Saturday, July 31, 2010

Ubat oh ubat

I don't like the taste of medicine. Tolong la explain why the manufacturers choose to make medicine the nastiest tasting stuff in the universe? No matter how "orange-flavoured" they claim something to be, it always tastes still tak sedap langsung.

And yes, I hate being sick - not necessarily because I'm sick, but because I know i'm going to feel even worse after tasting the stuff that's supposed to be making me feel better.


Macam mana aku tak kenyang lepas menelan 8 biji pil ni setiap pagi? Ok fine kecik2 je, tapi yang pink tu gedabak jugak ok, and why 4??

*fengsan*

Tuesday, July 27, 2010

Nak derma sofa?

Mama and me ni ada persamaan skit. Dedua takleh tengok tempat bersepah, suka mengemas dan tak suka simpan barang2 lama. Pendek kata yang baik2 (bab itu sahaja sebenarnya) semua kira ikut la.

I’ve thrown away far more stuff in year 2009 than I used to throw. Throw tau bukan donate. Barang2 tersebut termasuk la barang2 komputer, kasut2 lama, barang2 office lama (bab ini nilai sentimetal value saya hilang).

I consider really a good habit of mine, ye la lepas tu lapang je bilik komputer, my room dan rak kasut kan. Ok ke tak agaknya habit ni, rasa serabut je kepala, buang barang. Lama2 kosong rumah bapak aku. Macam dalam cerita 3 abdul. Hehehe.

I used to donate clothes, shoes and hadbags I wasn’t using any more tapi realitinya I was throwing out things that really langsung-tidak-sesuai-digunapakailagi to anyone. Oleh itu, don’t let yourself get away with donating stuff you don’t need but holding on to the real junk; menderma kerja mulia but sometimes junk really is junk.

Geddit?

Kejap citer pasal mak, kejap citer pasal menderma, kejap citer pasal buang barang. Ko ni citer apa ni??? FOKUS FOKUS!

Ha ni la dimana watak mak saya relevan di sini. Dia nak donate kerusi yang dah 30 tahun berada dirumah (cuma tukar kulit je) ke bakal rumah baru husband and me kelak. Eh I kan nak buat concept Laura Ashley, mana glamer pakai kerusi kerawang2! Sorry mama, bab kerusi tu Adia kena tolak la, kalau mama insist gak nak menderma untuk rumah baru nanti, apa kata mama derma duit je. Kami sangat2 memerlukannya.

*sambil membuat senyuman paling manis*

Ni la kerusi yang dimaksudkan, yang nak diderma ke rumah baru ku kelak.

Masa ni umur 4 tahun, duduk sementara di quarters Kerajaan. Baru lepas mandi agaknya, standard ah zaman tu pakai bedak mesti bercapuk. Zaman ni aku tengok anak buah tak pakai bedak pun, takut ruam katanya.

Kecik2 dah bergaya wo. Ni gambar antara paling terkawal la. Bag tu tok dan wan saya beli kat mekah rasanya. Dari kecik dah dipupuk minat tu. Tu yang besar2 gila handbag kot.

Ha ni pic tahun 2009 posing di kerusi yang sama! Tahan lama woo kerusi ni, Tapi terima kasih je la. Kami rela kumpul duit beli set sofa baru untuk rumah baru.

Ok la terima kasih sudi baca entry hari ni yang merapu skit. Assalamualaikum wbt.

Monday, July 26, 2010

Tak sempat : Bhgn 2

Yii haaa tora datang lagiii.

Ini adalah sambungan dari entry Tak sempat : Bhgn 1, ada few things boleh je sub kat orang lain buat kan since I dah masuk spital ni. Tapi tu la kan pe'el nya, tak berapa percaya orang lain buat sebab spec aku ni lain sikit dari orang lain. Dalam erti kata lain cerewet la.

Shopping

Ni memang aku tak prepare langsung untuk keperluan baby dan ibu. Mak aku dah pesan jangan shopping awal2 sangat, walaupun setiap kali gi shopping complex memang hati meronta2 nak beli sangat barang2 baby.

1. Hospital Bag for Me

Aku ingat nak start prepare/ beli once I reached 30 weeks. Yes, every labor is different and since I do not know if I will go into labor at home, in the middle of the night, or while I'm out of the house, I should have prepared ahead of time.

