Showing posts with label gift. Show all posts
Showing posts with label gift. Show all posts

Wednesday, December 22, 2010

Gelang oh gelang

Kecik dah pakai gelang ye?

It seems to me that it's cute, sure, tapi bila membayangkan masalah2 lain seperti tercekik (untuk rantai), sakit bila terkena sharp edges, etc that it doesn't seem worth it. Mungkin pakai untuk certain occasion contohnya Hari Raya or weddings, but certainly not every day.

Tu pendapat dulu la. Or maybe aku cakap camni sebab kecik2 mak aku tak pakaikan barang kemas kecuali Hari Raya. Faktor utama: jeles tengok kecik2 dah pakai barang kemas. Hehehehe.

Mummy yang ngidam, baby piya dapat dulu ye.

Actually Hafiyya dapat hadiah gelang dari tok umi nya. Terus dapat 2 utas. My MIL is a kelantanese and as a part of the culture kot, babies receive some type of gold jewelry. Correct me if I'm wrong ye. Statement adalah thru observation and experience.


Takpe ke kecik2 dah pakai barang kemas?

For me as long as you take it off when it gets too small, then there's nothing to worry about. Aku pun ada gak bracelet and rantai masa kecik2 dulu. Tapi takde la pakai masa baby, start pakai di usia 4 tahun gitu.


Actually come to think of it, kata la tok uminya hadiah kan jewelry di setiap besdaynya baby piya ni, she may have more jewelry than me. So apa kata MIL hadiahkan sekali jewelry kat menantu bertuah dia ni. Kasi seimbang gitu. Wah berangan.

Ok la nak sambung berbaik2 dengan MIL ni. Bye.

Tuesday, October 26, 2010

Makeup kah anda?

Dalam hal makeup2 ni, I'm a very simple person, or should I say, plain lazy. Ok la takde la lazy sangat, but the techniques kills me. I think I should attend simple makeup class la. Or kawan2 yang terror makeup ni boleh tak buat tutorial. Ni yang ku rasa terror makeup la, macam Posh76, ratusiput, qellissa and syidagorjes ( u banyak attend workshop kan kan).

Tau banyak ada kat youtube, sukahati I la nak bermanja2 suh kawan2 ajar :P. Tapi kalau orang makeup kan macam ni I like ok. Dengan syarat kena beli barang dia la.


Perkakasan makeup banyak uols, almost complete (takde la beriya macam orang lain tapi just enough) but I seldom apply makeup. So, please don't be terkejut beruk if you se me pucat lesi when you bumped me at anywhere.

Tipu la tak makeup langsung pucat lesi kan. Over je.

I wear makeup (sunscreen, loose powder, lipstick and eyeliner) when I am out in the public; work and kenduri kendara. At home I do not usually wear makeup, but I do apply my skin care; moisturizer. I use **** products exclusively (sorry tak boleh cakap). Bukan dapat komisyen pun.

Wah apa ko pikir ko lawa sangat nak jadi duta produk sampai nak claim komisyen? Hehehehe

For me, nak bermakeup tu tak semestinya kena tebal seinci ala2 opera china. But you need makeup to enhance your beauty. If tak makeup, kang muka pucat lesi plak kan. Biasala org akan jawab, tayah la mekap bagai biar natural beauty, amik wudu' hari2 bagi muka berseri, hati kena baik la etc. Tu kalau kulit korang flawless boleh la.

Sebenarnya nak cerita, hubby belikan makeup untuk isteri terchenta dia ni. Toce2.



Estee Lauder travelling makeup set, ada eyeshadow palette, lipstick, mascara and blusher. Actually aku dah order satu set estee lauder makeup set, mende alah tu lum sampai. Kalau aku tau husband nak presentkan set ni, takde la aku gigih order online kan.

Nanti kalau aku nak let go atas ni, korang nak beli tak? Wah barang belum sampai dah nak let go. Syabas inspector shahab.


Ni lagi satu dibeli hubby, Evelyn Lauder Lip Design Collection. Come with clutch pink, I like :) Lipstick beraneka warna yang sesuai dengan taste aku. Tak pepasal banyak collction lipstick aku. Jenuh tenyeh lipstick la aku pasni hehehe.

