Tuesday, June 8, 2010

Saya nak cuti! Melaka!

.
Dear all,

I'm going to historic Melaka today. Cuti2 Malaysia lagi :) Tengok sekarang traffic kurang je and blog pun banyak tak update sekarang sure ramai sedang bercuti kan.


Are there any highly-recommended places to visit and eat in Melaka? I takde nak apa sangat cuma teringin la nak cari terompah melaka. And reminder to myself, takleh la lasak2 sangat kan. Ni pun aku curi2 berjalan time parents gi oversea. Tidak harus kena syarahan.

Terompah

I'll try to update once dah sampai, di hotel the internet rate is RM24 per day. Tengok la tegar tak tegar :) Happy working to those working :)
.

Monday, June 7, 2010

Al-Rawsha

.
My parents is off to somewhere di muka bumi ini yesterday for a 10 days trip. Kasi can la dorang berholiday, harap balik nanti bawak la banyak2 souvenir ye hehe. Siapa tak suka barang free kan.

The day before they left, abah decided to belanja2 kami sekeluarga makan. So, since abah had no idea nak dinner mana, my sister sugggested to go for a middle east food aku pun tak tau dari mana datang roh arab dia ni tetiba mengidam nak makan arab. And tempat yang aku dapat fikir of course la Al Rawsha yang terletak di Jalan Damai, Ampang. Kat situ berderet kedai makanan dari middle east tapi Al-rawsha paling popular and ramai orang.

Pic dicilok dari sini. It's a bungalow converted to a restaurant opposite of Kelab Aman.

Kebetulan our family had a double celebration so bertepatan sekali la dinner malam ni. Wondering the double celebration? :

a. my sister's upcoming birthday
b. my husband's upcoming birthday

p/s kopak la aku bulan ni

The inside of the bungalow seems to cater more for private gatherings, we chose the room with no dining table hanya cushions filled the space. Wah baru la rasa macam kat Arab kan, makan bersila lagipun bawak kanak2 bawah umur so we need private room. Lagi pun kat luar bising sangat.

Best woo, kalau dapat shisha lagi best. Eh kena behave ada orang tua and budak kecik.
Photo quality as usual sucks aku tunggu je korang hadiah kan dslr kat aku.


My family is not a fan of red meat and prefers chicken instead, so we ordered food yang berasaskan ayam and sayur2 sahaja. The meal come with separate gravy; tomato chutney and yogurt. Yang ni je buat aku lalu makan. Tidak kering je rasa.

Chicken Kabsa

Chicken Mandy

Ada few lagi dishes yang di order like kebab etc tapi malas amik gambar. I’ve never been fascinated with any Arabian
food so takyah la tanya sedap ke tak. Yang penting orang lain makan semua licin :)

Yang tukang order adalah my husband sebab dia biasa makan makanan2 ni. Kami ni ala2 ikut je sebab tak reti. So layan je pic2 yang diambil ni ye.


Ni la mama and abah saya

Oh and let’s not forget the arabian milk tea. I love it! Minum banyak gila cam nak mabuk teh je bila balik hehe. So yes, this is a must try.


So sekian la entry hari ni. Kalau berminat nak pergi, silalah ke:

78, Jalan Damai
Off Jalan Ampang
55000 KL
TEL: 603-21439151
.

Friday, June 4, 2010

Lagenda Budak Setan

.
I'm not a fan of malay novel. Seriously bukan berlagak. Actually english novel pun aku jarang baca. Slalu baca komik je time remaja2 dulu. But now once in a while of course I enjoy a good book. Type of book, travellog book, sejarah tamadun Islam or reading short stories, just for relaxation and getting rid of the stresses. Wah stress la sangat.

Pic digoogle sahaja.
Back to novel melayu tadi, salah satu novel yang pernah dibaca dan meninggalkan bekas di hati adalah Lagenda Budak Setan. I don't quite remember when it first released, tapi yang aku tau I started reading it masa form 2-3, masa tu duk asrama. Standard la pinjam orang punya, nak tunggu turn masing2 baca panjang gak la tu.

