Wednesday, June 30, 2010

Terompah oh terompah

Misi pergi Melaka selain nak makan adalah nak cari terompah. Tak tau apesal berkenan sangat dengan terompah melaka ni. Terpengaruh dengan cerita 'Terompah Biru' lakonan Catriona Ross and Zainal Alam. Telemovie shown on Astro Ria in 2007, produksi citer Julie Dahlan kot. Mati la kantoi layan drama Julie Dahlan kan, hahahah.

We found one clog shoe shop in Jonker Walk. Surf internet kata you'll see lots of these clog-making shops here. Aku nampak satu kedai ni je. Rabun kot.

Gigih ok mengah2 aku saie kat situ. Ye la, we can easily get a pair of normal shoes everywhere. But I bet if you could not easily get a pair of hand-made wooden terompah siap with macam2 design yang sangat comfy.

Tuan tanah di depan kedai. Nyampah plak tgk berdiri cam tiang.

Fridge magnet terompah

Macam2 design and motif corak ada. Pilih je design kasut and motif pastu dia leh customise ikut size. Cakap je korang nak yang crafted (ukir) clog or painted clog, semua bisa di atur. Yang aku minat bukan design sangat, tapi heels nya. Sangat unik.

Kitorang ada ngintai2 gak uncle kat belakang tu tengah buat terompah, confirm la depa buat sendri, dari potong kayu, ukir dan paint, ukir heels and design penutup atas terompah tu.


Ni seksyen beaded shoes. I tak beli la sebab very the makcik2. Wah kutuk tu. Actually minat gak tapi harganya RM150 above. Tak sesuai la, baik beli Clarks ke berbaloi gak.


Rembatan untuk mak, diri sendri dan anak2 buah.

Menurut tuan kedai, they never/seldom craft or paint the second identical terompah again. Tu yang unik tu. So kalau korang jalan mana2, jarang la nak sama motif corak dengan orang lain.

Kasut tuan tanah. Cantekk tak? Harga RM55 setelah ditawar2. Amik corak simple je. I'm looking for colourful terompah tu tapi maybe not in this kedai. Tak kuasa dah nak jalan2 cari terompah kaler2 bagai, redha je la apa ada kan.

Korang ingat tak these clogs were traditionally used in wet places like toilets or kat surau2 tempat ambil wudhuk? The toilet slippers came in plain red, of course, sekarang dah berkembang pesat jadi macam2 design. Aku teringin gak beli terompah merah tu tuntuk kenang2an tapi husband kata gilo apo jauh2 datang Melaka beli terompah merah.

Saya bangga jadi anak Malaysia!

Tuesday, June 29, 2010

Santai weekend

Ralat on previous entry

Berkenaan entry lepas, ada sorang reader ni dah explain kenapa seller tu lambat. No wonder lambat sebab memang dia banyak problem. Kalau la dia explain sendiri betul2 dengan customer dia sorang ni. She owes me a proper explanation, takde la aku maki2 dalam hati ni kan. Kepada seller tersebut, saya minta maaf kerana salah sangka.

Me

Ok la baru nak cerita update pasal weekend. Ye la korang seronok la dapat keluar2, dating2 kan. I hanya dapat berlegar2 di dalam rumah sahaja. Started getting into all the "why me" and "why can't I have an easy pregnancy?" but then sambiil penampar2 pipi gebu ini I realised that dah sampai tahap ni pun bersyukur sangat2 :)

Tipu la tu duk camni 24 hours kan, sempat lagi main kejar2.

Ok la tu tu duk umah, duit pun selamat sikit. Eh selamat ke? Cam lagi banyak je keluar.

Kids

Cewah bukan main lagi budak ni posing ye. Eh sila fokus budak depan tu, bukan budak belakang tu ye walaupun aku tau mata korang tertumpu kat orang belakang tu. Hahahah. Cantik kan baju baby girl sulam2 gini. Ni her tokmama bought this masa dia gi 'over-the-sea' tu.


Pakcik kecik ni menyandar cam bapak aku je aku tengok. Pun bukan main lagi, cam orang tua gayanya. Ni sofabed baru ibu dia beli, kat toys 'r us. RM150. Motif duk promote sofa kanak2 kat sini.



