Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Tuesday, May 28, 2013

I'm broke but I'm happy


Saman AES
 
In 1 month +++, saya mendapat 3 saman AES. Hebat bukan.
 
Pffffft!
 
I for one will have to admit I do have quite a number of "samans" for speeding eversince I got my license. But I gladly pay the fines. Tapi kali ni gua dapat 3 AES saman berturut2 beb. 1st and 2nd saman dah settle la via MyEG, ni kali 3rd time...
 
*lappeluh*
 
 Pokai la gua!
 
 My 3rd love letter from JPJ :)
 
"AES is operated by JPJ but that doesn't mean that PDRM won't mount their own speed cameras. So you can still get summonses from both JPJ and PDRM". Oleh yang demikian ikut je la peraturan jalan raya ye adik2.
 
Saman dari JPJ memang takde diskaun2 bagai ye. RM300 for speed limit. You do the maths.
 
Surat dari Poslaju
 
Pastu tadi dapat plak surat chenta dari Pos Malaysia. I purcharsed new handbag from Europe (baru dapat duit kutu katanya) tunggu 3 minggu tak sampai2. Rupanya sangkut. My parcel being held at Kastam KLIA.
 
"All items above RM500 are detained by Malaysian custom. The most important question now is what is the item. It may or may not be taxable depending on custom officer's classification. In this case you will have to provide the necessary technical infomation/brochure to back up your case."
 
The thing is, ikut nasib la. Kastam ni pilih/ check secara rawak je. So barang aku la yang kurang bernasib baik itew. 10% tax tu dari harga barang.
 
*gulp*
 
Takde time lain ko nak muncul kan. Time aku pokai ni la ko nak sangkut
 
So cara nak collect:
 
1. appoint Pos Malaysia as a Customs Agent to clear the package (RM49.50 service fee) - Fair, I think. Otherwise you'll have to drive to the LCCT terminal where the Pos Office/ Kastam office is located.

2. or self declare at KLIA - malas!

3. or appoint a 3rd party agent as a Customs Agent - ?
 
Yang no. 2 tu macam tak larat je. Dahler pagi semalam I woke up earlier than usual to pick up my grandmother at KLIA, waited for 1++ hours kot sebab flight dia delayed. Ok that's not the point tapi aku penat kot nak gi KLIA lagi. Kalau lah surat tu sampai awal sikit boleh la sekali harung kan.
 
I dunno la. I just want my bag. Berapa aku kena bayar tax ni wehhhhh.
 
I is pokai :( Kena mandi bunga ni. Eh.

Monday, May 13, 2013

Apam dan Hari Ibu

Made apam polkadot for pre mothers day (Saturday). First time buat ni, not bad. Of course, dua orang budak ni, Abdul Rahman and Piya ate 1/4 of it before being served.

Sedap lettew.


Resipi di ambil dari bog seseorang, lupa dah. And diubahsuai step2 tu ikut tips2 untuk menggebukan dan melembutkan apam and bagi kurang berlubang.

 Bahan:

140 gm tepung gandum
1 1/2 tsp baking powder - diayak sekali bersama tepung gandum
110 gm castor sugar
75 ml susu segar atau susu cair
2 biji telur
1 tsp ovelette
1 tsp esen vanilla
Filling (ikut taste eg strawberry, chocolate, kaya)
Pewarna
25-30 keping mangkuk kertas dan bekas.



Cara-cara:


1. Pukul telur, kastor sugar, esen vanilla and ovellete sehingga sekata. Jangan lama sangat maximum 2 minutes sahaja and putar guna medium speed.
2. Masukkan tepung , serbuk penaik dan diselangselikan dengan susu.
3. Putar sebati hingga nmpk kembang dan gebu. Pun jangan lama sangat agak2 serasi ok la.
4. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna.
5. Masukkan setiap warna dlm piping bag atau plastik bersih. I pakai plastik bersih je pastu potong sikit hujung plastik. (actually guna piping bag kumpul udara and tambah gelembung dalam apam, lebih afdal sccop sahaja adunan, only the dot dot part baru di piping kan.)
6. Letak 1/2 adunan ke dalam mangkuk kertas.
7. Letakkan filling yang digemari, kemudian letakkan lagi adunan yang sama sehingga penuh dan kemudian piping kan dot-dot kan dengan warna pilihan.
8. Kukus 10-15 minit sehingga masak. Jangan lupa tutup penutup pengukus dengan kain so that air tak menitik ke atas apam.


So inilah minum petang kami, ubi rebus and sambal ikan bilis and the not-so-famous apam polkadot. Aku guna jem strawberry je as filling.


On Mothers Day, wished mama Happy Mothers Day and bagi gift. We asked if Mama wanted to go out for Mothers Day lunch or dinner. She said no. Instead she cooked Nasi Lemak for breakfast. Sedap wa cakap lu. Lunch time baru bawak dia keluar, makan Sushi King :) Btw got this messange from MIL, sebak pulak baca mesage short and simple tapi mendalam. 