Time tu baca pun dah feeling sorang and nangis2 dah bila baca novel ni. Sememangnya novel cinta yang sedih. Sesuai dengan taste remaja aku walaupun pada hakikatnya aku cam budak2 je time tu, duk lompat2 cam kana2 ribena. Maklumlah lambat baligh. Eh ada kena mengena ke.

Orang kata majoriti novel ahadiat akashah memang meleleh airmata kalau membaca. Time baca LBS ni dulu aku sanggup bersengkang mata, semakin aku membaca, semakin nak tahu apa klimaks dan kesudahan cerita.


So semalam, tengok la LBS the movie since everybody was talking about it, I just went with the flow. Wah padahal paksa2 hubby teman aku kan.

Rasa nak lempang je FK, suka lomantik2 tau.

Aku dah lama ok tak tgk wayang, tetiba gi layan tengok citer ni kat TGV Wangsa Walk. Pelik2.

I knew about the existence of this new cinema via TGV website tapi agak dissapointed coz TGV didn’t update their website on the online booking system, not only that, they don’t even have the time schedules of the movie screenings. So gigihla kami laki bini gi buat early reservation for this LBS movie. Movie pukul 11.45, kul 9.20 buat booking, by that time tinggal 4-5 seat sahaja.

Ingat takde orang nak tgk kat Wangsa Walk ni. The seats in this new TGV Cinema branch at Wangsa Walk Mall are up to standard and it’s spacious & comfy! Cuma popcornnya I prefer GSC punya. Boleh gitu?


Oh I'm supposed to review about the movie, not the cinema! Sedih cerita ni, the fact that they've gone thru so much in the relationship in order to be together. I cried masa ending part. Korang tengok la. Terasa cam aku plak jadi Ayu time tu hehe.

Tapi macam too much drama pulak dalam masa 1 hour 40 minutes ni. Sesak nafas aku. Farid Kamil as Kashah ok, lakonan dia bagus walaupun aku membanyangkan orang lain pegang watak Kashah ni. Jerawat dia leh nampak sebiji2 ok. Motif aku focus pada jerawat dia? Lisa Surihani so-so sahaja, tapi memang cun and fotogenik gila! Fazura ok tapi tak byk part dia.

The best this about the movie: Que Haidar. Superb ok lakonan dia. Aku nangis gak part Que curi2 datang ke kubur Ayu pastu nangis. Aku geram part Que jadi physcho. sampai rasa nakkeluar je dari panggung. I don't know how he can do it, terer ok lakonan dia. Yang lain boleh la dari takde. Siapa tah yang berlakon jadi Ayu lepas tukar wajah tu sangat kayu. Aku rasa aku berlakon lagi terer hehe.

Sesiap nak download OST LBS ni; Bila Cinta sila download di sini ye, sungguh menyentuh perasaan dengar lagu ni.

Ok la need to do few things today. Selamat hari Jumaat ye!

Thursday, June 3, 2010

Drink while eating

.
Ha hari ni topik ilmiah sikit. Minum semasa makan. Eh translate tajuk entry je tu, macam la korang tak paham hehe.

From child, mama selalu pesan to eat my food first then only drink. If I drink and eat at the same time, akan kenyang cepat and then not want the rest of my food. My mum said she would rather see we leave the drink unfinished than leave food unfinished. Tak elok tinggal makanan tak habis. Tu perangai aku la tu, suka letak banyak2 tapi tak habis.

Orang kata kata kalau nak awet muda kena minum selepas makan.

However, I did not tak carry out this good habit with me although it makes sense. I drink before and during eating. Suka hati mak bapak aku je kan. Sebabnya aku suka makan pedas, tapi tak tahan pedas. Err paham tak? Lagipun time2 tengah panas ni aku cepat haus.

I end up thirsty because I don't end my meal by having a drink. My mum drinks after she eats and is not thirsty at the end. I kalau tunggu sampai habis baru nak minum, mau tersedu sedan or so dry I almost tercekik (alasan). Maybe in my case usually the food happens to get stuck up in my throat by mistake and I start coughing that I need to drink cepat2 and the food is too spicy and my tongue starts burning. (alasan lagi).