Ok la tu je nak update :) Best kan layan budak2. Tak sabar ada anak sendiri :)

Monday, June 28, 2010

Merah itu menawan

Rentetan dari entry sebelum ni, dah janji nak sambung kan. Janji mesti ditepati tul tak walaupun ada pepatah mengatakan promises are meant to be broken. People promises and breaks it if it’s just for the benefit of calming someone down. Aku biasa je buat camtu dalam blog sebab nak lari/ malas atau nak cepat habiskan entry. Don't try this at home ye.Eh, pepatah ni zaman bercinta dolu2 leh la pakai kan. Mood: sambil mengoyak2 kad dan surat2 chenta dan berbackgroundkan lagu frust menonggeng.

Eh melalut dah. Kurang markah aku.

Ni hasil shoppingan terbaru, siapa takde kerja sudi2 la teka bag apa ye berserta model nya. Qellissa u takleh teka ye, saje I jaki kat u hehe.


Merah you. Merah itu menawan. Apesal tah time pregnant2 ni minat merah, harap2 anak aku tak garang dah. Eh mintak jauh. Baby please jadi sweet like mummy ye, hehehe. Rasa bag ni besar skit la untuk badanku yang petite. Wah petite ke, 1.5 kali ganda sigorjes ni ada la aku tengok. Takpe2, persediaan untuk sumbat barang baby sekali nanti.

Maaf kata la I tak berapa happy dengan service diberikan sebab janji dapat dalam masa 3-4 weeks, tapi delay yang teramats. I understand there may be potential delay during the shipment tapi takde la sampai 2 bulan setengah kan! Nasib baik aku tak lupa aku ada purchase bag. Eh takkan lupa kot, bukan 40-50 hengget punya barang.

Don't worry, I memang tak list kan link blog dia dalam entry sebelum. Biarlah menjadi rahsia hidup ini. Wahh. Padahal nak biar orang lain pun terkena, wahahaha. The seller sepatutnya notify the buyer that delivery could not be made within 30 days and must provide the buyer with a means, such as to cancel the order or etc. Ni tak, senyap je. Bila aku email lepas sminggu baru nak reply.

Heran macam mana ramai beli dengan dia. Ke dengan aku je dia buat perangai? Tak sesuai kot kami berdua ni. Aku yang baik hati dan sweet ni jadi hangen satu badan gak la dengan kerenah dia. Eh patut dia yang kena mengadap kerenah aku, pesal pulak aku nak kena layan kerenah penjual ni?

Me don't like. If you can't meet the expectation, don't give hope and promises bagai. Harga memang murah sikit RM50 compared to blog lain. I 'd rather pay extra RM30-RM50 dari ditaburkan janji2 manis mu itu.

Ok la tu je nak cerita. Selamat bekerja ye. I tak kerja, hehehehek.

Friday, June 25, 2010

Online shopping

I'm developing a habit of purchasing clothes from the online dealers, manufacturers belum lagi sebab saya suka tgk model2 dari online dealers menggayakan baju2 (manufacturers jual longgok2 je ye, saje nak bagitau perbezaannya). Dengan itu akan teringin nak beli sebab akan berasa rasa muat feeling konon2 aku sesize dengan model2 itu.

Ni pic bawah ni contoh je, beli lama ni dah. Sebab rasanya banyak kali beli baju tak berkenan dengan materianyal. Lagipun now size badan dah lari skit (lari banyak just admit it!) ni cuba bawak2 beristigfar sikit. Cuba ushar2 baju baby pulak kan. Tapi tak beli apa pun lagi barang baby ni.

Boleh jadi model ke? Ada sesiapa jual baju nak I jadi model tak? Ni pic few months ago masa tu dah ada 'isi'. Motif cover perut kan. Fail la aku jadi model tau satu gaya je nak posing pastu kena sentiasa tarik nafas kasi perut kempis. Kantoi!


And, I believe that one could also buy authentic designer handbags online with equal ease. Of course, barang2 yang I beli ni dari seller Malaysia je ye, belum tahap oversea lagi sebab kurang yakin.Tak kuasa nak deal sendiri kat kastam KLIA bagai.