Happy mother's day to all strong mothers out there. You guys are the strongest being ever. Strong mentally and strong in enduring pain. Happy mothers day Mama and Ummi, I know u r not reading this but u know I love u.

Thursday, January 10, 2013

Separuh jalan


I don't know maybe it's just me, I tend to have this half-done-project-habits for certain kind of things. Mungkin aku terkena sumpahan labi2 kot. (alasan) and need to attend motivation course.

Sebagai contoh, business yang diusahakan. Wah usahakan tu, padahal usaha la sangat? Businessnya berupa pre order and ready stock handbags and baju. Pasal handbags tanak elaborate la sebab kisah kegagalannya malu nak diceritakan.

*tekup muka*.

Blogshop baju saya dah tak aktif so takyah bukak la (sambil menyertakan link kahkahkah)

Pasal baju you know fashion industry is quite difficult because it have A LOT of competitor so kena betul2 all out jual and market your product. Nak compete dengan seller yang sedia ada nama bukan senang unless you have your own unique customer and your clothing are different, tapi kena BANYAK la.

Ada la few tempat pemborong ni kat KL. Yes, you might not be getting the best margins but compared if you get it from online supplier (oversea etc) you get to feel the quality and confirm with the taukeh kedai that the stock will be available for you. Satu masalahnya, SEMUA orang amik baju from sana. So apa uniknya.

Kesimpulannya baik jadi PEMBELI dari PENJUAL. Kah kah kah. But I do hope one day I get good stuff/ supplier, InsyaAllah akan resume business balik. Aminnnnn. Siapa ada peluang perniagaan (baju/ handbags) tu msg2 la I.

Btw ni la hasil mannequin I, which was meant for my blogshop. Jadi tempat gantung aksesori and cardigan. Senang nak grab. Muahahahahah.


Do I never actually FINISH anything? Tak la jugak. Just that doing business is not my thing but at least I tried. Lepas ni nak jual barangan kesihatan pulak la. Contohnya:

Marilah berdoa agar tidak separuh jalan bab amik suplement ni. Up to this date, dah sekotak I minum. Hasilnya nanti I blog kan. Selama ni my track record was NOT good dalam konsistensi makan ubat/ vitamin ni.

BYE!

Wednesday, April 27, 2011

More than words wednesday

Hari ni Hafiyya demam untuk hari ke-3. It's her 2nd time being sick (1st one was last month) and already I'm feeling so helpless. So masa hari ke-1 demam we took her to klinik biasa kat area2 situ (lepas ni klinik ini akan di refer sebagai klinik X) sebab masa tu kat rumah MIL. The doctor prescribe few medicine bla bla so fine la balik la rumah bagi Hafiyya makan.

Hari pertama demam

Hari ke-2 demam I took Hafiyya to DEMC kat Shah Alam jumpa pediatrician yang biasanya Hafiyya checkup every month tu. Pediatrician ni nama dia Dr. Fadzilah memang aku suka gila ia ni, an attentive and caring person.

Sbab apa aku patah balik gi DEMC? Ni sebab Hafiyya had an allergic reaction on her cheeks tambah pulak masih demam. Kami syak the doctor in Klinik X prescribe the wrong antibiotic sebab tu naik merah2. Naya anak aku.

Mula ada merah2 boh sides tapi lama kurang sikit tinggal sebelah.


Dr. Fadzilah says it's viral fever and should subside within 2-3 days. Yeserday nak dekat2 magrib tu felt her eyes and mouth so hot, took the temp and found it to be 38.8! Cepat2 aku bagitau SIL (dia M.O) tapi SIL quite relaxed (perhaps it's just me being overly worried?) Suruh aku lap2 badan Hafiyya je and iku arahan kasi ubat demam every 5-6 hours.


Tambahan pulak Dr. Fazilah kata it's normal for her temperature to be fluctuating. Biarkan dia dalam bilik berkipas kasi haba keluar dan pakai baju nipis2 je and observe her behaviour. She seems ok but finding it hard to feed her. Tamau minum susu minah ni. Tapi makan bubur nasi dia lalu pulak. Any opinions from experienced mommies?


I guess she is now more than 6 months old so having a fever is really normal unless she is below 3 months, sah2 kena admit la kot. Ni info aku baca from internet ye:
  • usually fever in babies will go up and down for 3-4 days and it should be stable after that.
  • If she is having flu like cough and runny nose, it will take at least a week before she can really sleep well.
  • Throwing up in a way is good at least her body is fighting against the viral.
  • Do not stop feeding her <-- aku hanya mampu suap air kosong sesekali je sebab susu ia reject. Kasi makan bubur 2-3 hari sekali dia makan je.
Also I use a wet towel to rub on her body especially her ampits, forehead bila agak2 panas then rub with a dry towel (macam pic 1st tu aku malas nak ajust turun balik pic ni). I know the feeling memang tak best bila baby sakit coz you will worry and feel helpless, tapi harap bertabah lah.

