Monday, October 4, 2010

Ikan oh ikan

Korang, baru aku perasan selama berpantang ni aku tak makan pun ikan haruan. Eh makan, tapi 1st day lepas operate je. Tok buat masak sup. Memang tekak takleh terima la, terus request lauk lain.

Ni la makanan rujiku masa berpantang. Ikan masak jeruk/cuka namanya. Mmg sedap. So sminggu 2-3 kali tok sure masakkan aku ni sebab makanan2 lain eg. ikan masak singgang, masak cili, hati masak lada etc etc yang aku pun tak tahu nama aku tak berapa nak lalu.

Resipi makanan orang berpantang (bonus sub-topic)

Kot korang terliur tgk pic ni, nak resipi sila la ambil. Resipi tok ok. Apa dia cakap itu aku tulis.

2-4 ekor ikan goreng (apa2 aje ikan goreng yg tak habis atau baru goreng pun boleh lagi ok))
10 ulas bawang putih - kalau besar belah dua.
5 ulas bawang merah - kalau besar belah dua aje..
2 inci halia - hilis halus memanjang.
sikit biji sawi
2 - 3 biji cili merah
6 senduk air, 1 senduk cuka makan
gula satu sudu kecil
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

Panaskan minyak dan masukan bawang putih bawang merah, biji sawi dan halia. Biar hingga kekuningan. Masukkan air, cuka. Tunggu hingga mendidih. Masukkan ikan goreng dan cili merah (hari tu tok pakai cili api gak kasi kaw). Biarkan 5 minit. Masukkan garam. Balancekan rasa masin, manis & masam.

Sekian terima kasih. Maju lah suka untuk negara.

16 comments:

POSH76 said...

kalau tak pantang pun sedap & good for health

~ana~ said...

adia, i dulu ikan haruan tu mknan ruji..hoh..x mkn siap la kena dgr ceramah free..:)

kak ina mail said...

Lauk cam ni tak payah org berpantang , akak pun suka.cam mana sekarang , baby okey?bisalah ada baby kecik penat sikit.banyak sabar ye.

Noorz said...

Orang Kedah memang takleh lari dengan ikan masak cuka nih edya..

qellissa said...

wah wah babes, da ader resepi kat blog u ni..yummy...=)

qellissa said...

wah wah babes, da ader resepi kat blog u ni..yummy...=)

rATu kEBaYA said...

masak cuka ni memang sedapkan adiya... lagi2 makan dengan nasi panas.. tambah lak air kopi.. sedapnye

SyidaGorjes said...

orang berpantang pun bole memasak?hebat la u ni.

farahfatihah said...

sedap gak makanan org pantang...

Izan Ishak said...

mmg sedap lauk camni...terus terliur pepagi camni~~

ratusiput said...

memang sedap pe lg makan pepanas.adia kalau takble telan ikan haruan...awak leh makan pati haruan...

mahira oya said...

ctrl makan la time berpantang nih..
mcm sedap gak..

PuRpLeLiCiOUs LoVe said...

makanan cam tue la jugak aku makan sepanjang 44 hari berpantang....

ieda said...

dik haaa nie nak cite kebaikan ikan haruan nie .. kalau org operat memang bagus sgt2 mkn dik .. akak masa operate tiga3 anak , ikan nie lah yg banyak membantu

waktu tu berpantang di kg , hb akak cari anak2 ikan haruan yg sebesar berudu .. akak telan dgn air masak idup2 8 ekor sehari , cukup seminggu cek jahitan , kabus dah dikk luka kering dan jahitan dlman dpt pujian dari dr .. hahahha suke tul ..

mula2 nak telan tuu tuhan jer tahu .. bayangkan anak2 ikan tu sebesar berudu tuu huhuhuhu meleleh air mata hooooo

rynas said...

ohh masa akak berpantang hari2 kena paksa makan ikan haruan..tapi minta mak goreng dan masak dengan lada hitam..sedap wehhh hehhehe

ERMAYUM said...

ikan haruan tu goreng garing sodap peee :)