So tell me, korang shopping online tak? Or buy some handbags online? Online shopping can save our time, it's very easy and popular now so why won't we choose online shopping. Ye saya memang menggalakkan online shopping sebab jimat masa tapi tengok barang la kan. Kasut no ye, tak sesuai beli online.

If u want to buy some handbags online, I'll introduce some very popular online shopping in Malaysia for u. Saje promote, I bought one handbag online setakat ini to see the quality di sini, when I got it, it's perfect, boleh dapat dalam masa 14-16 days sahaja if the barang is still in US and the price is quite reasonable, so I introduce my friends to go there.

Here is a few link that you can buy bags online in Malaysia:

http://luxboutique.blogspot.com/
http://coachnmuchmore.blogspot.com
http://www.ronasofia.com
http://muchmoreinhand.blogspot.com
http://boutiquepisces.blogspot.com
http://princessvictoriastylo.blogspot.com/
http://ladiesbagonline.blogspot.com/
http://loveforcoach.blogspot.com
http://del14.blogspot.com
http://www.thecrazycoach.blogspot.com
http://catchthatcoach.blogspot.com/
http://www.bagskaki.blogspot.com/
http://www.allureisbeautiful.blogdrive.com/
http://mrsazrolsmallshoppe.blogspot.com/

Tu je la nak share :) Oh ada shoppingan terbaru, tapi next entry la ye. Ini betul punya akan bersambung. Tungggggu.


Sekian, pesanan khidmat masyarakat. I ni membeli pandai la, nak suruh menjual memang tak pandai. Suka2 tolong promote blog orang sahaja.

Chow cin cau.

Thursday, June 24, 2010

Jakel Shah Alam

I pun berjangkit dengan purplelicious ni buat entry basi tapi tak sebasi dia la. *larikkkks*. Ni citer 2 minggu lepas kot.

I bought myself few kain from this famous textile store which is newly open in Shah Alam. Jakel namanya, kot la ada tak penah dengar. It's a 5 storey store selling all sort of material, cadar selimut pun ada. The higher level you go, the more expensive material they sell.


Wah bagi penerangan cam pembaca2 adalah terdiri dari orang Amerika, England dan Uganda, padahal entah2 korang dah doblas kali berulang alik ke sana kan, aku baru je nak sampai. Biar lambat asal dapat borong banyak ye.

Bukan apa u all, I jarang sangat ke textile store ni kecuali la kalau nak raya. Rimas sebenarnya gi kedai kain, makcik2 banyak. Ampunnn, satement takleh blah. Padahal aku yang gedik2 ajak husband gi sana. Ngidam katanya.

This year I might be celebrating raya in hospital coz doctor needs to monitor me starting from 30 weeks. So walau raya kat spital pun raya tetap raya dan baju kena baru kan?


Ha di atas ni adalah sesi lelongan kain2. Kebetulan masa buat annoucement tu I was wandering around somewhere near the rack. So bagi memeriahkan suasana aku pun berebut2 la memilih kain dan TERbeli la 2 pasang. Sepasang 40 hengget u all.

Bila balik aku rasa tak lawa pulak kain tu, washable silk katanya.

Bayar guna duit husband dulu, sebab nak suh dia snap pic aku yang gemuk dari tepi ni. Dari depan aku kurus ok.


Ha ni kain cantik, harga rahsia kang ada pulak unsur2 riak disitu. Padahal dalam hati meronta2 nak bagitau harganya. Hahahaha. Gedik tul makyong ni.


Kat sini I amik 2 pasang kain. 1 for me and 1 for MIL. Selalu asyik aku je menerima kan, ni la masa nak memberi pulak :) Sahih pasni aku jadi menantu kesayangan. Realitinya, I sorang je menantu dia harusla dia sayang kan.

*nanges*


Tu je la citer ke Jakel :) Lawa kan spec I.
.

Tuesday, June 22, 2010

Webcam dengan laptop baru

My husband sudah balik ke tempat kerjanya. Don't know when he will be back tapi dalam masa sebulan ni la. Dia balik kerja ni jangan aku kena admit hospital awal2 dah. Aminnn.

Video call

Since kat sana dia nak call Malaysia adalah bapak punya mahal, so we use yahoo messenger to make a video call and it works ok. Just ok. Better la than kena call kan, darii kena bayar bil tipon baik beli aku handbag.