Persoalannya, mana eyshadow palette yang ada 20 colours yang dipesan? Suka keluar topik tau, pesan lain beli lain.

Ok la nak tido, bye

p/s see, aku kan ada masalah dengan penutup entry.

Wednesday, August 18, 2010

Saya ada pelawat VIP!

Jumaat lepas kan, ada menteri melawat wad bersalin sini. Wah eksaited I. Elok pulak timing menteri datang time I baru je keluar labour room, seolah2 menyambut kepulangan aku dari labour room. Hehehe.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. melawat wad aku duduk tu bersama2 lawatan wanita UMNO, berita ada disini. Gambar dengan menteri takde la ye. Aku nak amik pic tapi tak sempat. Yang sempat lepas geng2 wanita UMNO beredar.

Ni ha pic, kot korang tak percaya ada lawatan geng baju merah.

Lawa jugak Datuk ni tengok dari jarah dekat. Wangi pulak tu.
Mesra sangat, rasa sebak je bila dia bagi kata2 semangat. Tak jadi sebak sebab rasa nak melompat je bila di pass sumbangan ikhlas hari raya untuk ibu2 mengandung dan yang dah bersalin.

Time nak menerima kunjungan tu, aku tengah pakai baju biasa je. Biasala gangster mana pakai uniform wad bagai ni heheh. Tapi demi menjaga imej wad, aku tukar gak la kai uniform. Kain mintak mahap ler I tak sempat sarung.

Sumbangan ikhlas katanya, berupa bag anyam yang cantik berisi kurma, set berpantang, serunding, kuih almond london dan keropok.


Jimat duit aku, tayah beli set jamu2 selepas bersalin dah :D

Bag anyam, macam tau2 je aku penggemar bag
. Boleh isi napkin baby eh?

Harap lepas ni kalau tak bersalin lagi masa Merdeka and 1 Syawal dapat lagi la hadiah. Begitulah pengalaman dilawat Menteri. Korang ada?

Wednesday, May 12, 2010

Baju tido gojes

.
My favourite is none other than my knee length nightgown with cute little bunnies and hearts on it. This nightgown is my spouse’s favorite item of my clothing because he always thinks it would look cute on me. Well I memang cute pun pakai kaftan lusuh pun tetap gorjes hoccay heheheheh.

Tak perlu la dimodelkan ye baju lusuh ini, tak sesuai untuk tatapan umum
I'm the type tak suka simpan baju2 lama, ada je baju2 lama mesti disedekahkan or buang terus la kalau tak semenggah sangat. Tujuannya tidak lain tidak bukan, supaya dapat beli baru bila tengok almari kosong.

Tu pun salah satu taktik ye jika husband anda jenis yang takkan benarkan shopping selagi almari masih penuh.

Tapi saya sayang sangat baju ni, no specific reason why I kept it on for so long today. It is very thin cotton and smooth to the touch, the kind of clothing you can live in. We all have that favorite worn item that we just can’t relinquish to the trash and this is mine :)

Ha bebaru ni, my mom's friend ada belikan dia satu pyjama from Mekah. Made in China of course, tapi sangat cantik. Mama tak muat so she gave it to me. Yeay best2. Size adalah XL hoccay. Pelik bin ajaib camne aku leh muat. Besar la skit tapi apa barang tido pakai baju kecik2 kan? Hetam saje la janji dapat pyjama tu. Ngidam ni.

Kaki adalah senteng skit maklumlah I size model (sila muntah)

I like silky pyjama's or gowns with straps, it makes me feel feminine. Dan dan buat statement gitu, kot2 la ada reader bermurah hati nak hadiahkan pyjama sebegini. Wahhhh banyak cantik.

So apakah favourite nightwear anda selain kaften?
.

Thursday, February 18, 2010

Happy birthday to me

Hello! Memandangkan hari ni special skit, maka nak update la blog ni hehe. It’s my birthday!!! Woohooo! I’ve been awake since 3:30 a.m. with great anticipation for the day! Teruja agaknya sebab birthday hehe, padahal takleh tido.

Seperti tahun2 lepas, secara tradisinya lepas magrib, the day before birthday girl or boy tersebut, kami sefamily akan celebrate birthday. So ini la hasilnya.

Note: Pic orang2 lain takleh diletak sini sebab tak sesuai ye. Pic tuan punya birthday pun tak semenggah gak tapi hadap je la.