Hafiyya & daddy. Piya ni time bergumbira cari daddy, time sakit baru la nak kat mummy dia.

Well nak komplen skit. My SIL kata sekarang arahan KKM setiap ubat diberi kena ada label di depan. Kena ada:
  • Nama ubat
  • Kandungan ubat
  • No pendaftaran dan label hologram yang disahkan KKM.
Contoh ubat ikut procedure

Sebab semua ubat sekarang standardize dikeluarkan dan wajib diluluskan ahulu oleh KKM
even to kinik2 biasa (siapa doctor baca pls correct me if I'm wrong ye). Siapa rajin baca lah kat sini.

Kerajaan tamau la klinik2 ni beli ubat dari India or etc yang style kita dulu2 tu kan, klinik2 beli ubat dalam botol besar lepas tu bila nak bagi patient tuang dalam botol2 kecik kepada patient tanpa labelkan nama ubat tu. Contohnya just labelkan ni ubat demam tapi jenis antibiotik jenis apa (paracetamol/panadol/etc) tak dinyatakan.

Contoh ubat tak ikut procedure
Panjang aku explain ni harap korang paham la ye. Nampak gayanya entri kali ni berilmiah sikit. Harap dapat manfaat dari sini. Sekian.

Monday, April 4, 2011

Pedas boleh kurus?

While having dinner with my mum the other day, tetiba macam mana tah terkeluar topic siapa nak kurus dan awet muda makan pedas2, sambil kami masa tu tengah makan nasi berlaukkan udang galah masak sambal. Memula aku syak mama saje keluar kan topic tu bagi nak lakukan udang masak cilinya nya itu.Tapi kalau tak pasal topic tu pun memang kitorang anak beranak suka je udang galah, memang biasanya licin je.

So apa pendapat korang? Pernah dengar tak orang kata makan pedas (cili) boleh awet muda dan slim? Perasan tak people in Asia are usually slimmer than the Europeans or Americans? Biasanya dalam masakan orang Asia ni contains 3 main ingredients: garlic, chili and ginger. All these ingredients have a lot of anti oxidants and other nutrients that are good for our health.

Oleh kerana ada bahan anti oxidants, so tayah la makan Brand's Innershine Prune Essence kan kan? Sama je fungsinya. Prune is a antioxidant food and it is good for detoxifying, so will be able to flush out your toxins. When u have good digestive system, your skin will be good as well. Kesimpulannya nak cantik makan lah makanan pedas! Sebab aku kalau lepas makan pedas sangat confirm gi bilik air lepas tu. Eh ke semua orang pun macam tu.

Tapi bebaru ni aku consume jugak Prune Innershine ni, mana tau leh cantik cam Adira. Tapi baru 7 botol minum. Nanti dah 700 botol baru aku buat testimonial ye. Ye la dah selang sehari minum kan, asyik lupa je nak minum.


Based on my observation dan experience, bab awet muda tu aku agak setuju tapi bab kurus tu maybe it do apply to certain people including me. Bukan nak cakap besar, aku seumur hidup tak pernah diet, I'm quite a good eater and kadangkala makan dalam quantity sikit tapi sangat kerap. Harap2 selepas usia mencecah 30 +++++ nanti aku maintain slim (slim sangat ke skrg? tipu je) and tahap metabolisme aku masih lagi tinggi seperti sekarang. Oh tapi sekarang badan aku dah agak berisi dari dulu, mungkin sebab aku dah beranak kot (tanak ngaku naik sebab faktor umur tu!).

Bab2 awet muda, kami anak beranak memang nampak muda dari umur sebenar, mungkin faktor genetik kot. Takde la nampak muda 10-20 tahun kan. Cukup la tu muda 4-5 tahun. Tua tetap tua asal jangan orang kata nampak tua dari usia sebenar sudah. Again, thanks to the spicy food, kalau itulah penyebabnya :D

Tapi for sure aku suka makan chili yang lagi satu ni. Awas, chili yang satu ni tak dijamin boleh menguruskan badan. Menambahkan berat badan boleh la!


.

.

.

.Align Center

.

.




Bagi sesiapa yang suka makanan pedas jangan risau, by eating chili (cili merah bukan chili's!) has not been proven to hurt you in the long run. Try not to eat spicy food before going to bed. The heat which raises your metabolic rate will actually keep you from sleeping. (sources: Internet).

Amalkanlah hidup sihat. Jangan malas exercise la! (nasihat untuk diri sendri). Sekian pesanan khidmat masyarakat.