All i know is he had minor problems with my webcam; I could see him fine, he could not see me too tapi macam lag sikit voice sync. And the pic is small. Takleh besar satu skrin ke? With yahoo, it used to freeze up constantly and we really couldn't see each other. Maybe there is just something wrong with the connection.

Wah banyak plak complaint, hadapi dengan tabah je la kan.


Lepas ni nak opt for skype la. Which one is better ye? Skype, MSN, YM?

Laptop baru

Nak tau sebab apa gigih dia video call bagai? Sebab nak test mini laptop baru beli ni. Nyampah I! (jelous sebenarnya). Ye la laptop lama dia takde camera, oldskool gila. Tu korang belum tengok handphone dia.

Opss.


I desperately wanted a small laptop for carrying along tanpa meyakitkan bahu ku ini. Wah carry la sangat kan. Ye la senang nak bawak kehulu hilir kan cam ke hospital ke. Lagipun I takleh angkat mende berat.


This is a fantastic little laptop! It has an 18" screen so it is sooo light. Easy to move around and fits in my handbag! Ye la bag I yang medium2 pun muat u. So easy for traveling, I love it and such a great buy! Wah cam aku punya pulak. Dari segi keberkesanannya I don't know la. Janji dari luar nampak meletops kan. Kata memandang dari luaran je.

So hubby, lepas outstation ni leh kita tukar sama suka ye laptop kita? Cuma I tak berkenan la kaler biru tu, pink kaler don't have mehh?

Monday, June 21, 2010

Bibikless

Maid dulu

Maid mama yang dulu, agree nak sambung kerja lepas 2 tahun kerja di sini. 1 week before she supposed to come back to Malaysia, she sent mama a pitiful message saying that she has no money to come back here.

"Assalamualaikum ibu, ni imis kalau boleh ibu tolong pinjam kan imis duit sikit, sbab imis dah tak ade duit, duit imis dh abis buat brubat, nak buat tambang"

Buat tambang tengkorak ko. We already bought her air Asia Ticket Medan-KL. If she meant tambang = tambang teksi ke airport, ok fine. Tapi yang ko mintak sampai sebulan lebih gaji apehal? FYI we DID NOT retain any partial of her money for the return ticket tau. Kira halal la coz we need her to come back. PLUS, (don't tell this to anyone) but my mum siap bagi salary advance beberapa bulan (too personal, can't mention here) to her ok sebab dia kata mak dia nak beli tanah kat sana.

Mak aku kekadang baik tak bertempat gak.

Bibik sekarang

Bibik sekarang ni umur dalam late 30's, janda and ada anak 2 orang. Motif aku bagi bigorafi bagai ni cam nak carikan jodoh.

Bibik balik kampung 2 weeks ago and would like to continue working here. Katanya before raya akan balik. For the mean time, kami pinjam dulu bibik abang no. 1. Pakej la, ada bibik ada la anak buah kami si Abdurrahman hari2 kat rumah tu. Best, tak la sunyi sangat la sepanjang duk ber bedrest kat rumah ni.

Bibik sekarang ni (bibik mama) kerjanya bagus, tiptop. Suruh je la buat apa semua cepat and bagus. Tapi problemnya kuat mengadu sikit, sikit2 complaint pasal maid my brother. Konon kerja dia je bagus. But she’ll carry out her duties as usual. So mama just sometimes ignore benda kecik2 ni. Lagi pun mama kan baik tak bertempat.

We bought Air Asia ticket for her and don't hold any ammount of her salary as a guarantee. We trust that she will come back after the home leave. Actually nya bukan 'we', mama je yang percaya. Aku kalau ikut nak cari maid baru je, bibik ni kadang2 naik lemak gak bila lama2 dah kerja sini. Tapi mahal la kos amik maid baru sekarang ni kan?

Lagipun I memang perlukan maid (share maid dengan mama) nak2 raya nanti aku nak beranak. Kalau beranak normal ok lagi, kalau kata kena caesar etc, hmmm. Pk kain baju, kemas2 rumah, tolong mama masak2 tu ada la orang tolong kan.

