Wednesday, December 1, 2010

PS : Bumper edition

Amaran: entry ni rojak (PS= Princess Skoda)

a. Stroller

Setelah berapa kajian melalui internet and advise dari kawan2, I finally bought a stroller + carseat from Peg Perego. The price is quite high but I think the safety aspect is more important, so I don't really mind spending more on it. Lagipun pakai duit husband kan. Eh.

Husband gigih practice belajar handle stroller.
Aku duk pilih freegift berupa toys. Alang2 leh pilih so amik yang mahal skit, harga RM139.90

Stroller ni sesuwaii untuk new born sampai 4-5 years old (kalau anak korang still pemalas lipas nak jalan). I think invest in one durable stroller that can be used in multi-stages is more cost-saving than buying new stroller at different stages.

Kitorang beli kat Planet Enfant, OU. Skarang tengah ada babyfair kat MV eh? Sure murah2 kan barang2 kat sana? Ye la time aku dah shopping time tu la baru perasan ada jualan murah kat mana2.

b. Check up Hafiyya

Aku kat UMSC dari pagi sampai malam. Sila percaya. Pagi checkup si ibu, petang monthly check up si anak. Paed (doctor kanak2) ni datang lambat gila, patut klinik kul 5 ptg, tapi kul 7.30pm! baru masuk klinik, boleh gitu? Nasib baik doc ni bagus.

Ibu dan anak (pagi)

Sebelum ni kami checkup di DEMC, tapi since hari tu buat postnatal checkup di UMSC dengan my favourite gynaeku (PPUM/UMSC = Hospital A) so pindah la checkup Hafiyya di UMSC under Prof CT Lim. Senang rekod ibu dan anak disitu kan. Centralised. Plus baik gila Prof ni.

Buku imunisasi dari DEMC, terus digunapakai untuk di UMSC


Budak fengsan (petang)

Boleh tak dengan pakai baju pink ni, Prof still ingat Hafiyya ni baby boy. Bukan prof je la tapi ramai gak ler, terguris hati I tau. Wahhh. Takla, kelakar gak sebenarnya. Sebab Hafiyya rambut jarang2 kot hehe. Tunggu rambut dia panjang ye, tau la I nak buat apa.

Lagi satu Hafiyya ni ada satu tabiat tau, dia selalu depan doctor kan, time tu la dia nak poo poo. Siap meneran baekk punya.

Saya gegirl

c. Berat, panjang and ukur lilit kepala

Hafiyya dilahirkan dengan berat 2.38kg, head size 32cm and panjang 48cm.

Berat Hafiyya masa timbang semalam untuk 3 bulan adalah 4.8kg and 59cm long and her head's size was 39.5 cm. Ringan kan dia? Pelik aku tengok anak orang lain besar2 n tembam,. Untuk yang tak breastfeed tu, korang bagi anak korang minum susu apa ye boleh debab2 badan?

Hafiyya now wears some 0-3 months mostly 3-6 months but some clothes are still to big on her so it depends on the brand i guess. Hafiyya kurus tapi panjang, ikut mummy nya. So pilih baju kecik tak muat, pilih baju besar, longgar.


Husband tak keluar2 lagi dari bilik Prof, aku dah keluar2 tolak stroller sebab tak tahan nak gi toilet.

d. Vaccination

So sempena bulan ke-3 ni, Hafiyya ambil injection yang sepatutnya, penambahan dia ambil rotavirus drops, given by dropping the vaccine in liquid form into her mouth. Lepas tu risau gak kot2 badan suam2 kuku ke lepas vaccination, doctor kata not every vaccination is going to cause fever and pain. Usually, the doctor will prescribed some panadol syrup lepas these jabs.

Tapi setakat ni alhamdulillah lepas injection sejak lahir, Hafiyya tak demam lagi.

Untuk rujukan injection from newborn-1 yr old.


Sumber dari sini.
Tension gua, asal amik pic aku je gegar. Aku syak berlaku sabotaj disitu.

Ok la rasa nak mengah type panjang2 ni. Pecah kaca marah posmen, sudah baca sudi2 lah komen.

18 comments:

maya amir said...

tidur yg lena di dalam stroller baru...ngeeeee...

p/s : aahlaa adia, kalau i tak tau, i pun ingat die boy.,..heheheh

Syida said...

i wont comment abt the stroller sbb kita da dcuss abt it before =)(im eyeing for recaro sbb nak bg sama dgn aqid punya carseat).cuma i nak comment psl cik piya, nape u tak pakaikan headband yg ada reben2 tu, i pun lupa nak bg skali aritu.kesian cik piya, org keliru dgn jantinanya. tp xpe, ia biasa berlaku bukan kat u je.dulu masa aqid baru lahir pun org cakap kenapa kulit dia gelap tp mata sepet macam cina?bole gitu.

p/s:arjuna dah abes, no more cik remy.hehehe

~ana~ said...

siap ada bumper edition tuh..hebat..i likeeeee......:)

eh, i dgr2 susu S26 tu bagus, cik piyya minum susu apa skrg nih?

matahati-aishahazhar said...

apesal kaca pecah kena marah posmen lak.. ada kaitan ke? sila jelaskan..

Cik Ina Do Do Cheng said...

cantiknya storoller, mama hafiya ngan hafiya.Akak dulu cam tu gak, lebih selesa mana-mana bawak baby atas stroller.senang. dalam komuter pun bawak stroller.selesa sikit .Gambar yang mana gegar ni, akak tengok elok je.

oya said...

ye ke depan doctor nk terberak..nerves kot tu

Pepel BoNda AmaNi said...

ko jangan memacam wei...BIL aku posmen taw..marah dia kang aku dok marah dia tetiba..hahahaha...
aku bagi amani susu bebelac...dah skrang berat amani adalah 5.5kg (3bln) naik dengan jayanya...dah bum..bum dah anak aku..

Suka Hati said...

mummy ke cik piya yang excited guna stroller =p

shakirah samsudin said...

tecit comel je Hafiyya ni.
nama lebuh kurg ngan my nephew la, Hafiy. :D

Azmiezas said...

sekejap jer anak buah auntie ni dah besar kan??..pejam celik pejam celik dah 3 bulan..

Anonymous said...

pantun tu cm xkene je. hik3

qellissa said...

cun sey keta baru cik piya awk tu..berkenan tgk..
baby kecik2 mmg ar nampak cam serupa..nt da besar sikit nampak lah gugurl kan kan kan..
mummy dia kena pakaikan headband reben2 kat piya ni..baru nampak gugurl..=)

Lady of Leisure said...

alaaaa... geram jer nengok pic gegar2 tau hehe

rynas said...

ala imut mummy kot Adia kecik, comel jer..tak per tak bambam janji sihat alhamdulillah.

mamashikin said...

sy pun tgh servey stroller..tp yg ni sure mahal kan..tp berbaloi la,nmpak berkualiti dan cantik..
tp sy nk yg murah2..hahha..wp dh dua anak,tp takde stroller lg..heee

ratusiput said...

takpe piya...pasni rambut dh panjang...selit bunga ari2 kat tinga eh....ehehe..comei piya... :)

Unknown said...

lawa stroller baru haffiya.selesa & lena dia tidur..cute

Ermayum said...

pakai kan dia hairband or gelang or rantai baru la nampak gegirl pakai gaun selalu and seluar ketat tu kalu dah - bagi dia melawa sikit la dear :D macam tu ada lagi tanya ni lelaki ke TAMPAU JA :)