Wednesday, November 17, 2010

Raya Korban

Dulu kecik2, kalau hari raya haji biasanya kami sekeluarga tak balik kampung. Raya Aidilfiti pun jarang gak balik. So aktiviti wajib aku time tu tentunya pergi ke surau berdekatan rumah tengok korban. Kami budak2 perempuan tengok dari jauh je la kan. Konon2 takut darah terpercik kat kitorang. Bila tengok lembu yang dikorban tu, terdetik rasa kesian. So tekad la masa tu tak mau sentuh daging lembu dah. Konon rela makan ayam hari2. Padahal memang ayam favourite aku pun, daging2 ni kureng. Tapi acah je la, kalau orang serve daging I makan je.

Juadah wajib pagi raya (pic dicilok)
Jangan suh aku masak dah. Eh.

Raya Korban 4 tahun lepas, hubby and me buat Aqiqah di Hari Raya Korban. Aqiqah untuk our late daughter yang meninggal 4 years back. Pada yang baru di blog ni, aku quote sikit one paragraph dari entry blog aku bertajuk "Positive" dated 31/05/09.

I was pregnant in 2006 tapi baby tak dapat diselamatkan, meninggal dalam kandungan semasa kandungan berusia 30 minggu. I know Allah has arranged it so. There's always a reason for everything. I know my baby have long left but her soul is close to me. Tak pernah sedetik pun saya bernafas tanpa teringatkan dia. Saya tau, satu hari nanti saya pasti bertemu dia. Tunggu mummy ye sayang?

Walaupun meninggal, dia kira cukup sifat sebab dah 30 minggu, maka aqiqah pun dilakukan.

Untuk pengetahuan, Aqiqah boleh dilakukan bila-bila masa saja tetapi ibadah korban hanya boleh dilakukan pada hari-raya haji atau 3 hari selepas hari raya haji. So kitorang buat aqiqah bersama dengan korban sebab ianya boleh dilakukan pada hari raya haji atau 3 hari selepas hari raya haji.

Masa tu kami wakilkan pada kawan mama je la. Dia buat di Pontian, Johor. Aku masa tu tengah berpantang dan kurang sihat, setakat "whateverla". The meat were distributed amongst the poor and anak yatim. Terkilan gak tak dapat tengok.

Takpe lepas ni untuk Hafiyya, aku dan hubby tekad nak buat betul2, InsyaAllah.

Hafiyya and Kaleela (cousin)

Eventhough it has been years, I think I should record it here :) Sorry for the bad quality of pic, unfortunately I didn't use canggih handphone those days.


Selamat Hari Raya Korban!

Monday, October 4, 2010

Ikan oh ikan

Korang, baru aku perasan selama berpantang ni aku tak makan pun ikan haruan. Eh makan, tapi 1st day lepas operate je. Tok buat masak sup. Memang tekak takleh terima la, terus request lauk lain.

Ni la makanan rujiku masa berpantang. Ikan masak jeruk/cuka namanya. Mmg sedap. So sminggu 2-3 kali tok sure masakkan aku ni sebab makanan2 lain eg. ikan masak singgang, masak cili, hati masak lada etc etc yang aku pun tak tahu nama aku tak berapa nak lalu.

Resipi makanan orang berpantang (bonus sub-topic)

Kot korang terliur tgk pic ni, nak resipi sila la ambil. Resipi tok ok. Apa dia cakap itu aku tulis.

2-4 ekor ikan goreng (apa2 aje ikan goreng yg tak habis atau baru goreng pun boleh lagi ok))
10 ulas bawang putih - kalau besar belah dua.
5 ulas bawang merah - kalau besar belah dua aje..
2 inci halia - hilis halus memanjang.
sikit biji sawi
2 - 3 biji cili merah
6 senduk air, 1 senduk cuka makan
gula satu sudu kecil
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

Panaskan minyak dan masukan bawang putih bawang merah, biji sawi dan halia. Biar hingga kekuningan. Masukkan air, cuka. Tunggu hingga mendidih. Masukkan ikan goreng dan cili merah (hari tu tok pakai cili api gak kasi kaw). Biarkan 5 minit. Masukkan garam. Balancekan rasa masin, manis & masam.

Sekian terima kasih. Maju lah suka untuk negara.

Sunday, August 29, 2010

Makan pedas untuk kurus?

Note: Ini adalah entry ulangan. Siapa dah pernah baca buat2 tak pernah baca je la ye.

While having dinner with my mum pada suatu ketika sebelum masuk hospital, tetiba macam mana tah terkeluar topic siapa nak kurus dan awet muda makan pedas2, sambil kami masa tu tengah makan nasi berlaukkan udang galah masak cili. Memula aku syak mama saje keluar kan topic tu bagi nak lakukan udang galah masak cilinya nya itu. Tapi kalau tak pasal topic tu pun memang kami anak beranak suka je udang galah, memang biasanya licin je.

So apa pendapat korang? Pernah dengar tak orang kata makan pedas (cili) boleh awet muda dan slim? Perasan tak people in Asia are usually slimmer than the Europeans or Americans? Biasanya dalam masakan orang Asia ni contains 3 main ingredients: bawang putih, cili dan halia All these ingredients have a lot of anti oxidants and other nutrients that are good for our health.