Bergambar sebelum bibik balik Indon

Tapi apa2 pun, layan maid ni baik2 la kan. Kita saling perlu memerlukan. Afterall maids are human too right? Tapi serious, kalau dia tak balik sini balik, memang aku gi sana aku cari dia sampai lubang cacing. Lepas tu aku kerat 18.

Friday, June 18, 2010

Harga emas semasa RM130.50/gms

Korang thanks ye for the comments on previous entry :) I ok je, lepas kenyang perut and tido, lena, bangun2 esoknya terus ceria. Merajuk 20 min je heheh, pastu tulis entry time sentap memang la kebaboom jadinya entry itu.

Btw, ha amik, tajuk informasi gitu, amik info dari sini. Masak la korang sesiapa yang baru nak kawin tu hehe.

Cerita pasal barang kemas ni, the only jewelry I wear on a constant basis is my wedding or engagement ring. Gilir2 la atau kalau nak feeling mami jarum skit pakai dedua + cincin merisik + cincin batu jade yang mama belikan. Tapi depends on the necklace and bracelet la, kalau emas kuning pakai la emas kuning semua, kalau emas putih pakai la serba emas putih.

Koleksi jade from china + pearl sabah mana sesat tah

Oh I do wear bracelet too. Yang ni tak buang2, pakai sepanjang masa sampai la masa untuk tukar set emas kuning or emas putih.

Wah macam banyak je barang kemas padahal takde maknanya. Kata tak minat.

Kurang minat la barang2 kemas ni. Baik simpan duit tu beli handbag ke baju ke takpun makan. On occasion I will wear my necklace, tapi untuk hari2 biasa jarang pakai sebab aku mempunyai suatu imaginasi dimana penjenayah akan meragut rantai leher ni tatkala keluar dari bank lalu aku akan menangis tak berlagu di situ.

Kalau pakai simpan dalam baju baik takyah pakai kan? Maka, I don't wear it a whole lot. And will wear a watch itupun kalau tak lupa la, furthermore I usually have my handphone with me so my watch is then pointless.

Kecuali nak bergaya la kan. Gaya bebas.

I have my ears pierced (who doesn't?), but I only wear earings when I go out somewhere special. Cuping telinga aku ni dah la tebal, sekejap je dalam sebulan tak pakai mcm nak hampir tertutup so setiap dua minggu sekali kena ingat la untuk pakai earings walau seketika jua. Orang kata cuping tebal ni maknanya degil.

Memang pun. Hehehe.

Aksesori yang sempat diselamatkan

Bangle terbaru yang dirembat, Legacy Stripe Multicolour. Unfortunately too big for my small hand, bila pakai cam nak terkeluar2 dah. Rasa macam nak letgo in case ada orang berminat. Harga boleh dirunding ye.


Lain aksesori biasa2 aku minat gak. Minat kumpul la. Pakai nya nan ado. Pakai tengok kesesuaian baju.

So aksesori apa or barang kemas mana yang korang sentiasa pakai?

Thursday, June 17, 2010

Cerita di wad and sentap

Baru nak update cerita di hospital hari tu. Harap2 takde la banyak kali sangat keluar masuk ye tidak asyik cerita pasal hospital je hehe. Tapi kalau kena masuk sekalipun untuk kebaikkan jugak kan?

Patient satu bilik

Kakak depan I tu 37 weeks pregnant, high blood pressure, diabetic and athma. Complete u. So memang kena caesar lagipun baby songsang. Person sitting next to me, placenta previa jugak, tunggu masa nak caesar je. Masa 3 hari di wad, kakak kat depan dah operation, so tempat dia diganti oleh sorang ni yang 34 weeks pregnant, also high blood pressure. Dia pun baru kena caesar semalam sebab BP tetiba naik. Aku rasa katil tu memang berjangkit la. Takpun dorang stress dengan aku n kakak katil sebelah ni tu yang BP naik hehe.

So masa nak balik, tinggal person next to me. Bergenang air mata dia bila aku nak keluar, sedih takde kawan katanya. Aku pun sedih gak tapi bercampur gembira sebab dapat keluar. Masa tu dah plan macam2 nak buat apa lepas kuar hospital.

