Tuesday, August 17, 2010

Episode 1: Berpuasa

Wah tajuk2 ala2 upin ipin gitu.

Kena masuk labour room

Few days tak update, was stuck with few things; kena masuk labour room 3 hari sebab ingat dah nak bersalin due to bleeding n minor contraction. Duk sana dimonitor je la sambil sesekali ditemani jeritan2 ibu nak bersalin. *nangis*

Nasib baik I tak jadi bersalin.

Bertahan ye baby, nak keluar tunggu la at least 31 August leh mummy masuk paper pastu dapat sumbangan hari kemerdekaan. Motif niat begitu? Tak baik tawwwww.

Berpuasa

Sorry to keep you waiting ye sebab tak berupdate blog. Amboi statemnt takleh blah. So since menginap di labour room tak dapek la berpuasa di 1-3 Ramadhan tu sebab kena drip. 1st Ramadhan tu I dah puasa ok sampai kul 5 pm, tetiba bleeding doctor trpaksa check bawah nnt check whats happening di bawah itu, kot2 dah terbukak beberapa cm ke. Takpe niat dah nak berpuasa tapi apa kan daya. Redha je la.



Ni pic lepas kuar labour room, husband temam berbuka puasa di bilik. Walaupun dia sorang je puasa. Mungkin dia sayu dan insaf kot baca entry terdahulu isteri comel dia ni bila terbaca keratan ayat ini:

"Husband boleh datang time melawat je. Bayangkan bersahur, berbuka puasa pun sorang2. Sedangkan orang lain bergembira bersama keluarga. Sedih beb tanpa family tapi demi baby, I'm willing to do anything."



Ayat kena power beb. Kalau tak berbuka sorang la gamaknhya. Tapi bila husband gigih datang dengan penuh tangan kiri kanan juadah2 berbuka puasa, mengharungi jam2, rasa nak menangis pun ada. Pedulikan waktu melawat, si polis bantuan tu halau pun buat dek je, janji dapat teman bukak puasa. TQ so much :)

Sementara menunggu waktu berbuka


Since perut semakin membesar bagai johan, tak tercapai la nak potong kuku kaki. Ni memang kerja dia, kalau aku potong alamatnya bersegi2 la kuku tu. Tak seni langsung.



Ni lagi satu, takde kerja sangat la tu. Amik pic sendri di cermin. Ikut perangai bini dia la ni. Hehehehe.

Sekian laporan untuk hari ni. Salam ramadhan.

3 comments:

Kniedaz said...

wah..hubby tolong potong kuku..time ni la nak manja ye adia..hehe

mumyShaneQeisha said...

so sweet la adia..very cute couple

gewecun said...

sweetnya hubby dia..sipa tolong potong kuku lagi..hihi