Oleh kerana ada bahan anti oxidants, so tayah la makan Brand's Innershine Prune Essence kan kan? Sama je fungsinya. When u have good digestive system, your skin will be good as well. Kesimpulannya nak cantik makan lah makanan pedas! Lepas ni jurumekap akan berkata pada kamu semua " Awak tak perlukan saya, kulit awak sudah cantik!"


Sah. Tak paham la tu? Tak tengok tv ke apa korang ni?

Based on my observation dan experience, bab awet muda tu saya agak setuju tapi bab kurus tu maybe it do apply to certain people including me. Bukan nak cakap besar, saya seumur hidup tak pernah diet, I'm quite a good eater and kadangkala makan dalam quantity sikit tapi sangat kerap. Harap2 selepas usia mencecah 30 nanti I maintain slim (slim sangat ke skrg? tipu je) and tahap metabolisme saya masih lagi tinggi seperti sekarang.

Bab2 awet muda, kami anak beranak memang nampak muda dari umur sebenar, takde la nampak muda 10-20 tahun kan. Cukup la tu muda 4-5 tahun. Tua tetap tua asal jangan orang kata nampak tua dari usia sebenar sudah. Again, thanks to the spicy food, kalau itulah penyebabnya :D

I was raised by eating spicy food, but I don't eat chilli directly eg gigit cili padi as ulam (fuh terror siapa amalkan ni?), I like sambal tumis and makanan pedas2 tapi jgn pedas sangat. Lagipun it won't be good if we take too much of chili.

Tapi kadang2 I suka gak makan chili yang lagi satu ni. Awas, chili yang satu ni tak dijamin boleh menguruskan badan. Menambahkan berat badan boleh la!

Amalkanlah hidup sihat. Sekian pesanan khidmat masyarakat.

Friday, June 25, 2010

Online shopping

I'm developing a habit of purchasing clothes from the online dealers, manufacturers belum lagi sebab saya suka tgk model2 dari online dealers menggayakan baju2 (manufacturers jual longgok2 je ye, saje nak bagitau perbezaannya). Dengan itu akan teringin nak beli sebab akan berasa rasa muat feeling konon2 aku sesize dengan model2 itu.

Ni pic bawah ni contoh je, beli lama ni dah. Sebab rasanya banyak kali beli baju tak berkenan dengan materianyal. Lagipun now size badan dah lari skit (lari banyak just admit it!) ni cuba bawak2 beristigfar sikit. Cuba ushar2 baju baby pulak kan. Tapi tak beli apa pun lagi barang baby ni.

Boleh jadi model ke? Ada sesiapa jual baju nak I jadi model tak? Ni pic few months ago masa tu dah ada 'isi'. Motif cover perut kan. Fail la aku jadi model tau satu gaya je nak posing pastu kena sentiasa tarik nafas kasi perut kempis. Kantoi!


And, I believe that one could also buy authentic designer handbags online with equal ease. Of course, barang2 yang I beli ni dari seller Malaysia je ye, belum tahap oversea lagi sebab kurang yakin.Tak kuasa nak deal sendiri kat kastam KLIA bagai.

So tell me, korang shopping online tak? Or buy some handbags online? Online shopping can save our time, it's very easy and popular now so why won't we choose online shopping. Ye saya memang menggalakkan online shopping sebab jimat masa tapi tengok barang la kan. Kasut no ye, tak sesuai beli online.

If u want to buy some handbags online, I'll introduce some very popular online shopping in Malaysia for u. Saje promote, I bought one handbag online setakat ini to see the quality di sini, when I got it, it's perfect, boleh dapat dalam masa 14-16 days sahaja if the barang is still in US and the price is quite reasonable, so I introduce my friends to go there.

Here is a few link that you can buy bags online in Malaysia:

http://luxboutique.blogspot.com/
http://coachnmuchmore.blogspot.com
http://www.ronasofia.com
http://muchmoreinhand.blogspot.com
http://boutiquepisces.blogspot.com
http://princessvictoriastylo.blogspot.com/
http://ladiesbagonline.blogspot.com/
http://loveforcoach.blogspot.com
http://del14.blogspot.com
http://www.thecrazycoach.blogspot.com
http://catchthatcoach.blogspot.com/
http://www.bagskaki.blogspot.com/
http://www.allureisbeautiful.blogdrive.com/
http://mrsazrolsmallshoppe.blogspot.com/

Tu je la nak share :) Oh ada shoppingan terbaru, tapi next entry la ye. Ini betul punya akan bersambung. Tungggggu.


Sekian, pesanan khidmat masyarakat. I ni membeli pandai la, nak suruh menjual memang tak pandai. Suka2 tolong promote blog orang sahaja.

Chow cin cau.