Pengalaman di hospital

5 hari di hospital memang macam2 cerita dari patient2 lain. Syok jugak takde la sunyi. Tengok orang keluar masuk hospital, tengok patient sakit2 nak beranak. Hmm. Pastu kita selalu dimonitor untuk check heartbeat baby and BP.

I was warded at UMMC in a 4 bedded room, not really a room sebab dia open, so leh tengok katil kat bilik2 lain gak. Memang macam ni susunan katil kat wad bersalin. Ok la tu, kalau duk sorang2 dalam bilik mati kutu gak, lagi pun I kan jenis penakut. Pastu time2 gini I jadi kaki sembang plak.

Kos penginapan plus treatment etc for 5 days is RM480. Ok la tu kan, duk hotel 5 star tak berkira, duk spital jangan kira la kan. Ni pun semi govt, kalau hospital private entah 1K+ kot kena.

My 5 star hotel

Masa dah 2-3 hari di hospital memang rasa nak keluar sangat2. Bukan tak selesa, tapi rasa too early untuk masuk hospital. Kalau masuk masa dah 7 month pregnant tu ok la boleh terima. I know this is for my own good tapi entah la. Cam risau je masuk hospital awal2 ni.

budak botak ni melawat aku ke nak tgk upin upin?

Syukur dapat keluar lepas 5 hari di hospital, doctor told me to my bed rest banyak2, I know I can sit up (with my feet up) and get up to shower, use the bathroom, etc., but it's still no fun! Rasa terbatas pergerakkan.

Sentap

Semalam malam memang agak sentap la, I dah prepare nak keluar dinner dengan husband and my parents. Ala makan dekat2 rumah ni je, sebab memang teringin nak makan mihun hailam. Tetiba SIL tegur (she's a doctor), orang yang uri bawah mcm I tak boleh naik kereta sangat. Terus my mum pun tak bagi, dia takut apa2 jadi. I terus tukar baju balik and mintak husband belikan burger je. Merajuk ok tamau makan mihun hailam dah.


Patut ke nak sentap ye? For my own good pun. I know I know, banyak lagi masa nak berjalan. Tapi setakat nak keluar dekat2 pun takleh ke. Ye la maybe it's just my hormone la, tu yang agak sensitive tu. Dulu aku tak lalu makan korang bising, sekarang bila aku nak makan korang tak bagi :(

Just wondering about others' experiences with placenta previa or any problem during pregnancy yang tak membolehkan korang bergerak banyak, if you're out there.

Wednesday, June 16, 2010

Organize la sangat

Selamat hari Rabu kawan2 :), I'm already at home ye bukan lagi kat hospital :) Thanks for all the wishes. Sayang gak korang kat aku ye :) Terharu2. Later2 la update pasal cerita kesihatan ku ye. Ni ha nak cerita barangan berguna yang dibeli di Ikea sebelum masuk wad hari tu.

Ikea Skubb shoe organizer. Digantung di atas (duh). Has 10 openings (mine is black, not white like in the photo). They all have drawers to pull out with as well tapi kena beli asing la. 1 drawer RM16.90. Mahal gak kan? So as solution I bought 2 drawer and the rest guna kotak kasut yang kecik sizenya tu as the drawer.

I guna untuk simpan kasut yang belum pakai u all. Kasut dah pakai kalau simpan situ busuk jadi nya.

Bawah ni Noje Box 38X38, jumpa ni kat children's section. I rasa it meant for storing children's punya toys etc. Hentam je la labu. Boleh store handbag2, ada lagi 2 kotak tapi I simpan dalam kotak tv dengan kotak microwave. Tak payah tunjuk la macam kat rumah kongsi je I tengok.

Kotak bawah ni foldable & saves space when not in use.


Ni la actual nya barang2 baru dibeli itu disalah satu almari sekangkang kera saya. Abaikan baju2 bersepah itu, still under construction (ayat coverline padahal bila masa kemasnya).

Saya suka gadget2 ikea!

Monday, June 14, 2010

Happy ke?

Thanks kakakgorjes for this tag. I pun suka tag ni sebab senang and tu la laju je buat. Tag lain bukan tak best ye tapi terpaksa ditangguh dulu sebab kekurangan bahan. Wah cam nak buat cake je kekdahnya.