Tu la dia kita hanya mampu merancang. Barang2 keperluan aku telah di bawa/dibeli mama, abang dan SIL dari masa kesemasa ke spital dan secara bergilir2 ikut keperluan. Kata lama duk spital kan. Kebetulan time kena admit hospital tu husband outstation. Sedih I terkontang kanting masa sminggu kat wad. Tapi sekarang husband dah balik hoyyeh hoyyeh boleh buli dia.

2. Hospital Bag for Baby

List barang2 keperluan baby baru je si makcik purple ni email kat aku. Dah start survey online pun ,tup2 dah kena tahan kat spital. Ni pun beli barang basic I sub kat mama untuk beli.

  • Going home outfit < --- mama dah beli
  • Special baby blanket <--- husband nak beli
  • botol susu <----- mama dah beli
  • breast pump <--- spital dah ada, untuk rumah beli later
  • Diapers/Wipes (mama dah beli, hospital will supply some but it is always good to have extras)
  • Diaper rash cream <-- husband akan beli

Prepare yang basic je sementara kat spital. Barang2 lain nanti husband akan beli :) Tapi macam was2 je aku nak lepas laki aku beli sendri. Reti ke bang? Harus perlu 3G ni time dia shopping.


Get organised

1. Perabot

I planned to get myself down to Ikea or mana2 kedai perabot for some ‘storage solutions’; hanging dividers for the nursery wardrobe, boxes for toys etc. Wah bilik sekangkang kera berangan nak letak cabinet bagai kan.

Celah mana aku nak sumbat benda2 ni smua kat bilik ni?


2. Spring cleaning

Also plan nak buat spring cleaning as you won’t be up for it during confinement. Before kena masuk wad sempat la aku mengemas almari/laci husband. Sejuk mata aku memandang. Time dia takde la aku senang nak kemas, meaning senang aku nak membuang barang2 tak perlu. Dia ni hobi simpan barang, aku ni pulak hobi membuang barang2 lama.

Tapi almari sendri aku tak sempat kemas :( Banyak sangat barang, need to sort out things la sebab barang baby nak masuk nanti.

.

Ok la nanti bersambung bahagian berikut pulak ye. Tunggguuu.

Thursday, July 22, 2010

2 fakta

Spellings

I am terrible with spellings. Sah2 korang perasan berpandu kan entry2 dalam blog ni banyak tul spelling mistake. Tu belum masuk lagi grammatical errors here and there. Sure pening baca kan? Janji message dah :)

Sangat kagum tengok budak2 yang terror kat Spell-it-Right Challenge kat TV3. Watching them trying to spell words they’ve never heard, read or seen or even when the words are familiar, it is it's not that easy to spell it in front of judges and crowd.


Handwriting

My handwriting awful. I think only my husband and dad appreciate my 'kesenian' handwriting ;)

Time malas/ rushing

Time rajin

Erk cam sama je tulisan time malas dan rajin? Tulisan cam ni mungkin sebab terpengaruh dengan rakan sebaya masa kat hostel dulu. Masa standard 6 tulisan ala2 senget gitu, bila Form 1 jadi gini. Yang sadisnya tulisan ni melekat sampai tua2 gini. *nanges*

Ada sesiapa yang ala2 Madam Zorra pandai analyze handwriting to determining a person's nature and personality traits tak kat sini?

Wednesday, July 21, 2010

Breakfast yang best

Cuba teka nasi apa ni? Ada nasi putih, gulai ikan aya, timun dan sambal belacan. Memang sedap hingga menjilat sudu.

.
.
.
.
.
.
.
.
.


Ok la malas la main teka2.

Ni la nasi berlauk. Husband belikan pagi semalam. Kat hospital ni ikut mood tukang masak gamaknya, breakfast kekadang lavish dengan mihun/ kewtiau/ nasi goreng/ scramble egg bagai.

Tapi semalam dia serve bun kacang je. *nanges*.

Mana cukup! Breakfast is very important meal for me, as all night long perut tak masuk apa2 pun. I sleep early ye di hospital ni. Lepas isyak, kul 9.30 dah tido, esok 5 am nurse dah kejut nak check perut. Nak tunggu breakfast kul 8 aku dah menggelupur kelaparan dah.

Heran kan, breakfast is the meal that people are most likely to miss each day. Ke miss breakfast in an effort to lose weight?


