Korang, ada tak sesiapa sini berpengalaman baby tanak direct breastfeed? Kena pump and bagi guna botol. I tried to BF, baby stayed on my breast sucking for 1 minutes then she falls asleep.
Apakah?
Medela Pump In Style ehsan dari SIL no.2. Pinjam dulu nak tengok tahap pengeluaran susu. Kalau memberangsangkan baru beli sendri.
My SIL said my baby girl doesnt latch on well, mungkin sebab lepas bersalin baby duk ICU so dia dah terbiasa minum guna tiub. Tau nak senang je. So bila try nak BF, baby cannot suck correctly and effectively. Lagipun aku cam tak tahan sakit je. Try guna nipple shield tapi takde kesan jugak.
Ngada kan. Jeles tengok Orang lain relax je menyusu anak. Takyah basuh2 banyak bekas.
So masa kat hospital, doctor suruh perah susu and bagi susu guna cup. Ala cup kecik yang untuk makan ubat tu. Gila ko, bagi guna cup tu banyak tumpah pada masuk mulut. Aku susah payah pump susu, guna cup abis begitu sahaja.
FYI, baby kena tahan wad 10 hari gitu sebab premature and few reason. Plus, mummy and Hafiyya kena tahan wad 3 hari sebab Cik Piya kita ni tak pandai nyusu badan. Hospital gomen mmg gitu eh? Tapi aku cheating gak la, cakap doc aku bagi dedua, guna cup n direct BF, padahal aku bagi guna cup je.
Setelah ditahan di wad, balik rumah, aku terus bottle feed baby. Dari Cik Piya ni menangis2 tak dapat tangkap puting, baik bagi botol kan. Kalau doctor kat hospital aku baca ni sure dia suh aku balik wad balik ni.
Hasil perahan, kekadang rasa nak tercabut dah ni.
Kekadang bila susu rasa macam nak berkurang je or during engorge pain, I tend to give up. I will look at my baby, I want to give her the best I can. I am looking for the day she will direct BF one day.
Teringin jadi mummy cun BF macam ni
Setakat ni every 2-3 hours baby aku menyusu, so aku kena kerap pump every 3-4 hours. Cuma malam je tak pump sebab tak larat sangat dah so aku tambah susu formula.
My pyar :)