1)adakah anda happy sekarang?

happy je cam kotak atas ni, dalam keadaan sekarang I cuba elak jadi tak happy supaya baby nanti ceria.

2)nape anda tak happy?

contoh: bila kereta kuningku kena langgar.



3)apakah benda yang buat anda happy?


Shopping. I know I have a problem with shopping because I still have clothes with tags on them. Dan beli walaupun saya tak memerlukannya. Hukumlah saya.

4)pernah tak ada menerima tag?

selalu gak la lately ni, tapi banyak la utang orang. tapi lepas ni saya teringin orang bagi saya smart tag sebab smart tag saya dah rosak. eh ada kena mengena ke?

Pic credit to JayceOii

5)warna yang anda suka?

PINK and purple. feminine kan? tapi sekarang suka kai hitam sebab terasa gemuk.


6)5 orang yang anda sayang dan nak tag?

takde, semua ngelat nak buat nanti.

7)adakah anda happy dengan apa yang ada?

Syukur dengan apa yang ada sekarang :)

Sekian tag mudah untuk hari ini :) sorry la I jenis buat tag suka bergambar walaupun tak diminta. Gigih, amanah dan fatonah katanya.

Sunday, June 13, 2010

Admitted lagi di hospital

.
Last Friday I had appointment with my gynae at PJ. This is the private clinic. Saya check up di dua tempat ye, private dan government. While waiting for turn, out of sudden I had painless bleeding. Banyak tak banyak tu, boleh kata basah la panties. Penuh la satu pad. So I told doctor about this and dia kata I need to be admitted. Dia scan baby, everything seems normal, baby actively kicking and heartbeat baby normal.

Memang nak sangat pun masuk spital sebab risau, kiranya I voluntarily admitted myself to the govt hospital on Friday dan2 tu jugak lepas jumpa doctor. I have a low lying plancenta/ placenta previa/ uri kat bawah ye kawan2. Memang sepatutnya kena rehat banyak. Bleeding mungkin sebab lasak sangat, uri kat bawah. Asalkan bleeding kurang insyaAllah ok. Setakat ni takde bleeding, just saki baki darah lama je tapi doc need to monitor closely.


as usual muka cam orang sakit. eh mmg sakit pun.

Sebelum korang nak marah2 ibu mengandung yang cun ini, sebab baru berjimba2 di selatan tanah air, ye laa I mengaku ada sakit lasak few weeks ni banyak jalan and tuntuan kerja (urusan maid). Just doakan la bakal anak buah korang /cucu korang (cucu itu only apply to k.ina kwang kwang kwang) ni selamat ye. Terlalu awal lagi ni kalau aku nak bersalin sekarang. Baru masuk 6 bulan.

I dont know how long I'll be in hospital, yang penting I will be closely monitor dan berukband ada diloan oleh abangku no. 2. Sihat la aku disini hendaknya tak mati kutu.
.

Friday, June 11, 2010

Contact lense

.
Boleh tak tetiba malas nak update pasal trip to Melaka? Banyak pic tapi biarlah ianya menjadi koleksi peribadi. Wahhhh. Padahal I malas resize. Bercerita tanpa pic adalah macam tak best je kan? Btw saya telah selamat sampai ke KL semalam jam 5 ptg.

Melaka trip

Istana tempat Hang Tuah and Hang Jebat bertarung, sekarang muzium

Bangunan stadhyus,

Biasalah otw back stop over sana sini. Had a late lunch at Sate Kajang, tak makan pun asam pedas sebab kenyang.

Contact lense

Nak cerita pasal contact lense. At first, I'm one of those people having a hard time placing contact lenses, so if you’re hesitating to do so for fear of being hurt, I understand what you’re going through. I had the same fears before I made a switch from glasses to contacts.


Tapi pasal nak lawa punya pasal, and lagipun orang kata beauty if painful, redah je la. I start wearing it masa 18 tahun. Masa tu power tak banyak, tapi sekarang dah mencapai 400 power u. Rasa nak buat lasik ey surgery je. Ke tayah? Over je tauuu.

