Showing posts with label emo. Show all posts
Showing posts with label emo. Show all posts

Wednesday, August 11, 2010

Baik buruk government hospital

Terlebih dahulu saya merakamkan ucapan terima kasih pada yang sudi menjawab soalan2 entry terdahulu. Menjawab kuiz entry tersebut, no one aswers them correctly *senyum*senyum* (wah motip senyum, selamat aku hehehe). Sipi2 jawapan tu ada la tapi kurang tepat. Cuba lagi ye di lain tahun.

Yang jawab kembar tu, amboiii. How I wish, tapi duk carry 1 pun dah stranded di hospital hehe. Yang jawab 36 weeks tu, wah wah wah. Belum lagi ye. Lambat lagi nak bersalin ni. So apa jawapannya? Biarlah rahsia.


Well, ini la pemandanganku setiap hari di wad. Obviously this hospital is in a convenient location with fantastic views of the famous Petronas twin Towers and KL Tower. Hospital korang ada ke view cantik begini?

Mati la puji hospital ni kan. Thats one of positive things, I think.

Dan saya nak memperbetulkan perspektif masyarakat on govt hospitals. Memang ramai takut bersalin di hospital kerajaan but sometimes we have no choice. Kemudahan di hospital kerajaan adalah sangat canggih dan lengkap. Kalau tak kenapa orang2 sakit kronik di private hospital semua ditolak ke govt hospital, HKL khususnya. Ye, cost adalah antara faktor lain. Kes2 macam saya ni contohnya, I have no choice but to choose govt hospital. Why?

  1. I need to be admitted from 7 months pregnant onwards. Perlu dimonitor. Cost beb.
  2. IF terbersalin awal, baby born premature so ventilator is needed. Cost juga tu.

Lain la kalau ada orang nak sponsor aku duk kat Prince Court selama 3 bulan hehehek. Betul orang kata, duit boleh dicari. Tapi untuk future baby ni, banyak lagi nak pakai duit ni. Baik simpan untuk baby. Duk hospital glamer2 pun yang sedapnya mummy baby. Baby bersalin mana pun sama, ye tak? (ayat penyedap hati)


Lonely

Downside government hospital ni ada la jugak sikit. Your hubbby can't be with u in the labour room/ operation theater. Tu satu, aku ni yang dah 30 hari kat wad ni hari2 tidor sorang. Kalau rasa sedih, sakit, tanggung ler sorang2. Ye boleh la calling2 tapi mana nak sama kan?

Husband boleh datang time melawat je. Bayangkan bersahur, berbuka puasa pun sorang2. Sedangkan orang lain bergembira bersama keluarga. Sedih beb tanpa family tapi demi baby, I'm willing to do anything.

Doctors in government hospital - not all

I'm actually quite pissed off with the management here. Begini, I had bleeding since yesterday and doctors hanya buat relax sahaja and told my bleeding and minor contraction is still ok. I think they should understand my situation. Tau lah maybe case macam aku ni dah berlambak the came across di sini. But please don't expect semua patient faham. Every patient have different background and history. Of course I'm extra concerned since I had bad experience before.


I'm expecting them to scan me at least! Dah 3 minggu tak di scan I just want to know my baby weight and progress! And uri dah kat mana sekarang? It seems that mende2 ni macam tak penting je untuk dorang?

Demi memujuk hati ini, I just look at it this way, they have alot of patients everyday, alot of the patients, so the doctors are kinda overworked. In addition to that, thy are earning 2-4 digits short of a private hospital doctor's.

Remember, they're doing their job for alot less than they could be doing it for, the long time doctors could go start their own little clinic and earn a 7 digit yearly income working 9-5. Kalau semua doctor cabut gi private, siapa nak berkhimat untuk kerajaan? They're doing us a favour working in a gorvenment hospital.

Positive positive. Sabar je la sementara nak bersalin ni.

Thursday, June 17, 2010

Cerita di wad and sentap

Baru nak update cerita di hospital hari tu. Harap2 takde la banyak kali sangat keluar masuk ye tidak asyik cerita pasal hospital je hehe. Tapi kalau kena masuk sekalipun untuk kebaikkan jugak kan?

Patient satu bilik

Kakak depan I tu 37 weeks pregnant, high blood pressure, diabetic and athma. Complete u. So memang kena caesar lagipun baby songsang. Person sitting next to me, placenta previa jugak, tunggu masa nak caesar je. Masa 3 hari di wad, kakak kat depan dah operation, so tempat dia diganti oleh sorang ni yang 34 weeks pregnant, also high blood pressure. Dia pun baru kena caesar semalam sebab BP tetiba naik. Aku rasa katil tu memang berjangkit la. Takpun dorang stress dengan aku n kakak katil sebelah ni tu yang BP naik hehe.