Fine la semua orang tau umur aku. So what? hehehe. I look young though (ayat indenial)

Wah badan dah naik. Err yg kiri ke kanan?

There is a lot I could say about turning 30, but I’m sure everyone goes through pretty much the same thing, right? Dah bermacam dilalui dalam tempoh 4-5 tahun ni. Ada baik ada buruk. Antara sad incident:

  • I lost my baby at 30 weeks, meninggal dalam perut. That was end of 2006.
  • going through infertility problem
  • Quit my job end of 2008 sebab2 tertentu, tapi sampai skrg tak dpat kerja yang sesuai. Mungkin terlampau memilih atau malas.

Tapi setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya kan. Allah memberikan rezeki dalam bentuk lain, kadang2 kita nampak, kadang2 kita tak sedar dan sedar. Contohnya:

  • Dapat travel ke beberapa buah negara selepas incident tersebut; UK, Egypt, Singapore. Jauh pejalanan luas pemandangan. Dapat shopping. Kalau ada baby maybe susah skit nak berjalan ni.
  • Husband dapat job promotion
  • Husband dapat beli townhouse, dan sekarang dalam proses untuk beli 2nd house. Walaupunbagaimanapun kami belum pindah2 dan tak bercadang pindah pun.
  • dapat good news baru2 ni, tapi tak boleh diannounce lagi.

Alhamdulillah.

This year dapat big card from the whole family. Thank you guys :hugs: siap ada ucapan panjang lebar masing2, bergenang je air mata bila baca especially from abah la, dia suka buat ayat sedih2. Ok fine takde la sedih but I'm so touched ok.



My husband gave me an amazing and loving card and a birthday gift : a handbag :) Thank you for making my birthday extra special! Bukan pasal hadiah tu sangat, but more because you were here on my special day. Ye la kerja macam dia ni kan, kadang2 ada, kadang2 takde time2 gini. Unpredictable.

Sebenarnya my husband beli semalam, sebab setengah hari keluar senyap2 je camtu gi sorang2. Dah agak dah sure gi beli present hehe. Naluri isteri la katakan. So malas la nak ngendeng2 kan. Bila tanya gi mana lama2 dia tamau cakap. Tau la dia ni susah skit nak tipu, kalau tipu je sure terpancar kat muka tu hehe.

Thank you so much hubby, i love you!


Thanks to everyone for the very thoughtful birthday wishes – I love you guys!!!

Monday, January 11, 2010

My mum has finally redeem a periuk di Giant that she likes

Ada sesiapa collect stamp dari Giant tak? For every purchase of RM20, you are entitled to get a stamp. Kumpul la sampai 70-260 stamps for certain period pastu boleh beli certain Italian cookware pada harga berpatutan.

Ni semua adalah marketing strategy to make people spend in Giant instead of Mydin/Tesco/Giant/Carefour. Sesiapa yang buat bisness tu, learn this tactics! Customer always love free gifts.

Walaupun orang selalu kata harga kat Giant mahal skit berbanding tesco, tapi sebab dah biasa shopping di Giant sejak kecik and nak periuk tu punya pasal, ABAIKAN la harga sedikit mahal tu ehehehe.

Mama dapat kumpul 200++ stamps (less than 240 stamps) so dia berjaya redeem 24 cm Casserole 2 liter, dan beli dengan harga RM9.90. Harga asal adalah RM250. So berbaloi la kan? Ni semua hasil penat lelah mama berbelanja sakan di Giant plus mencollect stamps dari anak2 nya shopping di Giant especially my 2 abangs yang nak beli pampers and susu2 untuk anak2 dorang.

Aku ada jugak collect stamps dari Guardian, tapi hilang ke mana tah 10 stamps. Rugi je, tapi tak berapa kisah la cozI know it's some marketing tactics; the amount of revenue they can generate out of this IS SHOCKING k and you'd be amazed by how much the redeemed gift will only cost. Benda cinonet tu murah je kan.

So untuk Guardian punya stamps, tak berbaloi langsung. Di Giant, worth it!