Wah terus entry ala2 melepaskan kekesalan terhadap orang diet. Berbalik pada topik nasi berlauk tadi. My husband, being a Kelantanese by upbringing di kota KL ni, tidak boleh lari daripada makan makanan Kelantan. Kat KL ni pun celah mana takde makanan Kelantan, merata ok. So senang sgt nak dapat.

My husband ni ada misi, misi nak mengkelantan kan bini dia ni. Hehehehe. Ala bang, I sebelum kawin pun dah mmg terjebak dengan makanan Kelantan pun. Restoran Jaya (restoran kelantan) dekat rumah tu cam rumah kedua dah. Cuma hanya makan nasi kerabu dan laksam je la. Lain tak suka.

Tok guru Nik Aziz dan nasi berlauknya

Nasi berlauk ni aku cuma lalu makan time pregnant je taw, time normal jangan harap la aku nak makan. Tekak takleh terima. So baby dalam perut ni hampir berjaya la dikelantankan.

Ok la tu je nak cerita. Korang makanan Kelantan apa yang korang minat?

Monday, July 19, 2010

Tak sempat : Bhgn 1

Memandangkan aku kena tahan wad awal, banyak program dan aktiviti yang terpaksa dibatalkan, ditangguhkan dan diserah tugas kepada orang lain untuk dilaksanakan. Wah cam keje ofis pulak.

Ni antara menda2 yang takleh disub pada orang lain yang mana tak sempat dibuat:

Haircut

3++ tahun lepas during my tempoh berpantang, I refrained from washing my hair for 2 days and I surrendered. Nenek aku la tak bagi, dia kata orang pantang jangan kerap cuci rambut. Kesah apa aku, I then washed my hair every other day, pantang lain aku leh ikut, pantang ni payah skit sebab rambut panjang.

On the days that I did’t wash my hair, I felt terribly hot and uncomfortable. Tu yang hangin satu badan tu.

Oleh itu untuk kali ni, I nak rambut paras bahu, so takde la panas sangat kalau tak cuci kan? I need to get a great, neat and low-maintenance haircut. Ye la sebab dari awal mengandung dah berkira2, nak berpantang dngan rambut pendek. Takde la pendek cam Rihanna tu (motif teringin rambut ala rihanna waktu pantang?).

Threading

Tidak la aku berharap kening ala2 ziana zain ke apa, cuma nak kemaskan kening je ni. Dah huru hara aku tengok skarang ni. Nak cabut sendri tak berani sebab sakit. Threading during any stage of pregnancy tak bahaya kan sebab tak guna bahan kimia. Lain la nak colour rambut or rebonding ke, is a big no-no ye during pregnancy.


Agak2 nya akak ziana ni masa pantang kening dia maintain ke ek?

Facial

Just a simple facials untuk buang blackhead2 kalau ada la. Muka takde problem sangat tapi saya sangat perlukan facial! Terasa teringin dibelai2 gitu, wahhh. But of course takde la aku nak buat professional facials that use electrical micro pejadah tu. Simple2 je janji leh di massage.

Ni sekarang ni nak cuci muka sendiri pun malas. Apesal ek. Sekarang cuci pakai Garnier je sebab nak selamat, mosturiser, toner pejadah semua tak pakai pun. Tapi dalam diam duk berharap gak tu kot2 cun macam Fasha Sandha bila cuci pakai Garnier kan.

.

Dah tu tak sempat buat apa nak buat kan. Janji baby selamat dah. So adalah dalam keadaan comot tapi tetap maintain natural beauty (nak jugak tu) di hospital walaupun husband kata I always look great. Ye la sedappkan hati bini kan kalau tak sentap pulak. Even though I will spend the next 44 days after the birth in my pantang uniform, I still want to look presentable.

Motif?

Entry akan bersambung kalau rajin, stay tune.

Sunday, July 18, 2010

Kenapa tak gemuk?

Telah di tag oleh imanja :) Hari2 cerita kat hospital boring gak kan so mari layan tag ni.

Sila klik folder gambar di PC atau LAPTOP anda. Pilih folder gambar yang ke-8, dan di dalam folder yang ke-8 itu pilih gambar yang ke-8 pula. Tulis catatan ringkas berkenaan dengan gambar tersebut. Seterusnya, tag lagi 8 orang.

Taraaa.



Aipp I tak cheating ok, ni memang pic di folder 8, pic ke 8. Masa ni 4 months preggy kot. Masa early pregnancy I have a lower weight than when I got pregnant. A lot of it has to do with morning sickness. Siapa takde morning sickness tu aku sangat jelous ok.

