Tuesday, March 9, 2010

Lawatan ke Klinik Kerajaan

Hari tu tak berapa sihat, so pergilah klinik kerajaan instead of private clinic ni. Why? Saje je takde kerja. Niat asal nak tgk gelagat orang2 di klinik tu.


Sampai2 sana, rasa badan lemah ni makin lemah hehe. No offense ye, tapi kalau sesiapa berduit lebih tu ada ada panel klinik, gunakan lah kemudahan tu. Bukan nak condem, aku pun dulu pernah kerja kerajaan so semangat kekerajaanan tu masih menebal dalam jiwa.

Actually aku pernah gi klinik ni, untuk HIV test masa nak kawin dulu. Tapi proses tu cepat je.

Dari pemerhatian aku, ni la baik buruknya menerima rawatan dia klinik kerajaan:
  • dari proses registration, nak jumpa nurse ambil berat, darah etc, jumpa doctor, ambil ubat, be prepare to wait for a long time. sesiapa yang kurang sabar diharap beristifar banyak2.
  • aircond tak berfungi dengan baik. mungkin ramai orang, tapi can they please do something
  • doctor2 kurang berpengalaman (in my case), mungkin doctor baru so dia banyak refer dekat doctor satu lagi yg lebih senior. dia tak banyak cakap, tapi nurse2 mmg berpengalaman dan terbaik la, mengalahkan doctor kasi nasihat.
  • Chit chatting with the nurses there (peramah mereka2 ni, ke aku yang peramah?) after waiting for almost 2 hours.
  • rawatan tak dicharge apa2. paling banyak pun RM5. i likeee.
Kalau nak tau detail lagi mengenai proses2 ke klinik kerajaan ni, pls read this blog Mr. AlanTan yang info sangat mencukupi. Selamat membaca dan mencuba!

Tuesday, March 2, 2010

Undangan Kawin

Few days ago my parents get an wedding invitation that is addressed to them and it was from abah's friend (sila baca balik ayat, cobaan untuk buat ayat panjang berjela sebenarnya). Rupanya Wah my parents dapat jemputan kawin retis. (retis = artis). Zizan Nin dan bakal wifenya, Hani Harun.

Ala kecoh la kan kawin ngan retis pun nak kecoh hehe. Suka hati aku la! Aku suka tgk Zizan ni, tapi jgn tanya aku la dia berlakon citer apa weh, sumpah aku tak ingat.

Actually bapak aku pun tatau yang anak kawan dia (bapak Hani) nak kawin dengan artis. Ala orang2 tua kisah pe kan. Zizan pun dia tak berapa cam katanya. Zizan Raja Lawak dia cam la. Hahaha.


So beberapa cobaan telah dibuat supaya abah tayah gi la wedding tu, biar aku je wakil dia dan pergi ke sana dgn mama. Leh gosip2 skit. Hahhahaha.

Tak dapek la kan. Lain tahun boleh katanya :(

Takpela, this months wedding Hana coming kan? InsyaAllah aku gi Hana walalupun ko bukan retis. Hahahha. Gurau je beb. Jangan nervous2 hoccay.

Oh btw topic lain plak, masih bawah subtopic kawin2, skrg aku kat rumah MIL ni. Saje ngintai bawah katil ni ha, mana la tau ada ju-on ke apa kan. Oh rupanya ada hadiah kawin belah laki kitorang dulu :) Separuh lagi ada kat dalam stor. Tu belum masuk belah aku lagi, lagi banyak hehe. Hmm bayangkan je la dah 4 tahun mende alah ni tak diguna2. Kang aku pindah rumah mau outdated je barang2 aku. Cecece macam la aku updated sgt hahaha.

Note: actually ada la jugak aku dah recycle hadiah2 ni hehehe. DOnt tell me korang tak penah buat yeeeeee :P Dont worry hana, aku kasi hadiah baru kat ko tawwwww.

K la, have a nice week uolss :) bubaiiiiii.

Thursday, February 18, 2010

Happy birthday to me

Hello! Memandangkan hari ni special skit, maka nak update la blog ni hehe. It’s my birthday!!! Woohooo! I’ve been awake since 3:30 a.m. with great anticipation for the day! Teruja agaknya sebab birthday hehe, padahal takleh tido.

Seperti tahun2 lepas, secara tradisinya lepas magrib, the day before birthday girl or boy tersebut, kami sefamily akan celebrate birthday. So ini la hasilnya.

Note: Pic orang2 lain takleh diletak sini sebab tak sesuai ye. Pic tuan punya birthday pun tak semenggah gak tapi hadap je la.

Fine la semua orang tau umur aku. So what? hehehe. I look young though (ayat indenial)

Wah badan dah naik. Err yg kiri ke kanan?

There is a lot I could say about turning 30, but I’m sure everyone goes through pretty much the same thing, right? Dah bermacam dilalui dalam tempoh 4-5 tahun ni. Ada baik ada buruk. Antara sad incident:

  • I lost my baby at 30 weeks, meninggal dalam perut. That was end of 2006.
  • going through infertility problem
  • Quit my job end of 2008 sebab2 tertentu, tapi sampai skrg tak dpat kerja yang sesuai. Mungkin terlampau memilih atau malas.