Wednesday, December 30, 2009

Birthday oh birthday

Today is my father's birthday. Happy birthday daddy, eh abah. Kecik2 selalu berangan nak panggil dia daddy instead of abah. Konon2 hip la skit hehe. Penah tanya abah, kenapa tak panggil daddy, korang agak2 je la jawapan dia ek hehe.

Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki serta sentiasa dirahmatiNya. You're not 59, you're 30 with 29 years experience :)

Monday kan pergi Subang Parade tu beli hadiah dia senyap2. Takleh beli mahal2 sangat coz there’s a problem I runs out of money, bulan ni banyak nak pakai duit woo hehe. Takpe nanti I kutip duit dari abang2 ye untuk share hadiah tu hehe.

Bought nokia leather case and portable speaker for his new E72. Speaker tu boleh la dia dengar kuat2 sebab sekarang ni abah tengah taksub dgn new handphone dia and rajin dengar lagu guna earphone. Glad that abah likes it.

My very first attempt in baking cupcakes AND cake decorating. *clap*clap*clap*. Made these vanilla cupcakes with and buttercream icing. Memang buruk rupanya heheh, ok la kann untuk seorang yang kerastangan macam saya + plus 1st timer + nervous (motif?) = can do la :)

The taste, ada skit manis la tapi hey, cupcakes yang kat wondermilk or cupcakes @ pavillion pun maniss kan? Takpe la, next time saya kurangkan gula ye. Excited sangat tu yg termanis tu. Orang yang manis ni mmg suka menda manis hehehehehe :P

Oh happy birthday to my 2nd SIL too. Umur biarlah rahsia katanya hehe. Semoga murah rezeki jua dan panjang umur :) She shares the same birthday with my daddy, patut la taste makanan sama heheheh. Sorry ye nama takde atas cupcake, I termakan.

Gift for my dad, SIL (red) and AR (yellow). Kaleela dah bukak present dia. Motip budak2 kecik ni pun dapat hadiah?

Although it is a tiresome day yesterday at least puas hati. And I loved to see that the peoples that I love are happy :)

Thursday, July 23, 2009

Notebook = Buku nota

I have many buku nota (kang aku tulis notebook korang ingat laptop plak) gathering dust on my shelf that I've never touched. Over tau kata many, ada 9 je pun, yang lain maybe I dah sedekahkan kat office lama. Tak hingin I simpan kenangan pasal company lama. Wah penuh dengan dendam emosi konon. Rasanya ada banyak lagi kat umah ni, jap lagi la I raid almari my husband ni, mana tau dia sorok situ, knowing that wife dia ni hobinya mengemaskini tempat dan membersih (menyapu licin) barang.

Buku2 nota ini, tak pernah la plak dipurchase sendri. Gila nerd beli buku nota. Zaman U (kolej) dulu pun aku pow (secara baik) buku nota me daddy je. Dia selalu dapat diary free. Just name it, kamu nak company mana, jabatan mana, sume dia ada. Siapa bagi kat dia tak tahu la. Tak pun I guna exercise book bodo je yang dijual 50 sen tu. I tend to make full use of the slide2 given by lecturers, and did my own research pasal topic tu kat internet, print out semua notes and slides, buat notes sendri bawah slides tu dengan pen kaler2 and compile semua tu and bind as a book. Tah korang paham ke tak explaination ni tapi memang puas hati la buat buku revision edisi sendri. Tak perlu text book dah.

Dalam sejarah I study kat U, tak pernah plak I beli textbook. Semua pinjam je kat library. Eh pehal ko citer pasal zaman kolej plak ni? Dulu suh study memain, sekarang baru nak terkenang2 plak.

Herm pasal notebook tu, some were given to me as gifts (ala time kerja ramai la vendor bagi kan), some were given by my 2 brothers, some are my husband's. So in order to assuage my guilt, I've decided I'm going to plug away at dragging these buku nota off my shelf, one by one, and throw them. Hahah acah je. Nak lap la. Berhabuk gila. And post about it in this thread, of course.

Taraaaaaa (tetiba aku rasa takde la byk sgt)

All these are notebook, except yang berjenama LV tu adalah organizer (3 dari kiri, top row). Tu hadiah dari sorang pakcik ni kat office lama. I panggil dia pakcik je la manaleh sebut nama kang mula la ada hasad dengki hehe. Contohnya "Apesal ko dapat organizer LV aku dapat organizer cap ayam je". Nasib la aku banyak assist dia dalam hal2 office lagi banyak pada ko kot.