Ye memang nampak slim melim. Sampai sekarang masih slim.

Now I am 7 months and I have only gained 6 kg dari awal mengandung. Kagum tak? Aku juga sangat jelous camne ibu mengandung lain boleh membesar bagai johan sedangkan aku tidak? Tengok Norjuma, Wardina and Abby dulu pregnant, mak ai sihatnya. Dorang takpe la ada je slimming centre nak sponsor kan.


Tapi doctor kata not to worry, all ultrasounds and measurements point to a healthy baby with an appropriate weight for his/her gestational age. Baby sekarang dah 1.2 kg dah. So don't worry just as long as I'm eating healthy and taking my vitamins the baby will be fine.

Korang jangan risau ye aku slim sebab aku pun tak berapa risau. Ada perkara penting lain yang perlu dirisaukan untuk pregnancy kali ni :) Nak tanya korang dulu gain berapa banyak ye berat sampai akhir tempoh pregnant, and berat baby berapa? Thanks. Yang tak pregnant pun sila la tinggal komen bagi membakar semangat ku ini ye.

Ni entry 2 dalam 1 namanya, sambil jawab tag sambil cerita pasal kerampingan diriku. Kerana diriku begitu berharga.

Friday, July 16, 2010

Indahnya di Hospital B

Masak la korang lepas ni cerita di sekitar spital je hehe. Takpe aku suka je. Ni beberapa fakta masa masuk spital baru ni sejak Sunday.

Naik ambulan dari Hospital A ke Hospital B

Hari tu masa 1st admit kat Hospital A naik ambulan gak kan dari Wad kecemasan ke Wad Bersalin. Hari tu riang ria la tapi kali ni naik dalam keadaan risau dan cuak sebab memang sakit.

Gila kau pakcik drebar tu bawak laju. Feeling tengah racing kat Sepang F1 kot. Aku tengah baring atas katil/troli dalam ambulan tu tak berhenti2 beristigfar. Kalau aku nak meninggal pun jangan la dalam ambulan kan.

Di tahan di labour room Hospital B for 24 hours

Ni memang prosedur sini katanya. Sebab bleeding, nak fully monitor sampai keadaan betul2 stabil. SInce aku belum nak deliver, memang bilik aku diasingkan jauh dari bilik2 ibu yang nak bersalin. But still aku leh dengar ok.

Saiko gak la duk situ dengar baby memangis baru kuar dari perut ibu, ada gak la sayup2 kedengaran suara ibu meneran kesakitan melahirkan anak dan suara misi/doctor jerit suh jangan angkat punggung. Saiko2. Nasib sehari je kat situ. Kalau 1 minggu silap2 dengan aku2 yang tolong sambut baby tu keluar.

Bantak busuk purple tetap dibawa walau ke labour room ye.


Di drip 5-6 botol air

Below, my kecil mulus cute hand after they took off the drip. The drip thingy was so uncomfortable.

Aktiviti seperti mandi manda, bersantap, bersemayam memang tak selesa :( But kali ni MO yang masukkan mende alah ni buat tak berapa sakit ok. Maybe sebab MO yang buat kali ni adalah laki kot so aku cuba control cun di situ. Motif control cun sedangkan comot nak mampus dengan uniform hospital cam mak buyong. Eh mmg mak buyong pun.

And I like the plaster, kalis rindu. Eh kalis air. Masa kat previous hospital, mak aii sakitnya. Setiap kali mandi kena tukar plaster. Sampai nurse tu kata awak ni mandi ke berendam dalam bilik air.

Again, motif??

Thursday, July 15, 2010

Masih di sini :)

Haluuu, rindu I ke? Hehehe. I'm still in hospital, tapi dah bertukar hospital. Last Sunday I had bleeding again, doctor worried I might had preterm labor. Memandangkan hospital lama tu ventilator tak cukup, so they transferred me to this hospital. Hospital apa?

Teka la. Ada sorang blogger berkhidmat MO di sini tau. Wah mandai je aku teka MO, tah2 specialist hehe. Kali duk bilik sorang sebilik, sunyi skit la takde member.


