Monday, July 26, 2010

Tak sempat : Bhgn 2

Yii haaa tora datang lagiii.

Ini adalah sambungan dari entry Tak sempat : Bhgn 1, ada few things boleh je sub kat orang lain buat kan since I dah masuk spital ni. Tapi tu la kan pe'el nya, tak berapa percaya orang lain buat sebab spec aku ni lain sikit dari orang lain. Dalam erti kata lain cerewet la.

Shopping

Ni memang aku tak prepare langsung untuk keperluan baby dan ibu. Mak aku dah pesan jangan shopping awal2 sangat, walaupun setiap kali gi shopping complex memang hati meronta2 nak beli sangat barang2 baby.

1. Hospital Bag for Me

Aku ingat nak start prepare/ beli once I reached 30 weeks. Yes, every labor is different and since I do not know if I will go into labor at home, in the middle of the night, or while I'm out of the house, I should have prepared ahead of time.

Tu la dia kita hanya mampu merancang. Barang2 keperluan aku telah di bawa/dibeli mama, abang dan SIL dari masa kesemasa ke spital dan secara bergilir2 ikut keperluan. Kata lama duk spital kan. Kebetulan time kena admit hospital tu husband outstation. Sedih I terkontang kanting masa sminggu kat wad. Tapi sekarang husband dah balik hoyyeh hoyyeh boleh buli dia.

2. Hospital Bag for Baby

List barang2 keperluan baby baru je si makcik purple ni email kat aku. Dah start survey online pun ,tup2 dah kena tahan kat spital. Ni pun beli barang basic I sub kat mama untuk beli.

  • Going home outfit < --- mama dah beli
  • Special baby blanket <--- husband nak beli
  • botol susu <----- mama dah beli
  • breast pump <--- spital dah ada, untuk rumah beli later
  • Diapers/Wipes (mama dah beli, hospital will supply some but it is always good to have extras)
  • Diaper rash cream <-- husband akan beli

Prepare yang basic je sementara kat spital. Barang2 lain nanti husband akan beli :) Tapi macam was2 je aku nak lepas laki aku beli sendri. Reti ke bang? Harus perlu 3G ni time dia shopping.


Get organised

1. Perabot

I planned to get myself down to Ikea or mana2 kedai perabot for some ‘storage solutions’; hanging dividers for the nursery wardrobe, boxes for toys etc. Wah bilik sekangkang kera berangan nak letak cabinet bagai kan.

Celah mana aku nak sumbat benda2 ni smua kat bilik ni?


2. Spring cleaning

Also plan nak buat spring cleaning as you won’t be up for it during confinement. Before kena masuk wad sempat la aku mengemas almari/laci husband. Sejuk mata aku memandang. Time dia takde la aku senang nak kemas, meaning senang aku nak membuang barang2 tak perlu. Dia ni hobi simpan barang, aku ni pulak hobi membuang barang2 lama.

Tapi almari sendri aku tak sempat kemas :( Banyak sangat barang, need to sort out things la sebab barang baby nak masuk nanti.

.

Ok la nanti bersambung bahagian berikut pulak ye. Tunggguuu.

9 comments:

SyidaGorjes said...

perlu ke beli diaper rash cream sekarang?anak i tak pernah pakai pun.maybe sebab dia takde alergic.dulu i pun ada impikan cabinet yang macam kat gamba tu. tapi bila baby dah klua, cabinet pun ntah ke mana.sebab semua my mom yang uruskan masa confinement.

~ana~ said...

erm...xpe la kalau kena 3G pun..nmpak hebat sikit...:)

kak ina mail said...

bisnees kecil-kecilan buat cheese tart.yang fizikal ngan mental dah prepare.yang lain tu takpe.pampers, baju budak penting dulu.kalau bernak kat swasta senanglah sikit.tapi akak sepital gomen je, sebab sakitnya sama.lagipun jimat duit.bila ko beranak beritahulah, mana tahu kalau boleh melawat.lepas bersalin , kena makan best sikit.dapat makan daging tanpa lemak atau ayam, masak ngan kunyit hidup, halia, lada hitam .tak boleh masak ngan minyak.masak la-lama, sampai kering boleh tahan lama.makan ngan nasi-panas-panas.makan sehari sekali je.itu pun tak boleh tambah.panjangkan kali ni akak punya bebel.orang lepas bersalin kena makan berkhasiat sikit.baru sihat.

PuRpLeLiCiOUs LoVe said...

ha selamat membeli belah mak adia ngan laki adia..dan kaum kerabat adia yang lain..selamat la ko membuli diorang kan...berguna dak list aku kasi ko tue.??? aku semua dah prepare cuma baju tuk aku jerk belum masuk beg lagi..hehehehe..

Queen said...

takpe..insyaAllah dipermudahkan....jgn risau k!

Alida Ali said...

Baju baby skrg online byk je jual...beli je dari hospital nanti sampai la kat umah hehe...

ayah,ummi, farish said...

adia:ko camner...dah okey lum???take care....jgn lasak2 sgt.
selamat membeli belah utk barang2 bb..aku dulu pun..dah masuk 8 bulan br beli brg farish..seb baik x bersalin wal..kalau x farish lahir pakai drypers jer...

farahfatihah said...

baju2 baby skg byk yg comey2 kan? huhu t beli yg cumil2 tau..haruslah kan! =P

rATu kEBaYA said...

harap dipermudahkan.. amin