Excuse la muka selenge ni, mmg malas bertouch-up2 sebab tak tahan bau cream n makeup. Boleh gitu?


Apa2 pun, I read somewhere that drinking while eating it is good for digestion, and fills you up so that you don't overeat. Mana tah article tu dah tak jumpa. Biasa la, article yang menyebelahi aku sure tiba2 hilang tak dapat dijumpai. Pelik.

So siapa lagi selain aku yang buruk perangai makan dan minum serentak?
.

Wednesday, June 2, 2010

Percutian 2 hari 1 malam

.
Hi kawan2 :) Wah wah wah buat je entry gedegang emo berbaur gembira terus cik adik Adia menghilang ye? Motif membahasakan diri sendri sebagai cik adik? It's been a while since my last update, so do you miss me? Kalau rindu tu maknanya kita sekapal la, sama2 suka merapu, happening, interesting dan gila2. Wah puji diri sendri nampak.*pang diri sendri*

Actually saya telah mencuti kan diri sendri bersama boyfriend tercinta (dear husband la tu bila lagi nak feeling muda remaja) di sebuah tempat peranginan di Pahang, Colmar Tropicale. Berangin la sangat. Panas je aku rasa, maklumlah pembawa budak kan. Aku beriya la bawak baju wool ada hood bagai kan, gagah gak la pakai kan. The wheather somewhat like having light air-conditioning outdoors seperti 24 celcius. Tak sejuk la tu kan?


We stayed in the one bedroom suite walaupun duk berdua, leh main kejar2 kan bilik besar ni. Eh gurau je. The room of course was quite spacious and comfortable, with a king-sized bed would have been better suited to the room.


Memandangkan masa kami nak park di basement tu di depan tu adalah lori yang supply ayam, berjenama syarikat Hen Hen, kami adalah agak was2 untuk makan ayam atau daging di hotel itu. Tetiba kena jadi vegetarian di negara sendiri kan? So soloution nya kitorang had a late lunch di Bentong! Sejam gak la dari Colmar tu kan. Makan nasi ayam yg best di Bentong. Nasib best, tidak mau aku maki sebab perjalanan pergi balik 2 jam. Cam tak berbaloi je kan

Tapi esok paginya we dined at one of the restaurant. Amik buffet, RM35 sekepala. Mahal gak tu untuk makanan yang tak berpa banyak. No meat, lain my husband makan je la. Aku tengok makcik2 dan pakcik2 relaks je, ye la dorang tak tengok lori ayam tu. * nanges*


Makanan sedap ye, I duk 2 kali ulang makan kewtiau + grilled tomato. Sedap. Yang lain aku tatau sebab aku tak adventurous bab2 makanan ni selepas tengok lori ayam itu. Rasa loya skit di tekak.

Jalan2, tak jalan la sangat kat situ sebab aku takleh jalan banyak. Dalam takleh jalan banyak tu kira BANYAK la aku jalan, siap ke Bentong (for lunch) dan Janda Baik (time otw to Colmar). So kat atas tu hanya berjalan ke Japanese Garden.


Overall its a nice place for relaxing if you need to get out from KL
with a very nice decor. Its pastel colours really made our stay very relaxing and romantic. Aku rasa nak deco rumah sendri concept camni je baru la terasa duk oversea kan.

Sorry la tak banyak pic sebab malas nak resize. Ni pun I hentam je tak rezise. Lantak la janji upload. Ala korang bukan nak tengok muka aku sangat kan, dapat tengok perut jadi la kan hehehe. Ilusi optik je tu, baju tebal pastu feeling2 pegang perut kan. Wah masih mau menafikan.

So till then, if I'm rajin enough, I will update more about the trip. Eh bukan dah abis update ke? Tata titi tutu.

.

Monday, May 31, 2010

Positive

.
Ni flashback cerita beberapa minggu/bulan lepas ye yang tak dipublish2 sebab faktor2 tertentu. Setelah dapat approval from my other half, barulah dipublish :)

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Hari tu saya buat UPT di rumah lepas rasa tak sedap badan. Orang lain mungkin lepas 2-3 minggu lewat baru bertindak, but people like me, hampir setiap kali bila cik P lewat 2-3 days, I will do the UPT. Ye maklumlah terlebih mengharap kan.

