Wednesday, August 18, 2010

Saya ada pelawat VIP!

Jumaat lepas kan, ada menteri melawat wad bersalin sini. Wah eksaited I. Elok pulak timing menteri datang time I baru je keluar labour room, seolah2 menyambut kepulangan aku dari labour room. Hehehe.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. melawat wad aku duduk tu bersama2 lawatan wanita UMNO, berita ada disini. Gambar dengan menteri takde la ye. Aku nak amik pic tapi tak sempat. Yang sempat lepas geng2 wanita UMNO beredar.

Ni ha pic, kot korang tak percaya ada lawatan geng baju merah.

Lawa jugak Datuk ni tengok dari jarah dekat. Wangi pulak tu.
Mesra sangat, rasa sebak je bila dia bagi kata2 semangat. Tak jadi sebak sebab rasa nak melompat je bila di pass sumbangan ikhlas hari raya untuk ibu2 mengandung dan yang dah bersalin.

Time nak menerima kunjungan tu, aku tengah pakai baju biasa je. Biasala gangster mana pakai uniform wad bagai ni heheh. Tapi demi menjaga imej wad, aku tukar gak la kai uniform. Kain mintak mahap ler I tak sempat sarung.

Sumbangan ikhlas katanya, berupa bag anyam yang cantik berisi kurma, set berpantang, serunding, kuih almond london dan keropok.


Jimat duit aku, tayah beli set jamu2 selepas bersalin dah :D

Bag anyam, macam tau2 je aku penggemar bag
. Boleh isi napkin baby eh?

Harap lepas ni kalau tak bersalin lagi masa Merdeka and 1 Syawal dapat lagi la hadiah. Begitulah pengalaman dilawat Menteri. Korang ada?

13 comments:

Cik Ina Do Do Cheng said...

ada , dato samy velu, masa tu dia meresmikan kuil india.kuil india tu pulak , betul-betul belakang rumah akak.jadik melawat akak sekalilah kan tul tak?tahun 1980.khe kha.untuk lah ko dapat cendarahati dari menteri.datuk sharizat yang akak kenal okey.dia ramah orangya .dah beberapa kali gak berjumpa ngan dia .

qellissa said...

wah bestnya babe dpt adiah ngan wit raya...nak mengandung jugalah ...hihihi..
gangster mmg x payah pakai baju spital ea? baru ku tau u ni gangster ...

NeenaAnuar said...

confirm aku tak der beb~! hehehehe.. besttnyer dpt macam2 kannn.. :D

HaNa NyoTa uHArA said...

oke..anak sharizat dulu selalu dtg opis.. ensem..keh keh keh.. apesal plak cite pasal anak dia plak neh..

p/s: aku rasa memang depa bagi bag anyam tu utk ko letak lampin baby kot huhuhuhuh

Unknown said...

wah, bertuahnya adia dpt kunjungan V.I.P ya..dapat sumbangan lagi tu..congrate 2 u ya

ratusiput said...

wah bestnye...tak pasal2 dapat hadiah raye ni...bertuah sungguh...yg penting jimatttt...!hehe..

Anonymous said...

rasanya takda lagi pengalaman bersalin..wawawa ;p

omey said...

waa femes akak hehe..omey knl sgt la datuk seri shahrizat tu cuma dia je tak kenal omey kekekekeke...

Syida said...

i pernah mtg dgn dia sekali few years back. dia memang wangi and muka dia nampak fresh je. org lain dtg dgn hidung berkilat (sbb masa tu ptg), tapi dia macam baru lepas mandi.bole tak?

Ermayum said...

takda :( heheh lawa beg set pantang pun branded :) good for you dear

CiKaYu said...

seronoknya....rezeki bulan ramadhan

BUNGA said...

wow.. bestnya dpt mcm2.. jelas I...ni yg rasa nk plan mengandung and bersalin tarikh dekat2 nak raya ni.. hehehe...

mJ said...

wahhhhhhhhhhh...kelassssssssss!!!! mak menteri dtg visit tuuuu....chewwaahhh...harus berseri2 muka nih...anyway, i ni dah lama tak blogging n bloghoping tp nak wish u selamat bersalin ye...dah lama tak masuk your blog n other blog too...tau2 bila masuk u dah nk bersalin...