Btw syukur baby ni belum nak keluar lagi. FYI, I baru 7 bulan. Memang awal tapi kalau baby dah nak tgk dunia awal, kena redha la. Dah placenta previa kan, sekali bleeding banyak2 memang kena caesar je. If not memang membahayakan baby dan ibu, setakat bahaya ibu takpe, saya sanggup jeberkorban, tapi saya tamau kehilangan baby lagi untuk kali kedua :( Nauzubillah, InsyaAllah baby will be save dengan pemantauan dari hospital :)

So haruslah berumahtangga kat hospital ni sampai bersalin.


Meanwhile doa banyak2 baby bertahan lama dalam perut ni ye. Sabar tauu. Mummy tak puas lagi baby duk dalam perut ni.

So kawan2, minta maaf tak sempat berjalan2 ke blog kawan2, ada sempat ada tak sempat. Nanti free I blog lagi k :) Assalamualaikum.

Thursday, July 8, 2010

Right handed or lefthanded?

I’m right–handed but sometimes left–handed. I do pretty much everything left–handed, except eat and write. Selalunya orang mcm ni creative. Haah ek.

Kreatif temberang. Hehehe..

Contoh2 menunjukkan saya seorang lefhanded:

Angkat barang
Pegang kamera

Pegang handbag
Note: Pegang perut sebab kancing kain tercabut, so adalah hendak terburai kain semasa itu.




.
.
.
.
.
.
..
.
.
.
.
.
.



Actually I purposely put this topic so that I can put my face here. Rindu la dengan wajah kesayangan hamba ni. Motif rindu dengan diri sendiri? Muahahahahaha.

So siapa seangkatan dengan I yang special ni, right + left handed?

Wednesday, July 7, 2010

Purse

Fuh nasib ada pic2 ni, sempat la buat entry ni :) Sementara ingat dan takde topik (kang citer pasal spital je ada yg boring hehe) and since tag ni dekat di hatiku, I buat tag ni dulu ye. Tag dari qellissa :)

1. Snap the picture both inner and outer of the wallet.

I thought it would be fun to ‘literally’ show you, in pictures, what’s in my wallet. Tgk dari jauh je la.

Inner

2. Introduce your wallet brand, price, where you buy

LV monogram canvas wallet hadiah from husband so price adalah rahsia. Bought in masa trip to Paris end 2008. The only complaint is the coin pocket. It is a little small and a little hard to get coins out of. Tapi kalau bawak handbag/ clutch kecik2 I don't use this purse. Or kalau kena bermalam di hospital ke, I just use it my smaller purses as a spare.


3. Take out whatever inside your wallet (at least 5 pictures)

I have only 1 credit card and the rest are 2 atm card and lots of loyalty and membership cards. I think I should not bring my wallet when going out. Because i tend to spend more than usual hehe.

Duit masa hari di snap. Skrg yilek. Tinggil duit kaler merah 2 helai je. *nanges*

ATM card, credit card, TnG spare, loyalty card
Klinik/hospital card, kad2 sampah? MyKad, liscense.

4. Snap a picture of you with your wallet.

;)
5. Tag 5 person.

ana, k.ina, aishah, sirna, kauthar :)

And to sesiapa berminat nak buat, leh ke entry dia ni untuk copy soalan :)

So what's in your wallet? Berketul2 duit I supposed?

Monday, July 5, 2010

Teka di mana saya?

Ala sure leh teka punya.


Biasa la, I again had a painless bleeding di pagi2 Sabtu baru2 ni. The blood is bright red, meaning the bleeding is fresh. No abdominal pain or cramping or any watery discharged, kalau ada maknanya nak beranak tu. Motip kasi penerangan terperinci ni?? Aku lambat lagi nak due ok so doakan2 la baby ni bertahan lama sikit dalam perut.

Tapi kejap je bleeding tu so dont worry ok, but still, I cemas hoccay. Terus pergi bahagian emergency kat spital maka bermalam la saya selama beberapa hari di wad. Ni bloggging dari wad la ni, gigih ok takut korang tertanya2 mana aku pergi. Cecewahh tertanya2 la sangat.


Doctor kata uri still kat bawah and kebetulan kaki baby kat bawah jugak dan my baby adalah sangat aktif duk menendang2 bahagian uri, so mungkin sebab itu bleeding.

Selagi ada tv and laptop, insyaAllah mampu ku bertahan duk sini. Cuma aku ada menyampah dengan sorang nurse ni sangat lorat. Tapi akak sebelah katil ni tak bagi I menyampah2 dgn orang time pregnant ni, tak baik kata nya. Ok la I lap u nurse!