That day, tested and I got 2 lines. Macam tak percaya and rasa nak nangis pun ada. Keesokkannya terus gi klinik and scan :)


To reconfirm, did blood test sebab baru 5 weeks. Alhamdulillah got a good news today and have jumped over here :D (tapi tak boleh, lompat dalam hati je)

My doctor said that I have a really high solid number so I wouldn't need to do blood test. Whatever la doctor saya tak tau nak cakap apa melainkan syukur sangat. Sudah 3 tahun lebih saya menunggu saat2 ini.

Saya bersyukur sangat2 akhirnya doa saya dimakbulkanNya. I was pregnant in 2006 tapi baby tak dapat diselamatkan, meninggal dalam kandungan semasa kandungan berusia 30 minggu. I know Allah has arranged it so. There's always a reason for everything. I know my baby have long left but her soul is close to me. Tak pernah sedetik pun saya bernafas tanpa teringatkan dia. Saya tau, satu hari nanti saya pasti bertemu dia. Tunggu mummy ye sayang?

*tetiba bergenang air mata*

Masih panjang lagi journey ini tapi saya tetap doakan semuanya berjalan lancar. Kawan2, doakan kandungan ini selamat dan berjalan lancar ye. Me myself, kena berhati2 dan jangan lasak2 cam dulu la kan.

Saya tau ada orang kawin lagi lama dari saya tapi belum ada rezeki. Pokok pangkalnya, berapa lama pun kita menunggu, menunggu tetap menunggu. Cepat atau lambat je. Saya ada baca blog kakak ni, bergenang air mata saya baca dia. Saya pernah melalui semua itu, mungkin tidak selama dia menunggu.

Happy monday to all :)
.

Sunday, May 30, 2010

Injection

.
Ada sesiapa sini takut kena inject tak?

Some have fears that came from previous bad experiences while others fear because they are afraid of needles? Saya dah biasa sangat kena inject mahupun diambil darah ye kawan2, dah takde perasaan dah bila kena inject.

Meh kasi tips untuk sesiapa takut diinject tu.
  • You will have to rationalize by not being afraid of injections
  • Understanding the importance of injections and its role in speedy recoveries
  • Tarik nafas and it's over
Amboi pandai je nasihat, padahal diri sendri pun tutup mata setiap kali diinject. Tapi takde la sampai tutup dengan baju kan cam mamat bawah ni kan. Ni memang mintak pelempang je. (pic dari pakcik google)


Hari sabtu kena inject lagi. This is my weekly injection. Actually baru 2 kali je amik, kena amik sampai doctor suruh stop. Untuk mengelakkan syak wasangka, ni bukan injection kecikkan atau besarkan mana2 bahagian badan ye. Bukan jega injection nak tegangkan kulit atau berkaitan kecantikkan. Tak kuasa I amik semua tu. Cukup la dengan berselawat sebelum cuci muka, bersihakn hati dan senyum sokmo (tips very the artis2 malaysia).

Ni injection, jeng jeng jeng. Nanti la aku cakap. Tak suprise.


I must say that I didnt have any other side effects apart from getting really hot flushes and generally feeling macam nak demam tapi tak demam. Kalau demam ok gak kan dapat layanan istimewa sikit. Wah demam tak ikhlas tu.

Jab yang ni painful skit banding biasa cos the med is oil based (means it's thick) so doc /nurse had to use a thicker needle. Tak kisah la jarum apa jangan suh aku tengok dah. Nasib inject kat vontot kan, takde la sakit sangat. Sebab? *nanges dulu*

Berkerut muka i walaupun cuba control cun sebab tau pic diambil

As usual prosesnya; the nurse will first cleansed with alcohol swap the area yang nak diinject tu kasi kebas2 sikit. Then she will kept her head down and yours truly will wait anxiously for the jab.

Selalu inject ok tau, tapi hari tu sakit ok vontot aku. Nurse ni tak pandai la. Merana aku satu hari. Tu yang takde mood nak update blog tu.

Ok ke alasan camtu? Selamat menghabiskan sisa2 weekend anda ye :)
.