagi becoming a mother.

#proudmummy #outoftopic

The newest member of our family decided to follow in the footsteps of his cousin Piya to be born a little early at 36th week. Baby Dawud weighs 2.5kg and is 47cm long. Kecik molek. Mak dia pun kecil molek. Jelous aku tengok badan di lepas beranak. Cam takde apa berlaku je.

#emotengokbadansendri

Baby Dawud and his aunt are is such a cutie. 

Dawud kena jaundice on day-2, his jaundice level was 10 then he went to 12. Then the next day she was 13, then 11 and lepas tu tak ingat dah. Both mom and baby were discharged from the hospital day-5.

Lawatan sambil belajar di ICN, tengok baby Dawud dibawah lampu. Chekidaut apa si AR and bibik buat.

2. AR's first day at school

First day la sangat kan. Orang lain dan 2nd - 3rd day. Not wanting to let go of him quite yet. Iye la tu, padahal demam on the 1st day. Me and my eldest brother (AR's papa) sent him for his first day of kindergarten since ibunya sedang berpantang. Ye la kan, takkan nak suruh AR gi sendiri. Tak logic.

He was so happy and anxious at the same time and this overwhelms me with emotion. Aku yang cam nak nangis je sebab tengok AR dah besarand dah masuk sekolah.

 AR goes to Genius Aulad at Kelana Jaya, saya pulak kindie dulu bernama Tadika Pok Amai Amai di Kg. Tunku. Hip tak nama tadika I?

#adaakukisah

Muka saya flawless si pemalas makeup cukup sekadar pakai mosturiser sebab bajet natural padahal pucat and AR muka sedih and happy. #Dramaking.

To cut story short, bergambar bukan main. Rupanya school bukak next week. This week tutup. Ni gara2 suka2 hati masuk skolah hari kedua, 1st day of school dah absent, so tak dapat info that classes will only start on the following week.

Cis burger betul. Ok bye.

#sayatakpandaibuatpenutupentry #justsaying #hastaglasangat #okbye

Tuesday, January 1, 2013

Happy ke New Year?

Eh dah tahun 2013. Betapa terbang masa itu ye kawan2. (direct translation how time flies!)

I never knew that I have forgotten to update my blog since April 2012. Especially since that I'm putting more complaints thoughts on Twitter and pic on Instagram. Takpe azam tahun baru ni, nak rajin2 kan diri berblogging untuk tahun ni. I miss my blogger friends to be honest. Do you guys miss me too? 

Tak? Kalau tak pun takpe. Tetap nak letak pic sendiri buat tatapan anda.


Piya sudah 2 tahun 4 bulan. Sekejap je kan dah besar? Mummy dia? Masih 23 tahun dan cun seperti sediakala. Heh.

As a teenager, I remember looking forward to a new year. Gedik ok nak pergi tengok bunga api kat Bangsar la, nak tengok konsert kat  Bukit Bintang la. Yang penting nak keluar la countdown sama2 untuk New year. Hmmmm. Tak ingat la tahun mana dapat sneak out permission ke tak as my dad was very strict then. And ada 2-3 tahun tu gi travel dengan family ke oversea. So celebrate kat sana or dalam flight sahaja.

Now dah jadi wife and mak orang ni malas la sikit. I'd rather just stay home and sleep take it easy. So this year, this is how I celebrate my new year. 

 

Bawak mak shopping kain untuk majlis kawin adik. Adik kawin lambat lagi tapi shopping awal2 dah. Heh. 

Happy new year guys.