Wednesday, June 30, 2010

Terompah oh terompah

Misi pergi Melaka selain nak makan adalah nak cari terompah. Tak tau apesal berkenan sangat dengan terompah melaka ni. Terpengaruh dengan cerita 'Terompah Biru' lakonan Catriona Ross and Zainal Alam. Telemovie shown on Astro Ria in 2007, produksi citer Julie Dahlan kot. Mati la kantoi layan drama Julie Dahlan kan, hahahah.

We found one clog shoe shop in Jonker Walk. Surf internet kata you'll see lots of these clog-making shops here. Aku nampak satu kedai ni je. Rabun kot.

Gigih ok mengah2 aku saie kat situ. Ye la, we can easily get a pair of normal shoes everywhere. But I bet if you could not easily get a pair of hand-made wooden terompah siap with macam2 design yang sangat comfy.

Tuan tanah di depan kedai. Nyampah plak tgk berdiri cam tiang.

Fridge magnet terompah

Macam2 design and motif corak ada. Pilih je design kasut and motif pastu dia leh customise ikut size. Cakap je korang nak yang crafted (ukir) clog or painted clog, semua bisa di atur. Yang aku minat bukan design sangat, tapi heels nya. Sangat unik.

Kitorang ada ngintai2 gak uncle kat belakang tu tengah buat terompah, confirm la depa buat sendri, dari potong kayu, ukir dan paint, ukir heels and design penutup atas terompah tu.


Ni seksyen beaded shoes. I tak beli la sebab very the makcik2. Wah kutuk tu. Actually minat gak tapi harganya RM150 above. Tak sesuai la, baik beli Clarks ke berbaloi gak.


Rembatan untuk mak, diri sendri dan anak2 buah.

Menurut tuan kedai, they never/seldom craft or paint the second identical terompah again. Tu yang unik tu. So kalau korang jalan mana2, jarang la nak sama motif corak dengan orang lain.

Kasut tuan tanah. Cantekk tak? Harga RM55 setelah ditawar2. Amik corak simple je. I'm looking for colourful terompah tu tapi maybe not in this kedai. Tak kuasa dah nak jalan2 cari terompah kaler2 bagai, redha je la apa ada kan.

Korang ingat tak these clogs were traditionally used in wet places like toilets or kat surau2 tempat ambil wudhuk? The toilet slippers came in plain red, of course, sekarang dah berkembang pesat jadi macam2 design. Aku teringin gak beli terompah merah tu tuntuk kenang2an tapi husband kata gilo apo jauh2 datang Melaka beli terompah merah.

Saya bangga jadi anak Malaysia!

Tuesday, June 29, 2010

Santai weekend

Ralat on previous entry

Berkenaan entry lepas, ada sorang reader ni dah explain kenapa seller tu lambat. No wonder lambat sebab memang dia banyak problem. Kalau la dia explain sendiri betul2 dengan customer dia sorang ni. She owes me a proper explanation, takde la aku maki2 dalam hati ni kan. Kepada seller tersebut, saya minta maaf kerana salah sangka.

Me

Ok la baru nak cerita update pasal weekend. Ye la korang seronok la dapat keluar2, dating2 kan. I hanya dapat berlegar2 di dalam rumah sahaja. Started getting into all the "why me" and "why can't I have an easy pregnancy?" but then sambiil penampar2 pipi gebu ini I realised that dah sampai tahap ni pun bersyukur sangat2 :)

Tipu la tu duk camni 24 hours kan, sempat lagi main kejar2.

Ok la tu tu duk umah, duit pun selamat sikit. Eh selamat ke? Cam lagi banyak je keluar.

Kids

Cewah bukan main lagi budak ni posing ye. Eh sila fokus budak depan tu, bukan budak belakang tu ye walaupun aku tau mata korang tertumpu kat orang belakang tu. Hahahah. Cantik kan baju baby girl sulam2 gini. Ni her tokmama bought this masa dia gi 'over-the-sea' tu.


Pakcik kecik ni menyandar cam bapak aku je aku tengok. Pun bukan main lagi, cam orang tua gayanya. Ni sofabed baru ibu dia beli, kat toys 'r us. RM150. Motif duk promote sofa kanak2 kat sini.