So masa nak balik, tinggal person next to me. Bergenang air mata dia bila aku nak keluar, sedih takde kawan katanya. Aku pun sedih gak tapi bercampur gembira sebab dapat keluar. Masa tu dah plan macam2 nak buat apa lepas kuar hospital.

Pengalaman di hospital

5 hari di hospital memang macam2 cerita dari patient2 lain. Syok jugak takde la sunyi. Tengok orang keluar masuk hospital, tengok patient sakit2 nak beranak. Hmm. Pastu kita selalu dimonitor untuk check heartbeat baby and BP.

I was warded at UMMC in a 4 bedded room, not really a room sebab dia open, so leh tengok katil kat bilik2 lain gak. Memang macam ni susunan katil kat wad bersalin. Ok la tu, kalau duk sorang2 dalam bilik mati kutu gak, lagi pun I kan jenis penakut. Pastu time2 gini I jadi kaki sembang plak.

Kos penginapan plus treatment etc for 5 days is RM480. Ok la tu kan, duk hotel 5 star tak berkira, duk spital jangan kira la kan. Ni pun semi govt, kalau hospital private entah 1K+ kot kena.

My 5 star hotel

Masa dah 2-3 hari di hospital memang rasa nak keluar sangat2. Bukan tak selesa, tapi rasa too early untuk masuk hospital. Kalau masuk masa dah 7 month pregnant tu ok la boleh terima. I know this is for my own good tapi entah la. Cam risau je masuk hospital awal2 ni.

budak botak ni melawat aku ke nak tgk upin upin?

Syukur dapat keluar lepas 5 hari di hospital, doctor told me to my bed rest banyak2, I know I can sit up (with my feet up) and get up to shower, use the bathroom, etc., but it's still no fun! Rasa terbatas pergerakkan.

Sentap

Semalam malam memang agak sentap la, I dah prepare nak keluar dinner dengan husband and my parents. Ala makan dekat2 rumah ni je, sebab memang teringin nak makan mihun hailam. Tetiba SIL tegur (she's a doctor), orang yang uri bawah mcm I tak boleh naik kereta sangat. Terus my mum pun tak bagi, dia takut apa2 jadi. I terus tukar baju balik and mintak husband belikan burger je. Merajuk ok tamau makan mihun hailam dah.


Patut ke nak sentap ye? For my own good pun. I know I know, banyak lagi masa nak berjalan. Tapi setakat nak keluar dekat2 pun takleh ke. Ye la maybe it's just my hormone la, tu yang agak sensitive tu. Dulu aku tak lalu makan korang bising, sekarang bila aku nak makan korang tak bagi :(

Just wondering about others' experiences with placenta previa or any problem during pregnancy yang tak membolehkan korang bergerak banyak, if you're out there.

Monday, May 31, 2010

Positive

.
Ni flashback cerita beberapa minggu/bulan lepas ye yang tak dipublish2 sebab faktor2 tertentu. Setelah dapat approval from my other half, barulah dipublish :)

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Hari tu saya buat UPT di rumah lepas rasa tak sedap badan. Orang lain mungkin lepas 2-3 minggu lewat baru bertindak, but people like me, hampir setiap kali bila cik P lewat 2-3 days, I will do the UPT. Ye maklumlah terlebih mengharap kan.

That day, tested and I got 2 lines. Macam tak percaya and rasa nak nangis pun ada. Keesokkannya terus gi klinik and scan :)


To reconfirm, did blood test sebab baru 5 weeks. Alhamdulillah got a good news today and have jumped over here :D (tapi tak boleh, lompat dalam hati je)

My doctor said that I have a really high solid number so I wouldn't need to do blood test. Whatever la doctor saya tak tau nak cakap apa melainkan syukur sangat. Sudah 3 tahun lebih saya menunggu saat2 ini.

Saya bersyukur sangat2 akhirnya doa saya dimakbulkanNya. I was pregnant in 2006 tapi baby tak dapat diselamatkan, meninggal dalam kandungan semasa kandungan berusia 30 minggu. I know Allah has arranged it so. There's always a reason for everything. I know my baby have long left but her soul is close to me. Tak pernah sedetik pun saya bernafas tanpa teringatkan dia. Saya tau, satu hari nanti saya pasti bertemu dia. Tunggu mummy ye sayang?