Thursday, June 3, 2010

Drink while eating

.
Ha hari ni topik ilmiah sikit. Minum semasa makan. Eh translate tajuk entry je tu, macam la korang tak paham hehe.

From child, mama selalu pesan to eat my food first then only drink. If I drink and eat at the same time, akan kenyang cepat and then not want the rest of my food. My mum said she would rather see we leave the drink unfinished than leave food unfinished. Tak elok tinggal makanan tak habis. Tu perangai aku la tu, suka letak banyak2 tapi tak habis.

Orang kata kata kalau nak awet muda kena minum selepas makan.

However, I did not tak carry out this good habit with me although it makes sense. I drink before and during eating. Suka hati mak bapak aku je kan. Sebabnya aku suka makan pedas, tapi tak tahan pedas. Err paham tak? Lagipun time2 tengah panas ni aku cepat haus.

I end up thirsty because I don't end my meal by having a drink. My mum drinks after she eats and is not thirsty at the end. I kalau tunggu sampai habis baru nak minum, mau tersedu sedan or so dry I almost tercekik (alasan). Maybe in my case usually the food happens to get stuck up in my throat by mistake and I start coughing that I need to drink cepat2 and the food is too spicy and my tongue starts burning. (alasan lagi).

Excuse la muka selenge ni, mmg malas bertouch-up2 sebab tak tahan bau cream n makeup. Boleh gitu?


Apa2 pun, I read somewhere that drinking while eating it is good for digestion, and fills you up so that you don't overeat. Mana tah article tu dah tak jumpa. Biasa la, article yang menyebelahi aku sure tiba2 hilang tak dapat dijumpai. Pelik.

So siapa lagi selain aku yang buruk perangai makan dan minum serentak?
.

Sunday, May 30, 2010

Injection

.
Ada sesiapa sini takut kena inject tak?

Some have fears that came from previous bad experiences while others fear because they are afraid of needles? Saya dah biasa sangat kena inject mahupun diambil darah ye kawan2, dah takde perasaan dah bila kena inject.

Meh kasi tips untuk sesiapa takut diinject tu.
  • You will have to rationalize by not being afraid of injections
  • Understanding the importance of injections and its role in speedy recoveries
  • Tarik nafas and it's over
Amboi pandai je nasihat, padahal diri sendri pun tutup mata setiap kali diinject. Tapi takde la sampai tutup dengan baju kan cam mamat bawah ni kan. Ni memang mintak pelempang je. (pic dari pakcik google)


Hari sabtu kena inject lagi. This is my weekly injection. Actually baru 2 kali je amik, kena amik sampai doctor suruh stop. Untuk mengelakkan syak wasangka, ni bukan injection kecikkan atau besarkan mana2 bahagian badan ye. Bukan jega injection nak tegangkan kulit atau berkaitan kecantikkan. Tak kuasa I amik semua tu. Cukup la dengan berselawat sebelum cuci muka, bersihakn hati dan senyum sokmo (tips very the artis2 malaysia).

Ni injection, jeng jeng jeng. Nanti la aku cakap. Tak suprise.


I must say that I didnt have any other side effects apart from getting really hot flushes and generally feeling macam nak demam tapi tak demam. Kalau demam ok gak kan dapat layanan istimewa sikit. Wah demam tak ikhlas tu.

Jab yang ni painful skit banding biasa cos the med is oil based (means it's thick) so doc /nurse had to use a thicker needle. Tak kisah la jarum apa jangan suh aku tengok dah. Nasib inject kat vontot kan, takde la sakit sangat. Sebab? *nanges dulu*

Berkerut muka i walaupun cuba control cun sebab tau pic diambil

As usual prosesnya; the nurse will first cleansed with alcohol swap the area yang nak diinject tu kasi kebas2 sikit. Then she will kept her head down and yours truly will wait anxiously for the jab.

Selalu inject ok tau, tapi hari tu sakit ok vontot aku. Nurse ni tak pandai la. Merana aku satu hari. Tu yang takde mood nak update blog tu.

Ok ke alasan camtu? Selamat menghabiskan sisa2 weekend anda ye :)
.

Thursday, May 20, 2010

Seharian di Embassy

.
Semalam seharian di Embassy of Indonesia uruskan replacement of our maid's passport and obtained Sijil Pelaksanaan Laksana Pasport (SPLP) so that she can go back to Indonesia dengan jayanya in early June. She needs to go back sebab nak daftar anak bersekolah. Dia janji dia akan balik semula before puasa. Haruslah bagi balik, kalau tak asyik duk menung je. Harap dia balik semula before puasa dah la kan.

Why replace passport? Pasport lama dia hilang ye and sebagai anak majikan yang free takde kerja kononnya, kami bawak la dia ke embassy.

We did it ourself walaupoun ada 'runner' tawarkan nak tolong uruskan. I think they wanted to charge us RM300. Baik la aku shopping kat Nicchi dari bayar kat runner tu kan. Buat SPLP tu hanya banya RM15 sahaja.