Tapi kan korang, jangan kagum sangat. LV tu Korea mari je kot. Macai cam I takkan dapat LV ori. Tu tahap Director ke CEO ke layak la. Sampai sekarang tak dapat dipastikan lagi ketulenan organizer itu. Apa2 pun lepas spring cleaning itu hari baru I pasan I tak pakai lagi organizer tu. Siapa nak I nak give away dengan harga RM3,500/= Wah amik ko, tu bukan give away nama nya, tu cekik darah hehe. Tolong la beli korang supaya I dapat to-up guna duit tu nak beli handbag LV yg menjadi idamanku sekarang ni.

Btw Notebook yang ada cover dia quilt songket tu (refer 1st pic aku tau korang pun dah terminat tengok beg LV tu) is my favourite. Favourite2 pun berabuk juga akhirnya. Cantik. Yang ni nak pakai pun sayang.

Pls suggest apa I nak buat dengan notebook2 di atas ni? Buat buku untuk salin resipi dari mak mentua perhaps?

Wednesday, June 17, 2009

Quick update

Assalamualaikum wbt. Sorry for the lack of update. Tetiba mood mengupdate sangat malas. Just a quick update:
  • My husband came back from Saudi on Sunday. Cuti sebulan lebih. Ok sila cadangkan mana kitorang nak gi cuti2 Malaysia. KK perhaps?

  • Happy belated birthday to my husband yg ke dot dot dot. Tetiba dia tak bagi umurnya disiarkan ;) Seperti tahun2 lepas, hadiah saya kepadanya adalah WALLET :) dah itu yg dia nakkkkk. Hahahah.

  • Sebagai balasan, saya dapat la barang2 MAC ni, powder brush dan mineral SPF15 loose powder. Eh I kasi gift tak mengharapkan balasan ok.

Tu je la kot updatenya. Rasa macam banyak je nak update tadi.

Oh hari tu kereta kami terkena tompok putih hasil dari kebocoran kat porch. Bertopok ok sambil aku pun tak sampai hati nak snap pic koonnya sebagai bahan bukti. Dah la baru cat kereta itu. So monday is car wash day. We took the car to my favorite car wash at Caltex KJ for some squeaky clean time. Nasib baik hilang tompok putih itu. Kalau tak meraung la gua. Btw those guys (owner car wash la of course) are the best.

Dah takde orang, satu kereta 5 orang duk mungulit kereta. Heheh. Apa2 la labu, janji cepat.

In the world where everything is expensive, they still charge only RM8 per wash. That is inclusive of all the vacuuming and taking out all the trashes that we don’t have the energy to do ourself. Well, not energy, more like lazy, hahaha. RM8 tu kira murah la kan kat KL ni? Ke korang ada tempat lagi murah. Sila bagitau ye.

So that's all for now. Happy working! Jangan tension :)

Monday, May 25, 2009

Kerawangs

My mum is so addicted to buy tudung berfesyen ala2 Ekin gitu. Senang dibawa travel mahupun dipakai untuk tujuan lasak2 katanya. Wah macam selalu je travel. Heran aku, tiap kali nak travel kena beli tudung baru and baju baru. Pas balik travel shopping lagi. *pening kepala*

As I noticed there are so many types of tudung with different range of price. Nak kawasan beraircond dan selesa skit, pergi ke Ariani atau Hajaba, kalau tak kat Jalan TAR banyak je kan. So one fine day, my mum minta chaffeur-driven dia ke Hajaba. Kali ni bawak geng. Auntie S namanya. FYI, Auntie S and husband will join mama and abah's trip to GuangZhou today. Kire shopping sebelum gi la ni. Best gak kuar dgn level makcik2 ni, boleh dgr gossip2 semasa.

Sesi try menerai, gua pun jadi model beb. Jangan tanya bila nak pakai betul2 ye, tolong doa2kan je la masa tu tiba k :) So mama and Auntie S was trying tudung that follow the head and face shape and it really look nice without worrying the tudung will senget benget. In material wise, of course Ariani and Hajaba is more lighter & comfortable to wear. The price range for this kind of tudung (RM75-RM95).