*tetiba bergenang air mata*

Masih panjang lagi journey ini tapi saya tetap doakan semuanya berjalan lancar. Kawan2, doakan kandungan ini selamat dan berjalan lancar ye. Me myself, kena berhati2 dan jangan lasak2 cam dulu la kan.

Saya tau ada orang kawin lagi lama dari saya tapi belum ada rezeki. Pokok pangkalnya, berapa lama pun kita menunggu, menunggu tetap menunggu. Cepat atau lambat je. Saya ada baca blog kakak ni, bergenang air mata saya baca dia. Saya pernah melalui semua itu, mungkin tidak selama dia menunggu.

Happy monday to all :)
.

Wednesday, May 26, 2010

Toksah baca buang masa


How am I supposed to know if I am depressed or it is my hormones? Rasa down sangat lately.

Susah nak menjaga hati semua orang dan bagi semua pihak puas hati dan akhirnya kita sendiri yang sakit hati. Kenapa? Lilinkah aku yang sanggup membakar diri untuk orang lain? NO. Kita sibuk jaga hati orang, hati kita siapa jaga? Hantu?

Sorry la takde mood la lately. I'm a cheerful person tapi ada la hari2 tertentu nak melayan blues kan.

Take care.

Friday, April 2, 2010

Entry Friday

Din Beramboi

No matter what time I go to sleep, I always wake up within 15 minutes before or after 3 am. Lepas tu akan terkebil2 selama 1-2 jam dan baru boleh terlelap balik. Why oh why? What's so special about 3 am?

Pagi ni I terjaga lagi pukul 3, terus bukak tweeter (pakai fon je tak kuasa aku pagi2 buta bukak laptop) and I was shocked to find out that Din Beramboi telah meninggal dunia jam 12.35 malam tadi di Hospital Selayang. Terkedu kejap. Takleh tido.

Not that I'm a bit fan of him, sejak tak kerja ni takde la dengar radio pagi2. Tapi kadang2 tu gi breakfast terbukak gak era. Suka dia dalam Drama sebabak. Kreatif dia ni, ada je idea. Bebaru ni I ada tengok ulangan Raja Lawak, dia ada kata kat Alex, lepas ni awak boleh ganti saya dalam Era. Hmm seolah2 dia tau dia tak lama dah.

Takziah buat keluarga yang ditinggalkan, Al-fatihan buat arwah Din Beramboi dan semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. Amin.

Dan gigih saya download lagu selimut putih ni. Insaf sekejap dengar lagu ni (jangan sensasikan statement ini ok). Lagu ni saya penah nyanyi ramai2 masa skolah agama dulu dalam pertandingan nasyid.
Bila Izrail datang menjemput, sekujur tubuh dipembaringan.

Amarah

One of the reason aku malas blog sekarang ni sebab aku tak rasa free nak berblog pasal apa sahaja di blog ni. Ada je orang nak komen pedas2 (actually sorang je). Ko kalau tak suka baca blog style macam ni, tolong baca blog lain boleh tak??

Aku tak delete pun comment2 perasan bagus dia tu, sebab esok2 aku baca sure aku gelak guling2. Sekarang aku baca mmg rasa nak terajang je. Aku tak expect dia kasi komen membina pun sebab maaf cakaplah, dia sendri pun tak terbina so tolong jangan perasan bagus ye. Blog sendri ada, up la diri sendri kat situ.

Ada aku kesah?

Selain dari sebab badigol ni, memang aku malas pun nak blog hehe. In need for personal space and time off from blogging world. Kejap je, lepas ni aku blog hari2 sampai muntah korang baca k?

Surprise

Nak announce suprise pun aku cam takde mood. Kang badigol ni mensensasikan issue ni plak. Aku postpone dulu la.

Hubby away

Setelah cuti selama 8 minggu, finally dia dipanggil untuk bertugas kembali.di bumi Arab. So kawan2, aku tengah kesangapan ni. Marilah kita berjimba2. Hehehehe.

Thursday, July 30, 2009

Belum rezekiku

Ini bukan rezeki ku. Just came back from hospital and... I just cant go into detail. Not now.

Of course I am sad because is something that no one can understand if that person doesn't past per the same problem. But I know that I have people who are there to support me. Thank you all.

My husband currently works outstation, my parents are now in UK attending sister's graduation day. I'm alone and I don't know I just think it's ok. Now I just need to give myself plenty of time and space.