'Runner' cun sedang mencari tempat. Deym I need a haircut. Rambut dah out of shape

Ada orang kata dari jam 5-6 am orang dah start queue. Eh tak kuasa I gi awal2, so kitorang sampai sana kul 10. Biasa lah hero/heroin kan muncul lambat. Hehehe.

The process took us from 10-3 pm. Hamik segala bau2an kat situ dah sebati dah heheh. Aku yang mula2 loya ni lama2 tak tak kuasa nak tutup2 idung. Tekad tabah dan redha je la.

Motif bibik aku pegang2 tangan masa nak bergambar kan. Mesra la konon. Eh suka la pic ni nampak cam ada lesung pipit, padahal lighting effect? *nanges*

Since we trust our maid to be around bersama wak2, cewek2 dan cowok2 senegaranya di situ, we left her there to wait by herself from 12.30 till 2.30 pm. Aku dah sesak nafas weh. So dalam masa 2 jam tu gi umah MIL di UK (ulu kelang) untuk sesi makan2. Bibik sonok la bersendirian kat embassy, siap makan bakso lagi kat kantin embassy.

Tu dia SPLP bibik dah siap on the same day, dalam 3pm camtu. Next step is to to Immigration for validation pejadah tah. Tu nanti2 la, next week pun leh kot.

Sebagai tanda kenang2an bergambar depan embassy hehehe. Gatal kan.
Overall, looks like Indonesia Embassy has improved their working procedure. Not bad korang. Ye la rakyat dia kat Malaysia ramai, dalam sehari gi Embassy for different kind of urusan memang ramai. Haruslah kerja pun cekap and pekerja kaunter kena la ramai.

Petugas2 depan kaunter depa pun muka not bad tau, cam pelakon2 sinetron. Ada sorang tu aku tengok cam muka Marshanda. Agaknya tu kriteria kalau nak keje embassy kot hehe.

So lepas balik dari embassy singgah Nichi. Dapat baju baru hoyyeh hoyyeh. Tu next entry ye (kalau rajin).
.

Thursday, May 6, 2010

'A' for AYAM

.
Abaikan tajuk.

Hari ni murid2, kita buat tag lagi ye. Kali ni nak selit dengan skit info, sambil buat tag sambil kita belajar :) Info nya sikit je, kalau banyak2 mau jadi tv pendidikan nanti.

Tag by Kniedaz

Rules:
It's harder than it looks...
Copy to your own notes...
Erase my answers...
Enter yours and tag twenty (20) people...
Use the first letter of your name to answer each of the following questions...
They have to be real...
Nothing made up...
If the person before u had the same first initial, you must use different answers...
You cannot use any words twice...
and
You can't use your name for the boy / girl name question...


1. What is your name : a d i a

2. A four letter word : adoi

3. A boy's name : amer

4. A girl's name : aira

Penerangan: nama2 di atas adalah favourite masa sekolah dulu. Takpe, nanti ada anak I will choose another name. Tak surprise la war2 kan sekarang kan.

5. An occupation : archaeologist

6. A colour : amaranth

Info from wikipedia: is a reddish-rose color that is a representation of the color of the flower of the amaranth plant. The color shown is the color of the red amaranth flower

amaranth flower, pic credit to wikipedia

7. Something you wear : a bracelet. eh 2.


8. A food : apricot

Info from internet: aprikot mengandung carotenoids. Malah, kandungannya paling tinggi di antara buah-buahan lain. Carotenoids adalah antioksidan yang membantu pencegahan serangan jantung. Selain itu juga mengurangi level kolesterol jahat dalam tubuh, dan melindungi badan dari kemungkinan penyakit kanser yang ganas.

Inti buah aprikot ada di dalam bijinya. Ini juga memiliki beberapa kegunaan untuk menjaga kesehatan. Antara lainm memperkuat sistem respirasi juga mengurangi batuk dan asma.

Pic credit to google

9. Something found in the bathroom : a pink shower cap

Penerangan: I shower 2-3 times daily but wouldn't want to wash my hair every shower. For that reason, I would wear a shower cap.


10. A place : angola

Penerangan: My husband telah mendapat offer untuk bekerja di sini. Gila kau nak pergi sana.

Info from Internet: Since 2002 the country has been relatively politically stable after years of civil war but corruption is still rife.

Luanda is regarded as one of the most, if not the most expensive city in the world.

Angola has been ravaged by disease and outbreaks of cholera have taken place in the past, in addition their water is not treated, I would certainly side with caution and drink only bottled water for personal consumption.

Pic credit to google
11. A reason for being late : ai punya suka la

12. Something u shout : awwch!

13. A movie title : AVATAR!

14. Something u drink : ais limau

15. A musical group : Alien Ant Farm

Penerangan: Group ni aku tau buat cover for MJ song, Smooth Criminal. Selain tu aku tatau apa sumbangan dia untuk industri hiburan.