Mama beli 3 helai tudung, Auntie S lagi dasyat, borong 8 helai and 1 jubah. *tepuk dahi*. Lepas tu masa otw balik, tak henti2 ckp "lepas ni auntie tak shopping dah kat guangzhou".

Ye la auntie, SAYA PERCAYA SGT2 :))

Btw, look what she gave me. Ni yg membuatkan dia sebagai auntie (kategori jiran) kesayanganku.

Sebagai balasan menchaffeur driven, auntie S gave me this sulam-kerawang-silky-blouse she bought in Jakarta. Stunning blouse, but way too big for me, baggy and shapeless, unfortunately. Ini size mama dah ni. Saje kasi fesyen ala2 muslimah skit kot. Tapi kat tempat kerawang tu jarang, harus pakai inner.

*nangis jap*


Massive alteration need to be done. Mau harga selai baju kosnya. Or ada sesiapa berminat?? I rarely wear baju kerawang2 ni, apatah lagi kerusi kerawang2 hehe. Kalau pakai salah macam salah konsep je.

p/s I know, concept2 ni adik gua sure minat.

Thursday, May 21, 2009

Happy Birthday Mama

My mum is enjoying 37 again (well why not?). It's my mother's 57th birthday! Tapi mama tetap nampak muda dan kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasinya, saya mewarisi ini dari mama :) (nak jugak up diri sendri tu)

Saya sentiasa mendoakan kesihatan dan kesejahteraan mama. I love you so much walaupun saya bukan jenis peluk cium sepanjang masa. Mama, I know I am not really good at expressing my feeling, but all I want you to know is I hope you are as proud of me as I'm of you. You've taught me from right to wrong and I dont think I ever told you how greatfull I am. Without you I'd be lost, tak tau macam mana nak teruskan kehidupan tanpa mama sebab tak pernah berpisah, kecuali masa masuk asrama form 1-3. Dah kawin pun duduk dengan mama lagi. Mama, I know you are not aware of this blog (pls don't let her know), but andai ditakdirkan anak mama ni pergi dulu, someone please show this entry to her ye? I hope mama realize just how much I Lovve her.

Selemah kita rasa, nasihat mahupun bebelan dari ibu pun dah cukup nak mengubat segalanya. Thanks mama for being there. Obviously for bringing me in this world, and of course for accepting everything about me as I am, walaupon aku ni semulajadinya sangat degil dan suka melawan. Dengan mama aku kurang melawan mungkin sebab mama sangat sensitive, dengan abah aku banyak melawan. Sorry abah, I love you tooo.

Birthday dinner @ Bora Asmara yesterday, all of us (xcept adik bongsu di UK and my husband in Saudi). Birthday dinner ditaja abang no. 1 dan mother's day lunch @ Rebung ditaja abang no. 2)

Nak pic lain2 mintak abang no. 1. Tak kuasa nak upload banyak2. Bukan ada muka aku, wahhhhh.

Love you heaps, Mama. Hope you had a happy birthday. This pouch is for my mum. My mom loves designer bags (who doesn't?), tapi saya adalah kurang mampu beli gabak2. Yang ni pun beli online je, tak mahal sangat. Hope mama likes it.

I bought this from here and asked them to deliver to my house, the one yang belum saya pindah. The reason being was so that I could suprised my mum. Kalau sampai rumah, for sure abah or mama yang akan keluar collect the barang sent, coz I'm usually not at home or if I am, saya tak dengar. So on Tuesday aku collect la from rumah sana, and on my way back to KJ aku lalu lah dekat Maybank Damansara Jaya. And decided to change my ATM card there, macam tak sempat2 nak ke Maybank KJ. That's how it all begin tragedi cubaan disamun.

Masa tu aku terpikir, ko nak amik duit pun amik la, jangan la amik pouch for mama. Aku letak pouch mama atas seat co driver. And andai kata aku diapa2 kan time tu, tak sempatlah aku celebrate birthday mama and let her know how much she means to me. Syukur semuanya selamat, paling syukur nyawa aku selamat.

Takdela nak emosi bagai, cuma aku sangat bersyukur aku selamat :) Mama lah yang suruh aku buat sujud syukur lepas kejadian tu. Thanks for reading, have a nice day!

Caun it's your birthday too today kan? Happy birthday, cepat2 skit kawin!