Ok la tu je nak update :) Best kan layan budak2. Tak sabar ada anak sendiri :)

Monday, June 28, 2010

Merah itu menawan

Rentetan dari entry sebelum ni, dah janji nak sambung kan. Janji mesti ditepati tul tak walaupun ada pepatah mengatakan promises are meant to be broken. People promises and breaks it if it’s just for the benefit of calming someone down. Aku biasa je buat camtu dalam blog sebab nak lari/ malas atau nak cepat habiskan entry. Don't try this at home ye.Eh, pepatah ni zaman bercinta dolu2 leh la pakai kan. Mood: sambil mengoyak2 kad dan surat2 chenta dan berbackgroundkan lagu frust menonggeng.

Eh melalut dah. Kurang markah aku.

Ni hasil shoppingan terbaru, siapa takde kerja sudi2 la teka bag apa ye berserta model nya. Qellissa u takleh teka ye, saje I jaki kat u hehe.


Merah you. Merah itu menawan. Apesal tah time pregnant2 ni minat merah, harap2 anak aku tak garang dah. Eh mintak jauh. Baby please jadi sweet like mummy ye, hehehe. Rasa bag ni besar skit la untuk badanku yang petite. Wah petite ke, 1.5 kali ganda sigorjes ni ada la aku tengok. Takpe2, persediaan untuk sumbat barang baby sekali nanti.

Maaf kata la I tak berapa happy dengan service diberikan sebab janji dapat dalam masa 3-4 weeks, tapi delay yang teramats. I understand there may be potential delay during the shipment tapi takde la sampai 2 bulan setengah kan! Nasib baik aku tak lupa aku ada purchase bag. Eh takkan lupa kot, bukan 40-50 hengget punya barang.

Don't worry, I memang tak list kan link blog dia dalam entry sebelum. Biarlah menjadi rahsia hidup ini. Wahh. Padahal nak biar orang lain pun terkena, wahahaha. The seller sepatutnya notify the buyer that delivery could not be made within 30 days and must provide the buyer with a means, such as to cancel the order or etc. Ni tak, senyap je. Bila aku email lepas sminggu baru nak reply.

Heran macam mana ramai beli dengan dia. Ke dengan aku je dia buat perangai? Tak sesuai kot kami berdua ni. Aku yang baik hati dan sweet ni jadi hangen satu badan gak la dengan kerenah dia. Eh patut dia yang kena mengadap kerenah aku, pesal pulak aku nak kena layan kerenah penjual ni?

Me don't like. If you can't meet the expectation, don't give hope and promises bagai. Harga memang murah sikit RM50 compared to blog lain. I 'd rather pay extra RM30-RM50 dari ditaburkan janji2 manis mu itu.

Ok la tu je nak cerita. Selamat bekerja ye. I tak kerja, hehehehek.

Friday, June 25, 2010

Online shopping

I'm developing a habit of purchasing clothes from the online dealers, manufacturers belum lagi sebab saya suka tgk model2 dari online dealers menggayakan baju2 (manufacturers jual longgok2 je ye, saje nak bagitau perbezaannya). Dengan itu akan teringin nak beli sebab akan berasa rasa muat feeling konon2 aku sesize dengan model2 itu.

Ni pic bawah ni contoh je, beli lama ni dah. Sebab rasanya banyak kali beli baju tak berkenan dengan materianyal. Lagipun now size badan dah lari skit (lari banyak just admit it!) ni cuba bawak2 beristigfar sikit. Cuba ushar2 baju baby pulak kan. Tapi tak beli apa pun lagi barang baby ni.

Boleh jadi model ke? Ada sesiapa jual baju nak I jadi model tak? Ni pic few months ago masa tu dah ada 'isi'. Motif cover perut kan. Fail la aku jadi model tau satu gaya je nak posing pastu kena sentiasa tarik nafas kasi perut kempis. Kantoi!


And, I believe that one could also buy authentic designer handbags online with equal ease. Of course, barang2 yang I beli ni dari seller Malaysia je ye, belum tahap oversea lagi sebab kurang yakin.Tak kuasa nak deal sendiri kat kastam KLIA bagai.

So tell me, korang shopping online tak? Or buy some handbags online? Online shopping can save our time, it's very easy and popular now so why won't we choose online shopping. Ye saya memang menggalakkan online shopping sebab jimat masa tapi tengok barang la kan. Kasut no ye, tak sesuai beli online.