16. An animal : ape

Penerangn: tak pernah tengok ape tapi Planet of The Apes pernah la tengok.

Pic credit to google

17. A street name : Argyll Rd

Penerangan: Been to Penang year 2008, masa ni baru balik makan nasi kandar kot. Teringin la pergi Penang lagi, jom la kawan2 kita buat road trip hehe.

Me, in front of the signboard, Penang :)

18. A type of car : alfa romeo

Pic credit to google

To those yang nak copy n paste entry ni pls copy from Kniedaz ye. I need to tag 20 other bloggers. Banyak tu, apa kata kalau saya tak tag? Ada sesiapa volunteer nak buat takk? Angkat tangan nanti saya add nama kat bawah :)
.

Wednesday, May 5, 2010

Surat cinta


Last week aku telah mendapat surat chenta dari pak polisi di Bukit Aman atas ketangkasan mereka yang telah berjaya memerangkap aku speeding di entah mana2. Masalahnya aku tak ingat siapa yang drive kereta ni, maybe it was me but naluri hati ini merasakan orang lain yang bawak.

Wah mandai je la nak menuduh kan orang lain guna kereta aku; husband or maybe abah yang pakai kereta aku. Motif? Nak pass saman tu kat dorang la.

So aku pun pergi la sini dan check. Bajet 1 saman je la.

And guess what? Found out I have 3 summons, totaling RM600 after discount, sejak tahun 2008 saman ni. Gila berkurun saman ekor ni nak sampai. Kalau sampai awal2 kan bagus? Camne aku nak recall siapa drive time tu. I am the type who don't like stuff like summons membelenggu kepala hotak. Kalau dapat saman terus keesokkannya bayar. Displin gitu. Eh ye ke?

Tapi ni kes tertunggak tahun 2008-2009, malas aku. So aku biar je la surat tu kat tepi katil, tunggu husband balik hari tu and settle kan.

Ni setelah kajian dibuat mengenai speed limit for your kind info. Do take not ye.
For highways : 90kph to 110kph
old roads which linked cities : 70kph to 90kph
rural roads : 70kph
residential roads : 40kph
I find it really hard to mantain legal speed limit on highways considering the state of our transportation nowadays. Ok fine takde la canggih mana pun kereta tapi boleh ke korang nak maintain bawak within the limit dengan jalanraya yang serba elok ni? Thanks to government. Wah sempat lagi.

K la nak gi breakfast and menjalankan tugas bagi menjana ekonomi negara; bayar saman. Online ke gi Bukit Aman terus? Tak suka la pay bills online ni. Kurang percaya. Shopping online je aku percaya. Hehehe.
.

Friday, April 23, 2010

Dulu benci sekarang suka - Part 1


Wah dah Friday you. Happy la tu esok cuti.

Siapa suka makan tempoyak? Actually i don't like tempoyak, I even dare not try this delicacy. Dari dulu mama suruh try makan but I refused, tak tahan bau konon. Durian boleh pulak aku tahan bau, sampai rasa nak demam baru stop.


Tapi hari Rabu kot, pecah rekod la, bile tok masak pucuk ubi masak lemak tempoyak tetiba terase wangi jek, perut pun dan2 lapar. Tetiba terliur.

SEDAP!

Tak rasa pun rasa durian tu, rasa masam2 tapi best. I like. I'm so glad I tried. (waktu menaip ni tetiba kecur air liur). But still I can't eat much la. Nanti panas.

Ni meh chef adia nak kasi resipi, bukan senang nak turun resipi ni. Resipi dari tok I ye, kalau tak jadi blame tok, kalau sedap sila puji I heheheh. K.ina yang crazymoney ku sayang, sama tak resipi k.ina ngan tok? Kata banyak persamaan (bab muka tu nanti saya paste pic tok, kita compare ye)
  • pucuk ubi
  • serai, bunga kantan hiris halus
  • tempoyak (masuk 1-2 sudu je)
  • ikan bilis segenggam tumbuk2
  • santan 1 biji kelapa
  • air
  • 5 biji cili api hijau
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang Putih
  • 1 sudu kunyit
  • garam
  • sedikit perasa

Cara memasak :

  • bawang merah, bawang putih dan cili juga ditumbuk halus2.
  • Masukkan bahan2 ini kedalam periuk bersama serbuk kunyit, ikan bilis dan santan jika terlalu pekat bleh la ditambah air sedikit.
  • Setelah mendidih tambah garam dan perasa sekucup rasa
Senangkan? I pun boleh masakkkk. Tapi tahun depan la tunggu I pindah rumah sendri.


Makan dengan kembung rebus. Besttttt. Korang orang pregnant takleh makan durian kan? tempoyak leh ke? (sekadar tukang tanya je).

K la kalau ada sambutan nanti ada la sequel story mory Dulu benci sekarang suka. Have a good Friday ya :)