Glasses, cam makcik2 je bila pakai :(

Pengalaman pakai lense

Pergi Melaka ni, I forgot to bring the solution. Bukan kali ni je, banyak kali gak lupa bawak. Tension ok. So rendam dgn air je. So I figured that my soreness was just from dry eyes, due to the rendaman air.

Pernah jadi, I coughed like crazy and my eyes were teary that I lost one of my contact lense. Masa tu tengah meeting di Putrajaya di mana aku kena present something. So takkan sebelah pakai, sebelah tak pakai kan. sure mata jadi kero. Terpaksa teruskan presentation then I had to go back home because my vision sucks without my contact.

Coloured lense


Some people tend to think that matsalleh look pretty with lighter colored eyes, and that to be pretty, you had to have those eye colors, too. No la.

I personally don’t think anyone should have this kind of mindset. Yes, light colored eyes are definately gorgeous but dark colored eyes are just as beautiful. Sebab apa tau? Sebab I have a dark brown eyes hehehe. Tapi kan, I want to wear contacts in pure hazel or green, but i dont want people to think I'm fake. Rambut hitam mata hijau, ok ke? Tolong fashion consultant consult skit.

Consult, not insult. Heheheheh.
.

Wednesday, June 9, 2010

Melaka : Day 1

.
Hi, we have safely arrived Melaka yesterday at 4 pm. Meh nak cerita sikit ikut subtopic2 ni ye supaya anda tidak confuse and anda boleh lah skip mana2 sub topic yang bosan hehehe.

Otw to Melaka
  • Bertolah jam 12 sebab hujan. Tunggu hujan abis baru gerak.
  • We stopped over at Nilai untuk round2 tengok tempat kerja hubby dulu2 kala lepas dia grad. Hmm kasi can la dia nak mengimbas memori kan.
  • We had lunch at badar lama Nilai, dulu situ ada jual nasi beriyani sedap tau, seems that they r not selling any now. So just makan apa ada, I had maggi goreng and hubby makan nasi goreng.
  • We also stopped over at Seremban, round2 tengok skolah lama ku dulu situ ;) and round bandar mengimbau nostalgia.
Tempat penginapan di Melaka

I chose Holiday Inn Melaka sebab nak belanja husband sempena birthday dia esok (belanja guna duit dia, boleh?). So bilik full, yang available (and paling murah) is the room with 2 twin bed. Hentam je la janji boleh rehat and comfortable. Compared to other hotel in Melaka, hotel ni lah paling semenggah and baru.


For me this hotel was a great choice for our trip to Melaka. The staff were very friendly and willing to help with directions (kami sesat masa nak datang sini). Just to share ye, the rate we have to pay is RM265++ for one night.

We did not experience the hotel food since there were sooo many interesting and yummy choices in Melaka. The hotel is very clean and well maintained. Bilik kami mengadap city, yang mengadap selat Melaka dah habis. There is a hotel shuttle bus but we did not use it as it is only a short & interesting walk into town. Baik kami drive je.

Tea-break

Since aku dah lama sangat dalam kereta so kaki cramp tetiba. So for minum petang, hubby beli putu piring yang sangat sedap dan gebu di Melaka ni. He bought it at Ujong Pasir. Dia kata putu piring ni memang asal Melaka. Tipu dia tipu la aku.

Pic di google sahaja

Dinner

We had our dinner at Pernu, dekat2 la tu dengan Umbai. We have been here before, rasanya tempat ni kurang popular berbanding Umbai tapi rasanya sini lagi sedap tastenya. Ke aku je kata macam tu heheh?

To those who never been to Ikan Bakar Melaka (ada ke? ke semua dah biasa dah bak tempat main guli gitu), this place is actually out of the Melaka town already and it is on the way to Muar. There are many stalls here and me and hubby chose the one facing the sea and also the most crowded. Crowded2 biasanya sedap kan?


Servis cepat je and price adalah reasonable. We ordered ikan jenahak bakar, ketam sweet and sour sauce, fried sotong and grilled prawns. All this total up to only RM 77 for 2 person.
Licin ye kawan2, membazir itu amalan syaiton bak kata hubby.


Closing

So that's about it on day 1. Day 2 akan muncul nanti, maybe anda akan muak tgk muka aku banyak sangat nanti heheh. Bubaiiiii.
.