If u want to buy some handbags online, I'll introduce some very popular online shopping in Malaysia for u. Saje promote, I bought one handbag online setakat ini to see the quality di sini, when I got it, it's perfect, boleh dapat dalam masa 14-16 days sahaja if the barang is still in US and the price is quite reasonable, so I introduce my friends to go there.

Here is a few link that you can buy bags online in Malaysia:

http://luxboutique.blogspot.com/
http://coachnmuchmore.blogspot.com
http://www.ronasofia.com
http://muchmoreinhand.blogspot.com
http://boutiquepisces.blogspot.com
http://princessvictoriastylo.blogspot.com/
http://ladiesbagonline.blogspot.com/
http://loveforcoach.blogspot.com
http://del14.blogspot.com
http://www.thecrazycoach.blogspot.com
http://catchthatcoach.blogspot.com/
http://www.bagskaki.blogspot.com/
http://www.allureisbeautiful.blogdrive.com/
http://mrsazrolsmallshoppe.blogspot.com/

Tu je la nak share :) Oh ada shoppingan terbaru, tapi next entry la ye. Ini betul punya akan bersambung. Tungggggu.


Sekian, pesanan khidmat masyarakat. I ni membeli pandai la, nak suruh menjual memang tak pandai. Suka2 tolong promote blog orang sahaja.

Chow cin cau.

Thursday, June 24, 2010

Jakel Shah Alam

I pun berjangkit dengan purplelicious ni buat entry basi tapi tak sebasi dia la. *larikkkks*. Ni citer 2 minggu lepas kot.

I bought myself few kain from this famous textile store which is newly open in Shah Alam. Jakel namanya, kot la ada tak penah dengar. It's a 5 storey store selling all sort of material, cadar selimut pun ada. The higher level you go, the more expensive material they sell.


Wah bagi penerangan cam pembaca2 adalah terdiri dari orang Amerika, England dan Uganda, padahal entah2 korang dah doblas kali berulang alik ke sana kan, aku baru je nak sampai. Biar lambat asal dapat borong banyak ye.

Bukan apa u all, I jarang sangat ke textile store ni kecuali la kalau nak raya. Rimas sebenarnya gi kedai kain, makcik2 banyak. Ampunnn, satement takleh blah. Padahal aku yang gedik2 ajak husband gi sana. Ngidam katanya.

This year I might be celebrating raya in hospital coz doctor needs to monitor me starting from 30 weeks. So walau raya kat spital pun raya tetap raya dan baju kena baru kan?


Ha di atas ni adalah sesi lelongan kain2. Kebetulan masa buat annoucement tu I was wandering around somewhere near the rack. So bagi memeriahkan suasana aku pun berebut2 la memilih kain dan TERbeli la 2 pasang. Sepasang 40 hengget u all.

Bila balik aku rasa tak lawa pulak kain tu, washable silk katanya.

Bayar guna duit husband dulu, sebab nak suh dia snap pic aku yang gemuk dari tepi ni. Dari depan aku kurus ok.


Ha ni kain cantik, harga rahsia kang ada pulak unsur2 riak disitu. Padahal dalam hati meronta2 nak bagitau harganya. Hahahaha. Gedik tul makyong ni.


Kat sini I amik 2 pasang kain. 1 for me and 1 for MIL. Selalu asyik aku je menerima kan, ni la masa nak memberi pulak :) Sahih pasni aku jadi menantu kesayangan. Realitinya, I sorang je menantu dia harusla dia sayang kan.

*nanges*


Tu je la citer ke Jakel :) Lawa kan spec I.
.

Tuesday, June 22, 2010

Webcam dengan laptop baru

My husband sudah balik ke tempat kerjanya. Don't know when he will be back tapi dalam masa sebulan ni la. Dia balik kerja ni jangan aku kena admit hospital awal2 dah. Aminnn.

Video call

Since kat sana dia nak call Malaysia adalah bapak punya mahal, so we use yahoo messenger to make a video call and it works ok. Just ok. Better la than kena call kan, darii kena bayar bil tipon baik beli aku handbag.