Kali ni ada pengalaman skit la masa nak admitted to ward. Nak dengar ke? Tamau pun nak cerita gak la.


Ini adalah 1st time dalam hidup naik ambulance dari wad kecemasan ke wad bersalin. Sebab? Attendan yang bertugas gi breakfast, so takde siapa nak tolak wheelchair ke sana. Maka naik la ambulan. Malu ok sebab bukannya sakit teruk or watever ke apa. But still, I was bleeding so nak suh berjalan kaki adalah kejam. Orang duk heran2 kenapa aku leh riang ria lagi masa turun ambulan. Excited semacam je.

Pesakit yang ceria la katakan. Ok la nurse ni nak check perut ni. Toodles :)

Friday, July 2, 2010

Mari ambil gambar

Respect la camne orang leh save banyak2 entry pastu buat autopublish. I can't do that, semuanya prompt walaupun pic bulan lepas punya. Tetiba pagi ni terdetik nak tulis ni dalam blog. Perihal ambil gambar

Ambil gambar orang

Pernah tak korang try to take a photo when your camera is set to video mode. Saya memang master of trying to take a photo when the camera is set to video mode. Saya simpan lagi videos of people waiting for me to take a photo than I did actual, you know, photos. Macam2 gelagat, ada yang dah 30 saat senyum pastu mereka yang sedang posing tu akan tanya, "woi mana flash?". The I realised sebenarnya tengah video mode.

Hehehehe.

Ambil gambar sendiri

Tayah pakai camera canggih, biasa pakai camera phone yang tak canggih ni and berapa kali tah dah jatuh ke tanah. A camera phone is a valuable tool for photography. Sebab apa tau, the most inspiring and exciting moment occur in everyday life when you do not have a standard camera with you.

Setuju?


Pic ni atas ni takde la exciting pun, memang tebiat amik pic. Of course pic taken awal tahun ni masa slim melim.

K la happy Friday ye. Nak pergi checkup. Be good ya!

Thursday, July 1, 2010

Things I don't do

Korang ada tak mende korang takkan buat walaupun dibayar beratus2 ringgit? Tapi kalau bayar beribu2 lemon tu might consider gak la kan. These are few things (there are a lot actually) that I don't do but deep in my heart I wish I'm capable to do it.

1. Sew/ menjahit.


I was quite bad at it that I cheated for PMR's Kemahiran Hidup kerja amali, telah men 'sub' kepada mama untuk diuruskan menjahit sarung for my tabung bermuzik dan berlampu. Bukan I tak pandai jahit ye, tapi tak kemas, bengkang bengkok cam ulau mellingkau jadinya. Btw my mum cheated as well, she made my tailor to sew it. Hahaha! So korang anggarkan lah berapa markah aku masa tu.

Now, nak alter baju pun kena hantar kedai. Cost alter baju kadang2 lagi mahal dari cost baju tu. If only I can sew.

Sekarang ni takat jahit butang baju or kain tetas tu, kalau hantar tailor gak memang nak kena penampar la tu.

2. Play musical instrument

Play musical instrument except the recorder and castanet and kerincing yang tak memerlukan baca note2 'taugeh'. Tapi kagum gila tengok orang leh main piano or girat sambil menyanyi. Err ke biasa je tu? How the can do it ye?

Dahulu kala I can play recorder well with various song and I even compose few bodoh2 song. Now, I am not sure if recorder still exist.


3. Sing

I'll bet when people heard my voice, diorang rasa nak menangis. Menangis sebab I sounded awfull and kesian kat music composer penat2 perah otak cipta lagu pastu disumbangkan. I just watch people sing and jadi penyanyi latar when I go to karaoke. No worries, I have fun watching people doing it and it looks like fun. Singing is a NO-NO to me.


Bak kata katemoss "Just because you're a model, doesn't mean you can do everything". Kate Moss has tried to extend her talents to singing, but it's so bad, her man has banned her.

Err apa kaitan Katemoss dengan aku niii???

Tag
Memandai je create tag tapi tag orang bagi tak buat2 lagi ehehe. So dengan suka suki I would like to tag rakan sebaya Purplelicious, Syidamislan and Qellissa. Wah hentam je kata rakan sebaya walaupun aku lagi muda pada korang. Wahahahahahaha.

Buat ye kalau free sesiapa free and tak tau nak buat entry pasal apa tu. Toodles!