Tapi setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya kan. Allah memberikan rezeki dalam bentuk lain, kadang2 kita nampak, kadang2 kita tak sedar dan sedar. Contohnya:

  • Dapat travel ke beberapa buah negara selepas incident tersebut; UK, Egypt, Singapore. Jauh pejalanan luas pemandangan. Dapat shopping. Kalau ada baby maybe susah skit nak berjalan ni.
  • Husband dapat job promotion
  • Husband dapat beli townhouse, dan sekarang dalam proses untuk beli 2nd house. Walaupunbagaimanapun kami belum pindah2 dan tak bercadang pindah pun.
  • dapat good news baru2 ni, tapi tak boleh diannounce lagi.

Alhamdulillah.

This year dapat big card from the whole family. Thank you guys :hugs: siap ada ucapan panjang lebar masing2, bergenang je air mata bila baca especially from abah la, dia suka buat ayat sedih2. Ok fine takde la sedih but I'm so touched ok.



My husband gave me an amazing and loving card and a birthday gift : a handbag :) Thank you for making my birthday extra special! Bukan pasal hadiah tu sangat, but more because you were here on my special day. Ye la kerja macam dia ni kan, kadang2 ada, kadang2 takde time2 gini. Unpredictable.

Sebenarnya my husband beli semalam, sebab setengah hari keluar senyap2 je camtu gi sorang2. Dah agak dah sure gi beli present hehe. Naluri isteri la katakan. So malas la nak ngendeng2 kan. Bila tanya gi mana lama2 dia tamau cakap. Tau la dia ni susah skit nak tipu, kalau tipu je sure terpancar kat muka tu hehe.

Thank you so much hubby, i love you!


Thanks to everyone for the very thoughtful birthday wishes – I love you guys!!!

Monday, February 1, 2010

Cantik takkk? *sambil letak pisau lipat dileher*

With the tropical weather in Malaysia, I was wondering if tinting the house window would help in reducing the UV heat from entering our house. Ada sesiapa berpengalaman memasang reliable tinted film tak kat rumah? Rumah tau bukan kereta.

We all dah pasang. Contractor tu cakap ok yang dia suggest ni.

My newly tinted window :)

Actually bukan tu je siap. Ada lagi tapi malas plak update. Too bad la ek. Ok la satu lagi pic untuk tatapan korang.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Tu je la update, lain semua kosong and masih sama je.

Pengumuman: Sesiapa yang mengidamkan untuk ke house warming rumah aku tu, sila la sponsor furniture dari fella design yang berupa english concept.

Harap maklum. TQ.

Thursday, January 21, 2010

Happy Anniversary :)

Our wedding was 4 years ago. The celebration continues to this day :) Happy Anniversary dear hubby!

slimnya tangan i dulu!

I agree is not how much money you spend during your anniversary that make you happy. It is the presence of your love ones.

Tapi husband i takde *nanges*

Heheh well my husband tak ada di bumi Malaysia sekarang, sedang bekerja mencari rezeki dan akan balik dalam 2 minggu lagi. Tak kisah la. Asalkan wish cukup memadai (hadiah kemudian hahah kalau nak bagi la).

Gurau2. Happy anniversary abang, sayannnng dia :)

Tuesday, January 19, 2010

Mari pakai face mask.

Siapa sini pakai face mask angkat tangan!

Meh sini akak nak ajar adik2 khasiat2 pakai mask ni. Well, depending on what mask u use will determine the benfits. There are some masks just for hydrating, ada yang untuk mencerahkan kulit dan mencerahkan tompok2 di muka. Some are for acne , while others are for firming.

Actually tgh blogging sambil pakai mask ni. Mask ni yang sedang dipakai ni not bad la, mask biasa je depan dia gambar oren, beli online. Kalau kulit terasa kusam je and tak bermaya, maka lepas pakai saya rasa muka terus jadi bersih dan segar je.


Eye mask pulak? Hmm I have bad circles under my eyes tapi kurang gemar letak facial stuff bagai on it because it makes me itch. Serious shit. Lepas pakai mask or letak eye cream sure rasa nak garu je and making it worse. So gua jarang la pakai eyecare ni kecuali eye mask. Tu pun sebulan sekali kot.

Meh nak review skit pasal mask ni:

Does it moisturize? A little tapi cukup la tu. Kang terlampau moist lain plak masalah.

Does it fits the face? Not at all. Too big for my face ke muka aku kecik?

Does it brightens/ whitens the face? Yes! I loikeee. But only for one day. Lepas tu back to normal :( Dah kulit coklat tu coklat la heheh.

I know I'm not good at reviewing things. Ok la sekian terima kasih.

Thursday, January 14, 2010

Fly me to Polaris

Wah tajuk. Dulu masa tengok cerita ni, mati2 aku ingat Polaris tu kat Poland. Lemah tul ilmu Sains masa tu (skrg pun). In case you are wondering, Fly me to Polaris is a chinese love story yesterday lakonan Cecilia Cheung an Richie Ren. Berkurun dah cerita ni, tahun 1999. Pelakon pun dah kertu.

Actually tu aku bercadang nak buat tajuk Fly me to London. Mati la kena cop berlagak nanti hehehe. Saje je buat mukadimah panjang lebar. Well my latop needs a rest so am using my sister's laptop sambil menggodek2 (hishhh) and I found this pic.


Terus jadi rinduuuuuu. That was during my trip to UK December 2007 eh? Fly me to anywhere pls. I need a vacation.

Apa ingat orang stress kerja je perlu cuti ke?