All i know is he had minor problems with my webcam; I could see him fine, he could not see me too tapi macam lag sikit voice sync. And the pic is small. Takleh besar satu skrin ke? With yahoo, it used to freeze up constantly and we really couldn't see each other. Maybe there is just something wrong with the connection.

Wah banyak plak complaint, hadapi dengan tabah je la kan.


Lepas ni nak opt for skype la. Which one is better ye? Skype, MSN, YM?

Laptop baru

Nak tau sebab apa gigih dia video call bagai? Sebab nak test mini laptop baru beli ni. Nyampah I! (jelous sebenarnya). Ye la laptop lama dia takde camera, oldskool gila. Tu korang belum tengok handphone dia.

Opss.


I desperately wanted a small laptop for carrying along tanpa meyakitkan bahu ku ini. Wah carry la sangat kan. Ye la senang nak bawak kehulu hilir kan cam ke hospital ke. Lagipun I takleh angkat mende berat.


This is a fantastic little laptop! It has an 18" screen so it is sooo light. Easy to move around and fits in my handbag! Ye la bag I yang medium2 pun muat u. So easy for traveling, I love it and such a great buy! Wah cam aku punya pulak. Dari segi keberkesanannya I don't know la. Janji dari luar nampak meletops kan. Kata memandang dari luaran je.

So hubby, lepas outstation ni leh kita tukar sama suka ye laptop kita? Cuma I tak berkenan la kaler biru tu, pink kaler don't have mehh?

Monday, June 21, 2010

Bibikless

Maid dulu

Maid mama yang dulu, agree nak sambung kerja lepas 2 tahun kerja di sini. 1 week before she supposed to come back to Malaysia, she sent mama a pitiful message saying that she has no money to come back here.

"Assalamualaikum ibu, ni imis kalau boleh ibu tolong pinjam kan imis duit sikit, sbab imis dah tak ade duit, duit imis dh abis buat brubat, nak buat tambang"

Buat tambang tengkorak ko. We already bought her air Asia Ticket Medan-KL. If she meant tambang = tambang teksi ke airport, ok fine. Tapi yang ko mintak sampai sebulan lebih gaji apehal? FYI we DID NOT retain any partial of her money for the return ticket tau. Kira halal la coz we need her to come back. PLUS, (don't tell this to anyone) but my mum siap bagi salary advance beberapa bulan (too personal, can't mention here) to her ok sebab dia kata mak dia nak beli tanah kat sana.

Mak aku kekadang baik tak bertempat gak.

Bibik sekarang

Bibik sekarang ni umur dalam late 30's, janda and ada anak 2 orang. Motif aku bagi bigorafi bagai ni cam nak carikan jodoh.

Bibik balik kampung 2 weeks ago and would like to continue working here. Katanya before raya akan balik. For the mean time, kami pinjam dulu bibik abang no. 1. Pakej la, ada bibik ada la anak buah kami si Abdurrahman hari2 kat rumah tu. Best, tak la sunyi sangat la sepanjang duk ber bedrest kat rumah ni.

Bibik sekarang ni (bibik mama) kerjanya bagus, tiptop. Suruh je la buat apa semua cepat and bagus. Tapi problemnya kuat mengadu sikit, sikit2 complaint pasal maid my brother. Konon kerja dia je bagus. But she’ll carry out her duties as usual. So mama just sometimes ignore benda kecik2 ni. Lagi pun mama kan baik tak bertempat.

We bought Air Asia ticket for her and don't hold any ammount of her salary as a guarantee. We trust that she will come back after the home leave. Actually nya bukan 'we', mama je yang percaya. Aku kalau ikut nak cari maid baru je, bibik ni kadang2 naik lemak gak bila lama2 dah kerja sini. Tapi mahal la kos amik maid baru sekarang ni kan?

Lagipun I memang perlukan maid (share maid dengan mama) nak2 raya nanti aku nak beranak. Kalau beranak normal ok lagi, kalau kata kena caesar etc, hmmm. Pk kain baju, kemas2 rumah, tolong mama masak2 tu ada la orang tolong kan.

Bergambar sebelum bibik balik Indon

Tapi apa2 pun, layan maid ni baik2 la kan. Kita saling perlu memerlukan. Afterall maids are human too right? Tapi serious, kalau dia tak balik sini balik, memang aku gi sana aku cari dia sampai lubang cacing. Lepas tu aku kerat 18.